Get Ready... Kak Dell Nak Pindah Rumah - Episod Pengenalan

Haah, ye, get ready... get ready nak dengar story mory kak dell pasal pindah rumah. Haha. okay, again, kak dell akan pindah lagi sekali. Maybe this time, pindah for good. Rumah di masa tua? Mungkin la agaknya. Somewhere in 2011, saya dan suami beli rumah ni, masa tu zaman jin bertendang hebat dekat area Bandar Enstek tu. Takde ape. Nak pegi sana kemain kena masuk jalan lama, nak lalu highway boleh, highway KLIA. Jauh beb. Haha. Tapi sekarang pun sama je... masih jalan tu la jugak. hehe.. cuma, kawasan tu dah makin berkembang. 

Masa kami buat pilihan nak beli rumah tu dulu, kitorang tak tengok show house pun, memang takde show house bagai, tapi disebabkan kawasan tu Tabung Haji Property punya, kami decide nak stay di sana. Kawasan melayu dan muslim, racist? Takde lah.. cuma mungkin sebab gelombang tu sama. And kawasan tu masih belum ada bangunan tinggi mencecah langit. Nak dengar bunyi kereta pun susah. Kawasan macam ni ada gelombang alfa yang tinggi. Kak dell memang suka tinggal dekat kawasan yang gelombang alfa dia tinggi. Bila di kawasan hutan ni, pokok pokok banyak, so pokok pokok ni berzikir dan akan hasilkan gelombang alfa, sebab tu suasananya tenang dan damai hati. Korang pun mesti suka perasaan duduk dekat kampung kan? So lebih kurang la, kurang stress compared to duduk bandar especially KL. Dekat bandar ni gelombang beta, gelombang sibuk, macam waktu tengahari dekat pejabat ke, sibuk haru biru sikit. Huhu. 

So, untuk umur sebegini, dah 33 tahun dah, di saat anak-anak dalam proses membesar, wajarlah kiranya kami mula fikirkan semua ni. Insyaallah, kami akan pindah dalam masa terdekat, nanti kak dell kongsikan apa progress rumah ni, haha.. untuk rujukan sendiri juga sebenarnya, kenangan di masa tua tua nnti. 

Memikirkan nak pindah tu, alahaiiii malasnya bab packing unpacking... tp memikirkan excited nak duduk rumah baru yang besar sikit daripada sekarang ni, alahai tak sabarnya.. hihi. Sekarang kami stay apartment 3 bilik sempit, dan tak sesuai untuk pembesaran anak anak. So better kami pindah juga. Ulang alik pulak tu pergi ofis dekat Putrajaya dari Kota Damansara, ambil masa kadang tu sejam lebih juga. Huhu. Penat travel. 


Rumah ni kami tinggal 3 tahun tak duduk lepas dia siap. so lalang naik bagaikan juara. So sabtu lepas kirim duit sikit dekat pakcik jiran dan minta tolong dia tanyakan tukang potong rumput. Alhamdulillah dah clear semua. TQ pakcik! pakcik ni ayah kepada jiran kami, tapi rasa macam berjiran dengan pakcik je sebab selalu jumpa, anaknya jarang jumpa. Haha. 




Seronok kan rumah ada laman luas. Kak dell puas hati sangat sebab nanti anak-anak boleh main dekat laman. Ikut suka dia la nak terbongkang terguling pun. Heee... so next project ialah pasang tinted, grill, pasang lampu kipas and tanam rumput. Insyaallah, dah selesai nanti boleh pindah masuk dulu. Renovation lain-lain kita buat next time, hihi.. tunggu bajet. :)

2 comments

wahhh.... lama kak dell menyepi.. tup tup pindah rumah... bandar @nstek tak jauh mana dah sekarang...

Reply

Buat kebun tanam sayur ulam dan pokok duyan etek tuh

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!