Apa Itu Bebas Kewangan (Financial Freedom)??

Rata-rata, bila saya tanya rakan-rakan yang berbisnes Shaklee bersama saya, salah satu pull factor yang diorang ada untuk sustained dalam bisnes ini ialah --> nak dapatkan financial freedom


Saya pun samalah. 

Dan saya rasa, semua orang mengimpikan benda yang sama kan? dapatkan kebebasan kewangan. 

Tapiii... ramai juga yang tidak tahu apa maksudnya financial freedom tu? Saya pun pada awalnya tersilap tafsiran. 

Pada pandangan saya sebelum ni, jika saya dapat selesaikan semua hutang piutang saya, saya dikira ada financial freedom. silappp tu!

Financial freedom bukan maksudnya kita berjaya selesaikan semua hutang terus dpt status tu, tapi dia ada perkiraan dia. 

Jom saya kongsikan. Ilmu ni saya dapat daripada Guru saya, Dr Azizan Osman ya. 

Kata beliau, financial freedom ni adalah satu peringkat di mana, you tidak payah kerja (especially makan gaji), tapi you dapat income yang dapat menampung keperluan you. Faham ke faham? 

Okey macam ni, kalau sekarang kita kerja makan gaji, katalah gaji bulanan RM5,000 sebulan, so selama ni kita memang gunakan duit gaji kita tu untuk belanja, untuk bayar keperluan itu ini, rumah ke pakaian ke kereta ke, so keperluan bulanan kita katalah dalam RM3,500 sebulan. 

So sebenarnya financial freedom ni maksudnya, you dah tak payah kerja teruk-teruk lagi makan gaji tapi setiap bulan tu you dpt exact amount RM5,000 yang biasa you dapat time makan gaji tu atau dapat lebih lagi. Maknanya duit tu memang cukup untuk tanggung keperluan hidup you. Itulah nama dia financial freedom. 

Contoh paling mudah la kan, katalah saya ni bisnes Shaklee secara sampingan ni setiap bulan dapat income 4 hingga 5 angka kan, hasil daripada pendapatan saya ni yang mungkin akan berlipat ganda lagi jika saya lebih gigih berusaha, dan saya simpan sedikit demi sedikit. Kemudian saya gi laburkan pula income tu untuk investmet, atau saya masukkan ke Tabung Haji la ke, so setiap bulan tu saya perlu dan kena dapat dividen / keuntungan daripada investment tu RM5,000 ke atas baru saya boleh dikira ada financial freedom. 

Kalau katalah dividen Tabung Haji 7% kan, so saya kena ada simpanan dalam tu berjumlah RM1,000,000 yang saya takkan usik langsung, so untung dia tu dalam RM70,000 setahun. Bila dibahagikan dengan 12 bulan (setahun), setiap bulan saya boleh belanja RM5,833 lebih kurang. Nampak? Maknanya saya tak payah buat apa-apa, tak payah keje pun tapi biar je duit tu beranak dalam mana-mana investment, dan saya cuma gunakan keuntungan dia tu untuk menampung perbelanjaan.

Haaaaa...... itulah dia financial freedom. Faham ke faham?

Bermakna, kalau saya nak cover kehidupan saya sekarang ni tanpa perlu kerja makan gaji, saya kena ada simpanan berjumlah RM1,000,000 lah! Tapi impian saya nak ada simpanan berjumlah RM6,000,000 pada tahun 2017 supaya saya dapat buat banyak benda selain daripada nak tampung kehidupan dan keperluan harian! (miracle happens when we believe gitu)



Woha! Saya kaya dan berjaya! 

Tapi... lagi baguslah kalau kita ada financial freedom dan pada masa yang sama takde apa-apa hutang langsung lagi dah. Cumanya saya nak tekankan kat sini, berjaya selesaikan semua hutang adalah bukan dikira financial freedom.

Sekian, terima kasih.

:)

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!