10.18.2018

Jom Balik Raya!!

Masa saya bagitau saya dah beli tiket raya nak balik kampung tahun depan pada bulan Jun 2018 aritu lagi, orang gelakkan saya. Katanya awalnya beli. Semangatnya nak raya. Tak tahu cuti ke tak. Dan macam- macam lagi lah.

Tapi saya dah dapat agak tarikh tu mesti akan jem tak hengatnya nak balik Pantai Timur. Sebab raya hari Rabu dan Khamis. Orang akan mula bercuti dari Isnin tu lagi. Cuti 3 hari dapat full 1 minggu. Saya juga dapat rasa sekolah mesti cuti juga minggu tu. Pakai instinct and gamble. Tawakkal kepada Allah.

Kalau saya dengar cakap orang masa tu, saya akan kerugian RM2,000. 2ribu wooo...

Sebab harga tiket untuk 5 orang balik ke Terengganu pada tarikh 1 Jun 2019 dan kembali ke Kuala Lumpur pada tarikh 8 Jun 2019, naik berganda!

Masa saya beli tu hanya RM1,428 sahaja untuk 5 org, tiket return. RM1,428. Malaysia Airlines, so dah tak payah fikir pasal luggage bagai.
Semalam saje gedik check, harga tiket yang sama dah jadi RM3,364!!



Bila tahu color personaliti aritu, saya dapat tahu saya ni berpersonaliti Merah-Hijau. Patutlahh... orang Hijau memang macam ni, dia mesti nak kena ada plan dan itinerary kalau nak berjalan mana-mana.

Jom balik raya! 😅😂

Ada tak kawan-kawan yang dah beli tiket balik kampung tahun depan macam saya? Haha 😅😂

10.17.2018

Umur Muda, Tapi Badan Tua







Sejak 5-6 bulan kebelakangan ini, saya kerapkali sakit-sakit badan. Kadang dalam tidur jari jemari saya boleh jadi cramp dan terbangun dari tidur untuk betulkan semula. Jalan mula terjongkat jongkit sebab sakit kaki, sakit pinggang, sakit badan. Kaki saya sakit asalnya sebab terpijak Lego, tapi tak baik-baik dan dah menjalani fisio di Hospital pun masih belum sembuh sepenuhnya.
Saya jadi makin penat nak buat kerja, rasa mengah, rasa penat. Dan sambil itu juga berat badan saya makin bertambah, kian bertambah. Makin bertambah berat, makin terasa sakit otot, sakit urat, sana sini.
Saya mulai risau, Apa masalah aku ni? Kenapa badan asyik sakit dan cepat penat?
Akhirnya semalam saya pergi ke Klinik di Kota Damansara, jumpa dengan Dr. Hafizah di Klinik Nadia. Walau tempat tinggal saya di Bandar Enstek, gigih pergi juga ke sana sebab saya sukakan consultation Dr. Hafizah.
Saya bercerita sedikit sebanyak dan apa masalah saya dan dia mula check sana sini. Alhamdulillah, takde nampak yang pelik di mata dia, cuma dia kata "sorry to say, otot you dah mula malas! you tahu tak sekarang ni you ada masalah hormonal imbalance. Sekarang umur baru 35, cuba bayangkan nanti dah umur 45! otot you akan jadi makin malas."
Errr... so apa saya perlu buat Doktor? soal saya..
Dia pun kata, "you kena loose weight!" . sentap saya. haha.
"Sebelum ni you tak naik berat macam ni kan? and you active. so skrg you dah tak active, tak bersenam, tak kawal makan, you akan gain weight. bila you gain weight, badan mula sakit, your muscle mula malas! bila malas, you rest dan berat badan naik lagi, and you makin sakit. itu yang berlaku pada you sekarang. and if you teruskan je macam ni, you akan jadi makin sakit."
"Mula bersenam. 
Take calcium. 
Take fish oil. 
Take probiotics.
Jangan dengar Dr. yang viral tu, apa nama dia, Dr.Rafidah kan? Saya tak setuju dengan dia. Macam mana dia boleh keluarkan statement kita tak perlukan supplement? As we get older, bersalin entah berapa kali, memang we need supplements! "
Haha. Dr.Hafizah mula membawang. 😂
Saya memang ambil supplement tapi kadang tidak tentu masa, ada terskip dan ada termengelat sana sini. Tapi saya memang tidak bersenam dan tidak diet.
Saya terus mengaku akur sahaja, baiklah Dr. lepasni saya cuba diet dan loose weight. Hihi...
So hari ni konon saya mula la diet ni. Memang kena juga loose weight sebab rasa dah berat sangat bawak badan dan memang kaki, pinggang dan segalanya sakit. Badan agaknya tak mampu nak menampung berat saya ni.
Untuk supplement, akhirnya dia berikan juga saya pil Calcium untuk saya makan. Tak apa, saya makan nanti selang selikan dengan Ostematrix and will never skip Omega Guard (fish oil) lagi. Padahal masa belajar di Universiti dulu, pensyarah saya dah bagitahu dah, makin kita berumur, makin kita perlukan Omega-3, yang boleh ditemui dalam fish oil. Tapi masih lagi saya terskip-skip makan dia.

