Pengedar Shaklee Nilai, Negeri Sembilan

10/02/2017

Lama saya tidak bersiaran. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sibuk sangat di pejabat, tak berkesempatan nak update apa-apa. Alhamdulillah, bulan Oktober 2017 ni genaplah setahun saya berpindah rumah dan berpindah pejabat juga. Makin berkurang chaos pagi-pagi nak menyesuaikan dengan kehidupan. Tido lena di rumah baru walau tiada perabot. Haha. Walau jauh dari Kuala Lumpur, namun setiap minggu juga kami akan outing ke KL. Hihi. So lama-lama bila dah terbiasa, dah tak rasa jauh lagi lah. Alhamdulillah... 

Business shaklee saya ni pun dah macam dianaktirikan pun ye juga. Mohon maaf kepada customer yang hubungi saya, tapi saya tak sempat nak reply anda semua. Insyaallah, saya makin teratur dengan kehidupan sekarang dan boleh mula fokus semula dengan bisnes Shaklee ni. Walau blog tak terupdate sekencang dulu, sales masih ada, cuma saya tak sempat nak war-warkan promosi baharu ke ape ke. Hehe. 

Insyaallah, buat permulaan, saya nak asapkan kembali 'rumah' kedua saya ni, kita nantikan blog pucukubi.com dengan wajah baru ya. 

Saya sekarang cover area NILAI, Negeri Sembilan dan bandar-bandar sekitarnya termasuk Bandar Enstek, Kota Seriemas, Salak Tinggi dan Kuarters KLIA.  

Untuk dapatkan produk Shaklee boleh whatsapp saya 012-7110162 (adila). Terima kasih. :) 


You Might Also Like

0 comments