10 Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi Comel Anda!



1. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik dan dalam kadar yang mencukupi untuk bayi anda.

2. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.

3. Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi anda.

4. Susu ibu melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

5. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.

6. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.

7. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

8. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.

9. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.

10. Susu ibu memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.



Dalam surah Surah Al-Baqarah, ayat 233, firman Allah SWT yang bermaksud, 

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan juga seorang ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian.

Apabila keduanya ingin meleraikan susuan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Happy Breastfeeding!!


** Ingin dapatkan konsultasi mengenai penyusuan susu ibu? Jangan segan-segan hubungi saya ya! 
Puan Adila: 019-217 7110


Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!