So, ada ke kwn-kwn yang sekarang sedang cuba loose weight macam saya? Hihi.. jom kita!

9.06.2018

TAKWIM SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2019

Haaaa... yang ditunggu-tunggu dah ada! Ramai yang nak tahu Takwim untuk Sesi Persekolahan Tahun 2019 kan? Ye lah, senang nak plan cuti, senang nak beli tiket flight, booking hotel ke, kalau lambat-lambat nanti naik harga. Berikut ialah Takwim Sesi Persekolahan 2019 ya. 





Nampaknya tahun ni KPM masih menggunakan pendekatan yang sama. Cuti penggal semasa musim perayaan besar, kecuali CNY. Nampaknya murid-murid dan cikgu dapat beraya sakan lagi tahun ni, cuti sekolah 2 minggu tu.

Nasib baik kak dell dah beli tiket balik beraya siap-siap! Esok lusa ni mesti harga tiket flight naik ni. Kan?

8.08.2018

YOUTH Shaklee | ATASI MASALAH JERAGAT, HILANGKAN PARUT JERAWAT DAN cantikkan tona kulit


Jika anda ada masalah parut jerawat ibarat muka bulan, jeragat yang makin menebal, jerawat yang mengganggu, tona kulit tidak sekata, Youth lah harapan anda! Youth Shaklee. Tuan/Puan pernah dengar nama produk skincare terkini dari Shaklee ni tak? Youth Shaklee mampu atasi masalah jeragat, hilangkan parut jerawat dan cantikkan tona kulit kita tau! Perempuan ke lelaki ke semua sesuai pakai Youth, tak kira apa jenis kulit anda, berminyak ke kering ke, semua insyaallah boleh dan berkesan.

Viral juga Youth ni sebab Shaklee bagi jaminan 100% berkesan (berani kan Shaklee?, mestilahhh 8 tahun R&D untuk keluarkan produk ni tau). Tapi kak dell tambah sikit, Youth Shaklee 100% berkesan dengan pengambilan yang konsisten dan cara yang betul.  Haa gitu. Hihihi. Bukan apa, kita ni biasalah, bila keluarkan duit beli apa-apa produk, mesti nakkan hasil kan? Jadi, bila dah keluarkan duit beli Youth Shaklee ni, jangan bazirkan okay, gunakan dengan konsisten dan gunakan dengan cara yang betul, dapatkan konsultasi dari pakar Shaklee (pengedar Shaklee yang sah la, gitu hihi). Insyaallah, memang sangatlah berkesan tau! 




Yang paling kak dell suka, Youth ni tiada bahan-bahan kimia yang merbahaya untuk kulit dan kesihatan kita, macam paraben, SLS, SLES dan lain-lain tu. Memang sangat diyakini. Jom tengok testimoni kawan-kawan kak dell yang dah try Youth ni. Boleh tengok kesan dan perubahannya tu. 


ketara sangat beza kulit wajah aunty ni kan? ini ibu kepada leader kak dell dalam Shaklee ni

tona kulit lebih sekata, jeragat makin pudar!!

parut jerawat makin hilangggg.. best kan?

seronok kan jeragat hilang.. :)

Okay kita kongsikan lagi testimoni. Kak Dell bukan ambil dekat google gambar-gambar ni, tapi memang kesemuanya orang yang kak dell kenal dan satu group dalam Shaklee. Kitorang pengedar Shaklee kan, so wajiblah kami dulu yang cuba dan rasai kesannya. Baru lah boleh pergi ke proses seterusnya iaitu berkongsi dengan anda semua. Kannn... so kami pengedar Shaklee sebenarnya berasal dari pengguna Shaklee yang sangat berpuas hati dengan Shaklee effect! Gitulah..






