Kerja Makan Gaji Pun Boleh Dapat Financial Freedom Apa...

2/26/2015

Lanjutan daripada entry saya yang lalu mengenai Apa Itu Financial Freedom, nampaknya ramai rupa-rupanya yang seangkatan dengan saya, iaitu menyangka bila dapat selesaikan semua hutang piutang tu kami panggil financial freedom. Haha. 

Ada juga yang rasa seolah-olah, "alaaa...orang buat bisnes boleh la nak simpan duit banyak-banyak sebab income tambahan ada. Aku ni keje makan gaji je, keluar pagi-pagi, drive redah jem jauh-jauh, balik petang-petang kadang-kadang lajak ke malam, cukup bulan bayar hutang!... manalah boleh capai financial freedom...."

Haaaaa....kesilapannullazi tu namanya... orang makan gaji pun boleh capai financial freedom ni kalau kena gayanya. Jap saya nak bagi contoh. 

Katalah, makan gaji, gaji sebulan RM4,000. So pung pang bayar itu ini, tinggallah RM2,000. Daripada RM2,000 tu bolehlah ikat perut sikit buat simpanan tanpa gagal RM500 sebulan ke. tanpa gagal okey. So kiraannya, lepas 30 tahun, dapatlah RM180,000.00. keuntungan tahunan lepas dah ada 180k tu dapatlah dalam RM12,600 setahun, so sebulan boleh la belanja RM1,050.... Ini kiraan secara kasar je ni. Nak lagi details kena guna compounding calculator tu.

Tapi kawan-kawan, nak dapat 180k tu pun lepas 30 tahun simpan tu. Hehehe...

Cara yang ke-dua ialah, buat property investment, beli rumah jual rumah, untung jual rumah tu simpan simpan simpan. Insyaallah cepat sikit nak capai RM1 juta tu. Tapi nak setelkan urusan jual beli rumah ni bukan keje sehari dua hari, letih nak melayan karenah itu ini. Duit keluar pun banyak juga untuk modal awalan sebelum dapat untung jualan rumah tu. Kann...

Atauuu... cara yang ke-3, tak lain tak bukan ialah join saya berbisnes. Hihihi... dapat income setiap bulan daripada bisnes tu simpan semuanya. Ataupun, nak lagi best, gunakan income bisnes tu je buat tampung perbelanjaan sekarang ni, gaji hakiki tu simpan semua. Dapat RM4k, simpan semua 4k. Kalau dapat buat macam ni, dalam masa 20 tahun dah dapat RM1 juta. Kannn....


Sebab tu rugi sangat kalau orang tidak ambil peluang di atas peluang yang ada. Kita ada cara mudah untuk berbisnes part time, tanpa perlu keluar modal besar, tanpa perlu sewa kedai, tanpa perlukan masa 24 jam. 

Kalau tanya saya berapa jam saya peruntukkan setiap hari untuk perniagaan sampingan saya ni, jawapan saya ialah kurang daripada 2 jam satu hari. Haaaa..... nak tahu cara dia?? 

Kenalah hubungi saya sepantas kilat. Lagi tunggu, lagi melangut, tengok je kos sara hidup meningkat yang memang confirm sangat-sangat tak akan turun-turun lagi dah. 

Better late than never my dear friends. 

Whatsapp: 019 - 217 7110 atau sms "Saya berminat nak jadi ahli Shaklee dan berbisnes bersama Puan Pucuk Ubi, boleh kah tunjukkan bagaimana caranya?"... simple. zasss lepas saya dah habis waktu keje hakiki saya kang baru saya reply. Kenalah bersabar kalau nak dapatkan tips berbisnes yang menarik itteww... kann.. 

:)

You Might Also Like

1 comments

  1. tengah cuba mencapai financial freedom juga ni, moga rzeki kita sama-sama di murahkan :D

    ReplyDelete