10.18.2018

Jom Balik Raya!!

Masa saya bagitau saya dah beli tiket raya nak balik kampung tahun depan pada bulan Jun 2018 aritu lagi, orang gelakkan saya. Katanya awalnya beli. Semangatnya nak raya. Tak tahu cuti ke tak. Dan macam- macam lagi lah.

Tapi saya dah dapat agak tarikh tu mesti akan jem tak hengatnya nak balik Pantai Timur. Sebab raya hari Rabu dan Khamis. Orang akan mula bercuti dari Isnin tu lagi. Cuti 3 hari dapat full 1 minggu. Saya juga dapat rasa sekolah mesti cuti juga minggu tu. Pakai instinct and gamble. Tawakkal kepada Allah.

Kalau saya dengar cakap orang masa tu, saya akan kerugian RM2,000. 2ribu wooo...

Sebab harga tiket untuk 5 orang balik ke Terengganu pada tarikh 1 Jun 2019 dan kembali ke Kuala Lumpur pada tarikh 8 Jun 2019, naik berganda!

Masa saya beli tu hanya RM1,428 sahaja untuk 5 org, tiket return. RM1,428. Malaysia Airlines, so dah tak payah fikir pasal luggage bagai.
Semalam saje gedik check, harga tiket yang sama dah jadi RM3,364!!



Bila tahu color personaliti aritu, saya dapat tahu saya ni berpersonaliti Merah-Hijau. Patutlahh... orang Hijau memang macam ni, dia mesti nak kena ada plan dan itinerary kalau nak berjalan mana-mana.

Jom balik raya! 😅😂

Ada tak kawan-kawan yang dah beli tiket balik kampung tahun depan macam saya? Haha 😅😂

0 comments:

Catat Ulasan