Tapi mesti uols rasa tak aci lah, kak dell ambil dan tunjuk testimoni kawan-kawan je, kak dell sendiri guna ke idok? Haha.. Nahhh.. ni dia Youth effect Kak Dell sendiri..Ada nampak beza tak? Haha..


ni kak dell sendiri. hihi :)

Boleh hubungi kak dell sekarang untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Youth Shaklee. Insyaallah best sangat dan sangatlah membantu. 012-7110162

8.07.2018

PENGEDAR SHAKLEE KUALA LUMPUR

Ada di antara pembaca blog Kak Dell sedang mencari pengedar Shaklee di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya? Boleh hubungi rakan niaga Kak Dell, Puan Siti Balkis 019-2463390. Insyaallah Puan Balkis boleh memberikan konsultasi yang dapat membantu tuan/puan semua ya. 


Siti Balkis bt Hanafiah  pengedar Shaklee Kuala Lumpur, merupakan pengguna tegar Shaklee sejak tahun 2013. Area COD : Kuala Lumpur, Batu Caves, Selayang, Gombak, Jalan Uthant, KLCC, Ampang Park & USJ dan kawasan sekitarnya.

Oleh itu, jangan segan silu untuk mendapatkan consultation mengenai supplemen untuk penyusuan susu ibu, mengandung, berpantang, kesihatan, kecantikan kulit, anti penuaan, kesihatan jantung, meningkatkan sistem imun anak-anak dan lain-lain lagi. Puan Balkis telah menghadiri pelbagai siri latihan nutrisi anjuran pihak Shaklee dan InsyaAllah Puan Balkis akan cuba sebaik mungkin untuk berikan consultation dan penerangan mengenai cadangan produk yang sesuai dengan masalah anda.

Terima kasih. Salam hormat.
Hubungi Puan Balkis:

Tel : 019-2463390
Email : balkis0909@yahoo.com
Blog: www.anggunblossom.blogspot.my

VIVIX BANTU KECUTKAN CYST

Vivix, Shaklee. Kak Dell rasa namanya tidak asing lagi, terutamanya di media online ni. Betul ke Vivix boleh bantu kecutkan cyst atau hilangkan cyst? Ya, insyaallah puan, memang boleh membantu. Kak Dell ada banyak terima testimoni dari kawan-kawan dan sahabat sesama dalam Shaklee, tapi testimoni yang kak dell lihat sendiri ialah untuk Mak Kak Dell sendiri.


Mak Kak Dell disahkan ada cyst di rahim lebih kurang 6cm sizenya, dan alhamdullillah, berkat doa dan usaha Mak Kak Dell ambil Vivix 3 botol, cyst tu dah hilang. Alhamdulillah lega sangat. Kalau tak, selama ni, jika nak period (mak Kak Dell masih belum menopause), dia akan sakit senggugut sampai berguling-guling! Kini tidak lagi. Alhamdulillah.. selain Vivix, dia ada juga ambil Gla Complex, untuk stabilkan hormon dia. Kita berusaha, selebihnya Allah tentukan ya. Petang semalam pun Kak Dell baru sahaja COD Gla Complex ni untuk jiran Kak Dell yang juga ada masalah cyst.



Itu cerita mak Kak Dell, ada lagi satu cerita teman rapat Kak Dell sendiri, ada cyst dan hampir kena operate. Dia cuba ambil Vivix satu botol dan alhamdulillah, bila scan semula, cyst makin mengecil dan tak perlu dibuang. Insyaallah kita doakan beliau sihat dan cyst tersebut hilang sepenuhnya.

Boleh whatsapp Kak Dell 012-7110162 untuk dapatkan special offer dan FREE POSTAGE dengan setiap pembelian Vivix Shaklee!!



5.18.2018

Pengedar Shaklee Putrajaya, Nilai, Bandar Enstek, Salak Tinggi, Sepang dan kawasan sekitarnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. 

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat semua!

Akhirnyaaa... blog PucukUbi.com kak dell ni muncul semula. Blog yang lama tu kak dell kena delete, sebabnya kak dell tukar no.hp sblm ni. So kesian yang guna no lama kak dell tu kena menjawab segala mesej-mesej yang nak membeli Shaklee. Hihihi.. so senang cerita, kak dell tutup je terus, buat baru. Hehe. 😊

Kepada tuan/puan yang nak cari pengedar Shaklee Putrajaya, Nilai, Bandar Enstek, Salak Tinggi, Sepang, Kota Warisan, KLIA, Kota Seriemas dan kawasan yang berdekatan, bolehlah whatsapp kak dell untuk dapatkan Shaklee ya. 012 - 7110 162 (Kak Dell/Adila). Nanti insyaallah kak dell boleh COD dan bagi consultation. Lagipun kak dell pengguna Shaklee dari tahun 2011 lagi, sampailah sekarang... Alhamdulillah.. 

Kak dell & family. Hihi.

Uols berbuka apa arini.. 😍