Cara Hilangkan JERAGAT dengan Mudah dan Dijamin Berkesan!

9/02/2015


Makin meningkatnya usia, kulit dan wajah secara perlahan-lahan akan mula mengalami masalah. Ini berlaku disebabkan penurunan kolagen pada kulit apabila usia makin meningkat. Salah satu permasalahan yang biasa dihadapi ialah jeragat. Alahaiii... macam mana nak hilangkan jeragat ni ya? 


Jeragat / freckles atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya termasuk Malaysia. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi, sekitar hidung dan bawah mata, dan ada juga yang mengalaminya di sekitar dahi.

Melasma boleh dibahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Melasma epidermal  terjadi pada lapisan epidermis iaitu di lapisan kulit yang paling atas. Manakala melasma dermal terjadi pada lapisan yang kedua dan lapisan yang lebih dalam. Kebiasaanya, kaum wanita  lebih ramai menghadapi masalah jeragat ini berbanding kaum lelaki, yang hanya sekitar 10% sahaja. [sumber]

Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus.  Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung.

Apa pula bezanya di antara jeragat (melasma) dan Hori's Naevus ni? Okey, kedua-duanya adalah masalah yang disebabkan oleh pigmentasi pada kulit, iaitu penghasilan pigmen yang berlebihan yang kebiasannya berpunca daripada sinaran matahari (ultra-violet).

Jeragat (melasma):

Melasma muncul sebagai tompok coklat pada kulit yang memberi kesan kepada pipi, dahi, bibir atas, hidung dan dagu. 
yang ini contoh untuk jeragat (melasma)

Hori's Naevus:

Hori's Naevus pula bintik coklat yang berbentuk bulat kecil yang biasanya muncul di kedua-dua pipi. Ia biasanya berlaku akibat daripada keturunan dan ketika mengandung. Biasanya bulat kecil coklat tu makin bertambah dan ada yang makin membesar apabila meningkatnya usia seseorang.

yang ini pula contoh untuk Hori's Naevus. 


Nampak sama sahaja melasma dan Hori's Naevus, tapi ianya masih boleh dibezakan. Melasma membentuk tompokan coklat, kita boleh nampak bintik-bintik coklat yang halus pd kulit. Biasanya berlaku kepada seseorang sejak remaja atau umur pertengahan. Warnanya juga cerah sedikit berbanding bintik Hori's Naevus. 

Hori's Naevus pula terjadi apabila usia makin meningkat, biasanya umur 40 tahun ke atas dan selalu juga terjadi pd wanita mengandung. Warna bintik Hori's Naevus ni lebih gelap sedikit berbanding jeragat. Ini saya letakkan lagi satu contoh Hori's Naevus supaya boleh nampak dengan jelas perbezaannya dengan jeragat. 

Hori's Naevus


Sebab-sebab terjadinya jeragat adalah seperti berikut:
1) Terdedah kepada cahaya matahari terik
2) Penggunaan hormon. Cthnya Pil perancang
3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
4) Keturunan.

Biasanya untuk permasalahan kulit ini, ianya boleh dirawat dengan kaedah laser yang bersesuaian dan rawatannya perlu dibuat berulang kali. Walau bagaimanapun, melasma lebih mudah dihilangkan melalui rawatan secara laser, tetapi agak sukar untuk Hori's Naevus yang mungkin memerlukan lebih banyak sesi rawatan. Doktor pakar kulit juga biasanya akan mencadangkan kepada mereka yang menghadapi masalah ini supaya sentiasa menggunakan sun block apabila terdedah kepada cahaya matahari untuk mengelakkannya menjadi lebih teruk.

Ada ke produk Shaklee yang boleh membantu mengurangkan jeragat pada kulit wajah?

Ya, Ada.

Saya akan sarankan puan-puan yang ada masalah jeragat ini supaya mengamalkan supplement Gla Complex, Vitamin C dan juga ESP. Ketiga-tiga suplemen ini akan membantu merawat dari dalam kulit dan mengurangkan pigmentasi melalui pengambilan yang konsisten dan berterusan. Saya akan memberikan konsultasi dan cara makan yang berkesan sekiranya puan-puan berminat untuk mencuba set ini.

Set Jeragat Shaklee: Gla Complex, Vitamin C & ESP terbaik untuk masalah kulit

Walau bagaimanapun, sekiranya puan-puan ingin mendapatkan kesan yang lebih cepat dan lebih berkesan, boleh add on Collagen Powder yang sangat bagus untuk masalah jeragat ini. Boleh lihat testimoni pengguna Collagen Powder di sini.  
Oh ya!! Sepanjang bulan September 2015 ni, ada promosi ESP Shaklee tau!! Buy 6 FREE 1, atau Buy 2, get 5% extra discount! Boleh rujuk link saya di sini mengenai promosi ESP ni.

PROMO ESP terbaek dari ladang!


Apa juga saranan saya yang saya tulis sendiri dalam blog ini, semuanya adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, semuanya yang saya lalui sendiri dan rasai sendiri. Jika produk itu tidaklah bagus dan tidaklah berkesan, makanya saya pun tidaklah akan rekemenkan untuk semua. 

Ye dakkk?? 


Hubungi segera!

Puan Nurru Adila Ibrahim 
ID No.: 908460
No. Tel : 019-217 7110 / 012-626 7110 (Encik Khairy)
Email : nurruadila@gmail.com
Saya pengedar Shaklee di Kota DamansaraMutiara Damansara dan Putrajaya


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Cepaaaattt!!! 

You Might Also Like

5 comments

  1. Oh... consume shaklee pun boleh bantu juga ye.
    OK lepas ini kakak nak klik testimoni pengguna collagen powder tu..

    ReplyDelete
  2. ya kak zakie. Insyaallah boleh membantu dengan syarat kena konsisten guna. :) lama-lama nanti jeragat ni akan beransur hilang dan kulit cerah sekata.

    ReplyDelete
  3. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan Jeragat.

    ReplyDelete
  4. betolll betolll...
    1st time guna 3 hari takleh nak fikir kenapa dahi bila berkerut je rasa tegang semacam....

    Bila seronok berat badan turun.
    AMBIL CAKNA JIKA NAK KURUS

    ReplyDelete
  5. Kadang2 konfius jeragat jenis bintik dengan tompokan rata coklat..
    Tapi yang penting memang jeragat la kan.

    ReplyDelete