Usus Tersumbat Membawa Maut! - Cerita Tragis

Real. Depan mata saya sendiri. Menyaksikan seorang pesakit usus tersumbat meninggal dunia selepas cuba diselamatkan oleh para doktor. Ceritanya begini, raya lepas nenek saya masuk hospital, penyakit orang tua-tua, bukan dia yang ada masalah usus tersumbat tu, tapi jiran sebelah katil dia. 

Masa tu saya tengah tunggu nenek saya, baru je habis waktu melawat. Tiba-tiba, saya dengar suara doktor yang lantang panggil "makcik! makcik!" sambil tepuk muka makcik tu. Makcik tu pengsan tak sedarkan diri, rupa-rupanya dia baru sahaja muntah non stop. Basah lencun baju dia dan bau muntahnya tu Ya Allah, memang busuk. Cuak saya tengok situasi tu.


Selepas 5 minit makcik tu masih tak sedar lagi. Doktor terus tolak ke satu ruang, betul-betul di sebelah katil nenek saya dan mulakan proses menyelamatkan nyawa. Pertama kali dalam hidup saya tengok tu, guna segala alat, guna tangan untuk pam dada dan macam-macam lagi lah, dan masa tu juga boleh dengar bunyi doktor sedut muntah makcik tu daripada dalam perut/mulut. Bau dia, memang sesuatu. Saya pelik, kenapa bau muntah makcik ni lain macam. Teruskan baca lagi cerita saya ni ya. 

Situasi masa tu memang cemas, saya pun berdebar, anak makcik tu yang jaga dia dalam wad sedang menangis-nangis panggil mak dia. Muda lagi makcik tu, dalam 40-an rasanya sebab anaknya pun masih muda, masih sekolah menengah. 

Tak sampai setengah jam selepas tu, tiba-tiba semua doktor stop, hentikan semua proses dan memanggil sedara mara makcik tu (masa tu sedara mara dia mula sampai). Masa tu makcik tu dah nazak, dan tak sampai 10 minit kemudian, beliau disahkan meninggal dunia... Innalillah...

Saya pada awalnya tak tahu apa sakit makcik tu, sebab kalau ikutkan wad yang nenek saya duduk tu bukan wad kritikal dan bukan juga wad icu ke ape ke. Wad biasa sahaja dan katil dia dekat belah depan sikit, jauh sikit daripada meja nurse. Ini bermakna kes dia mungkin tidak serius sebab tidak memerlukan pemerhatian lebih berbanding katil nenek saya yang memang betul-betul depan meja nurse. Kalau dalam wad hospital ni biasalah kan, diorang zoning kan kawasan ikut tahap kritikal pesakit. 

Kemudian, suasana di wad diselubungi dengan keadaan suram dan sedih dan masa ini lah saya berpeluang untuk bertanya mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada arwah makcik tersebut. 

Ceritanya, arwah makcik dikatakan tidak mempunyai apa-apa penyakit kritikal. Dia cuma sakit perut biasa masa hari raya pertama (masa dia meninggal tu hari raya ke-5 rasanya). Dia pegi ke klinik dekat dengan rumah dan klinik terus suruh refer GH. Bila beliau refer ke GH, biasalah time raya ni ramai yang datang klinik atas alasan sakit perut memandangkan kita berpuasa sebulan dan terus tiba-tiba makan dengan banyak masa hari raya. Kan? Hehe. GH cuma bagi ubat sakit perut dan minta dia balik. 

Esoknya, sakit dia tu tak berkurang pun, dia pegi lagi ke klinik yang sama dan sekali lagi klinik tu bagi refer letter yang ke-2. Makanya, pada hari raya ke-4 tu dia ke GH semula dan masa tu lah baru warded. Bila check betul-betul masa dia nak masuk wad tu, barulah tahu dia ada masalah usus tersumbat. Yang menyayat hatinya, baru malam semalam masuk wad, hari ni dia dah meninggal dan punca dia meninggal tu disyaki, usus beliau dah pecah!! dannn... sebenarnya, muntah yang keluar daripada mulut beliau tu bukanlah muntah biasa, tapi sebenarnya najis yang tersumbat dekat usus yang pecah dan dia keluar melalui mulut! Huhu.. patutlah bau dia semacam.

Kesimpulannya yang saya dapat buat di sini, jangan memandang enteng kalau kita ada masalah usus tersumbat ni. Punca dan simptom berkemungkinan kita jarang buang air besar atau sembelit ke, atau berkemungkinan kita memang ada masalah ketumbuhan atau kanser usus yang menyebabkan usus tersumbat. Ingat tau, kanser ni dia penyakit senyap. Selama ni tak tahu pun ada dalam badan, tiba-tiba bila dah tahu, dh stage ke-4!

Arwah makcik ini juga kurus je orangnya, bukan jenis gemuk atau ada masalah perut buncit. So, jangan ambil mudah kalau kita ada tanda-tanda yang tak berapa best bila bab penghadaman walaupun badan kita kurus dan perut tidak buncit. Paling common sekali selalu sembelit, buang air besar tidak lancar atau jarang buang air besar. Saya taknak letak gambar usus tersumbat / kolon tak sihat tu dekat sini, haru pulak nengoknya. hihi. 

Ada juga rasa usus dia sihat sebab dia tiada masalah sembelit dan membuang setiap hari, tapi tanpa sedar perut makin membuncit, muka dan badan berjerawat dan nafas dan bersin berbau. Ini juga dikaitkan dengan masalah usus tidak bersih atau dipenuhi toksin dan tidak sihat. Boleh refer entry saya yang ini: bersihkan toksin daripada usus

Saya boleh bantu anda yang ada masalah usus tersumbat atau kolon tidak sihat ini dengan mencadangkan supaya anda mengamalkan supplement Shaklee yang saya namakan Set Nyah Toksin yang terdiri daripada: LECITHIN, ALFALFA dan HERB LAX Shaklee. 

Saya berani beri jaminan, ianya berkesan, selamat dan semulajadi. Masalah usus tersumbat dan kolon tidak sihat dapat diatasi dengan izin Allah swt. Jika anda inginkan kolon yang sihat dan usus yang baik, hubungilah saya: 

Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-626 7110
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kota / Mutiara / Flora Damansara / Sg Buloh / Putrajaya / Cyberjaya 
Penghantaran by Pos Laju ke seluruh negara
"Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu ubat” (H.R. Muslim)"


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


1 comments:

Memang takut kan bila fikirkan bab usus ni..kita dah x nampak kat dalam tu...

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!