10.17.2018

Umur Muda, Tapi Badan Tua







Sejak 5-6 bulan kebelakangan ini, saya kerapkali sakit-sakit badan. Kadang dalam tidur jari jemari saya boleh jadi cramp dan terbangun dari tidur untuk betulkan semula. Jalan mula terjongkat jongkit sebab sakit kaki, sakit pinggang, sakit badan. Kaki saya sakit asalnya sebab terpijak Lego, tapi tak baik-baik dan dah menjalani fisio di Hospital pun masih belum sembuh sepenuhnya.
Saya jadi makin penat nak buat kerja, rasa mengah, rasa penat. Dan sambil itu juga berat badan saya makin bertambah, kian bertambah. Makin bertambah berat, makin terasa sakit otot, sakit urat, sana sini.
Saya mulai risau, Apa masalah aku ni? Kenapa badan asyik sakit dan cepat penat?
Akhirnya semalam saya pergi ke Klinik di Kota Damansara, jumpa dengan Dr. Hafizah di Klinik Nadia. Walau tempat tinggal saya di Bandar Enstek, gigih pergi juga ke sana sebab saya sukakan consultation Dr. Hafizah.
Saya bercerita sedikit sebanyak dan apa masalah saya dan dia mula check sana sini. Alhamdulillah, takde nampak yang pelik di mata dia, cuma dia kata "sorry to say, otot you dah mula malas! you tahu tak sekarang ni you ada masalah hormonal imbalance. Sekarang umur baru 35, cuba bayangkan nanti dah umur 45! otot you akan jadi makin malas."
Errr... so apa saya perlu buat Doktor? soal saya..
Dia pun kata, "you kena loose weight!" . sentap saya. haha.
"Sebelum ni you tak naik berat macam ni kan? and you active. so skrg you dah tak active, tak bersenam, tak kawal makan, you akan gain weight. bila you gain weight, badan mula sakit, your muscle mula malas! bila malas, you rest dan berat badan naik lagi, and you makin sakit. itu yang berlaku pada you sekarang. and if you teruskan je macam ni, you akan jadi makin sakit."
"Mula bersenam. 
Take calcium. 
Take fish oil. 
Take probiotics.
Jangan dengar Dr. yang viral tu, apa nama dia, Dr.Rafidah kan? Saya tak setuju dengan dia. Macam mana dia boleh keluarkan statement kita tak perlukan supplement? As we get older, bersalin entah berapa kali, memang we need supplements! "
Haha. Dr.Hafizah mula membawang. 😂
Saya memang ambil supplement tapi kadang tidak tentu masa, ada terskip dan ada termengelat sana sini. Tapi saya memang tidak bersenam dan tidak diet.
Saya terus mengaku akur sahaja, baiklah Dr. lepasni saya cuba diet dan loose weight. Hihi...
So hari ni konon saya mula la diet ni. Memang kena juga loose weight sebab rasa dah berat sangat bawak badan dan memang kaki, pinggang dan segalanya sakit. Badan agaknya tak mampu nak menampung berat saya ni.
Untuk supplement, akhirnya dia berikan juga saya pil Calcium untuk saya makan. Tak apa, saya makan nanti selang selikan dengan Ostematrix and will never skip Omega Guard (fish oil) lagi. Padahal masa belajar di Universiti dulu, pensyarah saya dah bagitahu dah, makin kita berumur, makin kita perlukan Omega-3, yang boleh ditemui dalam fish oil. Tapi masih lagi saya terskip-skip makan dia.

So, ada ke kwn-kwn yang sekarang sedang cuba loose weight macam saya? Hihi.. jom kita!

0 comments:

Catat Ulasan