5 Khasiat dan Manfaat Air Kelapa Muda untuk Ibu Hamil

Kandungan saya dah mula memasuki usia 8 bulan. Kurang lebih, sebulan sahaja lagi insyaallah saya akan bakal melahirkan baby yang ke-3. Pada usia kandungan sebegini, saya dinasihatkan supaya selalu amalkan meminum air kelapa muda. Tapi, apa khasiatnya untuk ibu yang sedang mengandung ya? Jom saya kongsikan.. 



Kandungan Nutrisi Air Kelapa Muda

Air kelapa muda mengandung nutrisi yang sangat baik untuk badan kita, terutamanya ibu yang sedang mengandung. Beberapa nutrisi yang terkandung di dalamnya adalah seperti berikut :

  • Potasium / Kalium : Zat ini memiliki fungsi untuk menurunkan tekanan darah pada arteri.
  • Glukosa : Glukosa sangat diperlukan  tubuh untuk tenaga.
  • Protein : Air kelapa mengandung protein sebanyak 0.72 gm dari tiap 100 gm air kelapa. Ini sangat diperlukan oleh tubuh, sebab manusia memerlukan protein lebih kurang 1 gm sehari. 
  • Kalsium : Kalsium dari kelapa muda juga boleh dikatakan sangat tinggi di mana setiap 100 gram air kelapa terdapat kandungan kalsium sekitar 24 miligram. Wow! Best kan?
  • Antioksidan : Air kelapa muda sangat kaya akan Vitamin C dan B, Karbohidrat serta Magnesium yang berfungsi melindungi kesihatan badan terutamanya bagi ibu-ibu hamil.
Wow! Rupa-rupanya, disebalik rasanya yang sedap dan menyenangkan tu terkandung bermacam nutrisi tau!

Kelebihan dan Manfaat Air Kelapa Muda Untuk Ibu Hamil

1. Untuk Melancarkan Saluran Kencing

Pada saat kehamilan, risiko jangkitan pada saluran kencing adalah sangat tinggi. Air kelapa muda dapat membantu membersihkan saluran percernaan serta membantu mempercepat pembuangan racun di dalam tubuh dan mengelakkan terjadinya risiko penyakit “kencing kotor” ketika kehamilan.

2. Sebagai Antitoksin

Air kelapa mengandungi asid laurik. Asid laurik berfungsi sebagai penawar racun dalam darah. Air kelapa muda dapat mengurangkan risiko penyakit kepada ibu hamil dan bayi yang ada dalam kandungan. Pernah kan kita dengar, jika seseorang mengalami 'mabuk' selepas makan makanan/minumam tertentu, dia disarankan untuk minum air kelapa muda, untuk menghilangkan racun dalam darah. 

3. Anti Bakteria

Air kelapa sangat baik untuk meningkatkan antibodi dan daya tahan tubuh wanita hamil kerana mengandungi kadar antioksidan yang sangat baik.

4. Sumber Nutrisi Lengkap

Bayi dalam kandungan sangat memerlukan nutrisi yang lengkap dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang cukup. Air kelapa muda juga merupakan sumber untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh bayi.

5. Kulit Bayi Bersih dan Mulus

Nakkan tips cantikkan kulit bayi dalam kandungan? Kata orang tua-tua, kalau nakkan bayi yang berkulit bersih, cantik dan mulus, amalkanlah minum air kelapa muda bila kandungan dah mula masuk 7 bulan ke atas.  Air kelapa dikatakan berkhasiat untuk membersihkan kulit bayi. Dengan itu apabila bayi dilahirkan, dia akan memiliki kulit bersih dan kepalanya tidak berkerak. Masa mengandungkan Safiyyah dulu saya memang kerap minum air kelapa muda. Memang kulitnya bersih dan tidak berkerak di kepala.


Cubalah! Asalkan jangan minum ketika di awal kehamilan, dan biasanya selepas bersalin, kita kena berpantang daripada minum air kelapa selama setahun kan?? 

Haaa… minum puas-puas semasa mengandung ni ya..

Oh ya, selain daripada amalkan minum air kelapa muda, ada lagi satu tips untuk dapatkan kulit bayi yang putih, cantik mulus iaitu puan juga boleh amalkan ESP Shaklee sepanjang kehamilan, Insyaallah baby berkulit gebu dan putih berseri! 


Ingin mendapatkan konsultasi mengenai penyusuan susu ibu dan masalah kesihatan yang lain terutamanya untuk ibu yang sedang mengandung dan berpantang? Boleh hubungi saya ya: 

Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-6267110 (lebih prefer sms/whatsapp sahaja)
nurruadila@gmail.com
Saya pengedar Shaklee di kawasan:
Kota Damansara/Mutiara Damansara/Damansara Perdana/Subang Bestari/Sg Buloh 
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!



Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!