Gambar Kawen Akhirnya Atas Canvas Frame! Hehe

9/30/2015

Setelah sekian lama, dah 5 tahun lebih pun berkahwin, akhirrrnyaaaa... barulah saya abadikan gambar kawen di atas canvas. Hehe. kebetulan hari tu ternampak iklan promosi untuk print gambar di atas canvas frame, so saje lah cuba. 

Alang-alang tengah menghias rumah sekarang ni. Saya cuba print 4 keping sahaja dulu. Kalau berbaloi hasilnya, boleh la diprint lagi lepas ni. Cuma tak tahulah nak letak dekat mana kalau banyak-banyak sangat gambar nanti. Hihihi.

Jom kita tengok hasil yang sampai hari ini. 


okey lah kan ni.. 2 gambar photoshoot outdoor, 2 lagi gambar anak sulung saya. Nanti nak kena buat gambar anak no 2 sekali lah. Cumanya dia takde gambar studio. Hihi. 

Untuk 4 keping ni, harganya cuma RM120 sahaja. Okeylah kan tu.. Sekarang ni kedai tu tengah buat promosi, 5 keping gambar RM150 sahaja. Dengarnya 5 keping gambar tu puas hati juga sebab ada satu yang memang bersaiz besar. Lagi besar daripada yang atas ni. 

Boleh dipertimbangkan juga ni... 



You Might Also Like

0 comments