5 Panduan Untuk Membeli Keperluan Bayi Baru Lahir

9/23/2015


Saya rasa ramai ibu dan bakal ibu yang seringkali buntu memikirkan barangan keperluan apa yang perlu disediakan untuk bayi yang sedang dalam kandungan. Ramai juga yang buntu, bilakah masa yang sesuai untuk mula membeli? Kann.. dilema ini saya juga alaminya pada tahun 2010 yang lalu. Masa tu baru mengandungkan anak pertama, dan boleh dikatakan semua benda saya nak beli. Dahla baby masa tu dijangka perempuan, lagiiiiii la seronok saya membeli macam-macam.

Nasihat orang tua-tua, kalau nak mula beli barang baby, mulakan ketika sekurang-kurangnya kandungan dah cecah 7 bulan ke atas. Jangan beli terlalu awal! 

Kenapa? Sebenarnya, bila kandungan dah masuk 7 bulan, boleh dikatakan baby dah lengkap pembesarannya dan jika lahir awal sekalipun, dia akan hampir sempurna walaupun mungkin kekurangan berat. Berbanding, kalau dah beli sejak 3 bulan pregnant, tiba-tiba kandungan keguguran atau tidak selamat, akan menguatkan kekecewaan kita kerana barangan telahpun dibeli terlebih dahulu.

Tapi ada je yang tidak dapat diselamatkan walaupun dah cukup bulan, itu semua kuasa Allah swt. 

So, bila masa yang terbaik untuk mula membeli?? 

Saya cadangkan kita boleh mula membeli barang baby ni bila dah masuk minggu 33-35 ke atas atau dah masuk 8 bulan. Sebabnya kadang-kadang, lagi awal kita mula membeli, lagi banyak yang kita beli. Sudahnya mungkin akan berlaku pembaziran dan ada barangan yang tak perlu pun sebenarnya. 

Tahun ni merupakan kali ke-tiga saya membeli barangan keperluan bayi. Nampak gambar bakul di atas tu? Ya... hanya sebakul tu sahaja barangan yang dibeli untuk anak no.3 ni. Berbezanyaaa dengan anak pertama, berbakul-bakul!!

Apa Yang Patut Dibeli?? 


1) 2 pasang baju lengan panjang saiz Newborn

- Saya sarankan belilah sepasang dua baju bersaiz newborn (lengan panjang) / 0-3m, dan ini bertujuan untuk dibawa ke hospital nanti. Sebabnya, baby yang baru lahir memang kecil je saiznya, dan eloklah diberikan lengan panjang sebab mana-mana hospital pun biasanya gunakan aircond dah sekarang ni walaupun hospital kerajaan, Kalau takde aircond pun, malam-malam baby akan sejuk. 

- Kenapa saiz newborn? supaya dia tak besar sangat dan tak kecik sangat untuk baby. Alaa.. jangan banyak benar belinya, dua pasang saiz NB pun dah okey. Pakai untuk di hospital dan bulan pertama kelahiran. 

- Ambil kesempatan beli semasa ada Expo Baby, supaya dapat beli dengan harga yang murah, serendah RM10-15 je sepasang biasanya.. 

2) Beberapa pasang baju lengan pendek dan panjang saiz 3-6m

- Saya memang takkan rekemen baju saiz 6m ke atas. Masa saya mula-mula bersalin dulu, ramai yang rekemen baju bersaiz 6m, so saya pun dengan naifnya beli lahhh... dengan harapan kononnya boleh pakai lama.

- Tapiiii.. hasilnya, lamaaaaa nak tunggu baby boleh pakai baju saiz tu! Sudahnya bila dia dh masuk 6 bulan, beliii jugak lagi sekali baju-baju walaupun sebelum lahir dah beli. Mungkinlah boleh dipakaikan awal, tapi kita pulak yang kesiankan dia sebab pakai baju besar dan nampak comot sungguh. Hihihi... 

- So, saranan saya, belikanlah baju bersaiz 3-6m, sedang elok, tak kecil sangat tak besar sangat. Boleh pakai sampai 6 bulan atau mungkin lebih lama kalau baby tu kecil. Nanti bila umur dia dah masuk 6 bulan, beli lah lagi. 

- Oleh itu, jangan nak membeli banyak-banyak pun tak apa. Kalau saya, 10 pasang baju lengan pendek, 5 pasang baju lengan panjang dan 5 pasang jumper pun dah cukup dah untuk kegunaan sampai dia umur 6 bulan tu sebenarnya. Oh ya, saya memang suka pakaikan baby Jumper atau dipanggil juga babysuits! Macam ni gambar di bawah ni. Sebab senang sangat, tak perlu pakaikan stokin dah dan baju pun tak terselak kalau tidur malam. 


- Tapiii, saya tak minat romper, nanti saya explain details kenapa. 

3) Mittens sahaja Tak Perlu Booties

- Kalau nak beli sarung tangan dengan sarung kaki, eloklah beli sarung tangan sahaja dan gantikan sarung kaki tu dengan stokin baby! 

- Sarung kaki tu akan selalu tertanggal-tanggal daripada kaki baby. Hahaha... pernah terjadi kan, tiba-tiba hilang sebelah la, tercabut sebelah la, tertinggal dalam bedung lah..

- So, cari set sarung tangan sahaja, yang takde booties tu. Lepas tu, boronglah stokin baby berpasang-pasang. Standby takut hilang bila dh basuh dan sidai. Al maklumlah ianya kecik je....

4) Beli baju butang di depan

- Haaaa.... ini pun super duper penting juga. Kalau nak beli baju baby, beli yang butangnya di depan. Senang awak nak pakaikan baju dia nanti. Baby ni bila dia baru lahir, lehernya tak kuat lagi, meliuk lentik ke kiri ke kanan. So dengan keadaannya cenggitu, adalah amat sukar nak pakaikan baju yang round neck takde butang takde ape tu. 

- Kalau nak juga beli, tunggu la kejap, umur dah masuk 5-6 bulan okeylah pakai yang round neck takde butang tu. 

- Atas reason ini jugalah saya kurang meminati romper! Selain daripada itu, ia tak tutup paha baby, macam sejuk je.. dahla kulit baby tu cantik kan, sayang je dedah dedah nampak paha gebu. Haha.. kalau nak juga pakaikan romper, tunggu lah umur 5-6 bulan juga. 

- Ada juga yang pakaikan romper lepas tu pakaikan legging nak tutup paha anak. Tapi sudahnya akan menyusahkan bila nak cuci bontot baby dan kaki baby pun macam tak selesa je sebab legging ni ketat, dan kebanyakannya jenis berbulu kalau dah lama pakai... Romper tu macam gambar bawah ni. 



5) Beli bedung yang lebar

- Kalau beli bedung baby, carilah yang lebar dan boleh lipat banyak kali. Sebab banyak yang ada di pasaran sekarang ni, kecil saiznya, jadi hujung bedung tu tak lepas nak lipat, so senang terbuka. Saya suka beli yang handmade. Tapi cari yang besar.

- Atauuu.. kalau nak mudah, beli lah bedung yang dah ready made dengan tape la, dah siap berbungkus. Tinggal masukkan baby je dah siap!

Okey! Saya rasa itu sahaja dulu 5 Panduan Untuk Membeli Keperluan Bayi Baru Lahir. Saya harap dapat membantu ibu-ibu dan bakal ibu yang bakal melahirkan anak. 

Selamat bersalin ya!

Saya punya duedate 1st November ni, doakan saya semoga dipermudahkan segalanya. 

Cuak juga ni walaupun dah masuk kali ke-3!!

HAHA. 






You Might Also Like

0 comments