Salam Maal Hijrah daripada Team PucukUbi.com

10/13/2015

1 Muharram 1437 Hijrah (Awal Muharram) adalah bersamaan 14 Oktober 2015 dan merupakan hari kebesaran Islam. Bukan sekadar hari cuti umum je ye.. 

Awal Muharram juga bermulanya tahun baru di dalam kalender Islam, ia akan disambut oleh seluruh umat Islam di Malaysia.http://avn.innity.com/rt/?cb=1443694093&a=1895

Bersempena dengan Maal Hijrah ada di kalangan umat Islam yang mahu membaca doa akhir dan awal tahun. 



BACAAN DOA AKHIR  DAN AWAL TAHUN 1437 HIJRAH

  • Doa akhir tahun dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar) pada 29 Zulhijjah 1436 bersamaan 13 Oktober 2015

  • Doa awal tahun dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1436 bersamaan 13 Oktober 2015 dan boleh juga dibaca pada 1 Muharram 1437 bersamaan 14 Oktober 2015  selepas menyempurnakan fardhu Maghrib

Awal Muharram juga dikenali sebagai Maal Hijrah.

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W, ianya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan dari para sahabat untuk penetapan Taarrikh bagi madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.

Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama tauhid di mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam sampai kepada sepertiga dunia.

Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah namun dalam kehidupan masa kini konsep hijrah mestilah difahami dengan betul bagi menjadikan seseorang Islam dapat memanfaatkan apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya.


Kami daripada Team PucukUbi.com ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah dan semoga kita semua dapat berhijrah ke arah kehidupan yang lebih bermanfaat dan lebih baik. 

Insyaallah... 


You Might Also Like

2 comments

  1. Semoga kita semua menjadi lebih baik dari hari ke hari..

    ReplyDelete