Kisah Deco Rumah Dengan Kos Super Limited!

8/24/2015

Sejak tahun 2011, lepas melahirkan anak pertama saya, Khairunnisa Safiyyah, saya berpindah daripada rumah saya di Kota Damansara dan menetap di Kuarters di Jalan U-Thant, KL. Sehinggalah akhirnya saya keluar daripada kuarters tersebut kerana bertukar tempat kerja dan berpindah semula ke rumah lama saya pada bulan Mac 2015 yang lalu. 4 tahun juga la saya tinggal di kuarters yang ada 6 biji bilik, 4 bilik air, yang lengkap dengan segala bagai perabot, siap tilam bantal, water heater semuanya tersedia. Pendek kata, memang cuci kaki saja masuk, cuma perlu bawa barang elektrik dan kain baju sahaja. 

Tapiiii... nak menguruskan sebuah rumah yang ada 6 biji bilik (apartment yang sangat luas gile), bukanlah senangggg... apatah lagi lama kelamaan mata naik kelabu menengok perabot yang saya tak berkenan dari segi warna dan materialnya. Memang mencabar emosi. Rasa tak sabar-sabar nak pindah keluar. Keburukan tinggal di kuarters yang lengkap ni, bila dah terbiasa dibekalkan perabot segala bagai tu, secara tak langsungnya saya memang tak membeli apa-apa perabot. Masuk ke kuarters tu pun tak bawak apa-apa perabot selain daripada satu set perabot bilik tidur yang saya memang tak pasang-pasang sampailah saya keluar daripada kuartes. 

Hasilnyaaaa... bila saya dah berpindah keluar semula, proses untuk membeli perabot menjadi sangat mencabar!! Sebab tak cukup bajet dan takde pulak saya saving apa-apa untuk beli perabot sebelum ni. Haha. Padan muka sendiri!

Mac 2015, saya berpindah semula ke apartment lama saya yang sebelum ini saya sewakan. Bayangkanlah 4 tahun rumah tu disewa, hmmm.... walaupun takde yang rosak sangat, tapi rasa tak selesa nak duduk semula tu tetap ada, selagi saya tak cat semula! Bermulalah episod saya mengecat rumah semula dan saya berikan syarat kepada suami saya, yang saya takkan pindah masuk selagi tak selesai kabinet dapur. Hehehe.. setelah selesai kitchen kabinet bulan Februari aritu, barulah saya mula pindah masuk.

Sebelum ni saya sewakan rumah tanpa ada apa-apa renovation. Nanti-nanti saya akan ceritakan mengenai renovation kabinet dapur saya tu ya. Hari ni bagi intro je dulu, sebab nak bercerita pasal deco deco ni bukannya rajin sangat. Hehehe...

Jom saya kongsikan gambar rumah saya sebelum saya sewakan dulu. 





Sebelum ni warna tema rumah ni ialah color cream dan brown. Perabot yang ada pun biasa-biasa sahaja, warna yang lebih kurang dengan tema. Masa ni baru-baru kawen, ini jelah yang mampu beli. Hehehe..

Tapi sebenarnya tujuan saya tulis entry ni sebab nak berkongsi cara saya deco rumah kecil saya ni dengan kos yang sangat limited. Memang kos rendah betul, nanti saya kongsikan apa yang telah terjadi kepada rumah ni sekarang ya..

Oh ya, dua minggu lepas saya ke Alcano Design, Sg Buloh. Buat yang tak tahu, Alcano Design ni kilang perabot, tapi kita boleh tempah perabot sendiri (custom made) terutamanya sofa ikut citarasa kita dengan harga yang lebih murah! Dah lama sungguh baca cerita tentang Alcano Design ni, tapi dek kerana selama ni tinggal di kuartes, dan memang dah lengkap kuarters tu dengan sofa, saya memang tak bercadang untuk menempah sofa. 

Sehinggalah 5 bulan berpindah ke apartment saya ni, barulah saya berpeluang menempah sofa sendiri... Itupun sebab badan dah sakit sangat sejak pregnant ni, saya dah masuk fasa duduk tak kena, baring pun tak selesa. Bila nak lepak tengok TV sambil baring-baring tu hazabnyaaaa nak bangun semula... huhu.. so ada reason kukuh kenapa saya kena jugak beli sofa!

Nanti sofa tu dah dihantar saya akan share lagi ya, mungkin boleh jadi rujukan untuk mereka yang nak cari sofa yang berkualiti tapi dengan harga yang rendah. Oh ya, rendah di sini bukanlah bermaksud sofa tu regenya bawah RM1ribu kawan-kawan. Jangan salah faham tu, tapi dengan kualiti sofa tu  yang tidak menggunakan chipboard tapi guna solid wood, harganya sangat berbaloi sebab boleh guna untuk tempoh yang lama. Dia tak melendut dekat tengah-tengah tu.

Jadi, memandangkan tempah sofa, makanya saya pun mula la episod deco secara minimalis dengan perabot yang simple dimple gilerrr daripada IKEA. Haha. tapi okey laa... puas hati juga, sebab saya memang tak suka sangat banyak barang dalam rumah. Sikit-sikit sudahhhh... bayangkan, memang rumah saya kosong je sebelum ni tau. Hahaha... kesian sungguh. 

Jom saya belanja sikit ruang TV yang dah bertukar... TADAAA....

*

*

*

*

*

*


 Ruang TV yang simple dan plain je.. hehe


dah lama nak beli lemari kaca Ikea ni, hahaha..

Murah je kosnya ni, buat yang nak tahu harga, saya kongsikan ya. Display cabinet kaca tu RM179 dan kabinet buku putih tu RM359 sahaja. Murah je. Saya memang saje letak kabinet buku dekat ruang depan rumah, supaya senang saya nak tengok buku apa yang saya berkenan nak baca. Sebab ada depan mata kan. Lagi pulak, saiz kabinet ni sesuai pulak letak dekat sebelah tv tu. Hihi.. boleh display stok Shaklee sekali. 

Para atas dalam display cabinet kaca tu ialah award-award yang saya terima sejak saya berShaklee. Sebelum ni tak tahu nak letak mana, semua dalam kotak je. Sekarang ni baru ada 'rumah' dia sendiri. 

Kabinet tv?? Pun muraaahhh amat je saya tempah dulu. Saya buat bersekali masa buat kitchen kabinet, so kontraktor kitchen kabinet tu bagi saya RM150 je untuk rak TV ni... hihihi.. rezeki.. saya memang tak suka kabinet besar-besar. sebab memang ruang rumah kecil dan pemalas pulak tu nak bersihkan habuk-habuk.

Amacam? okeylah kan. nanti bila dah ada sofa saya tunjukkan camana hasil ruang tamu kecil saya ni ye. Kesimpulannya, saya memang suka duduk rumah kecil, sebab alih-alih tengok muka hubby dan anak-anak memang depan mata je. Siap eksiden tengah jalan lagi.. 

EH, tersama pula warna tema rumah dengan warna tema blog PucukUbi.com ni.. taste memang macam ni lah agaknya.. suka suasana cozy cozy gittew.. 


You Might Also Like

1 comments

  1. Suka decorasi dengan limitasi perabot. senang nak besar kan anak-anak yang sedang melasak kan...

    ReplyDelete