Suhu Sejuk Luar Biasa di Pantai Timur, Malaysia. Best ke best?

KUALA LUMPUR: Pertembungan suhu ketara antara tanah tinggi Siberia-Mongolia dan Laut China Selatan, punca utama kepada perubahan cuaca melampau, sekali gus menyebabkan negara bakal berdepan fenomena musim sejuk pada hujung bulan ini.

Pensyarah Kanan Geokimia Marin dan Kajian Paleo-Iklim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hasrizal Shaari, berkata negara dijangka berdepan dengan cuaca musim sejuk seperti yang berlaku tahun lalu akibat tekanan atmosfera di kedua-dua lokasi terbabit.

Menurut beliau sekiranya fenomena ini tercetus negeri yang akan melalui cuaca sejuk sehingga suhu menjangkau 17 darjah selsius adalah di pedalaman Kelantan, Perlis dan Kedah. Fenomena cuaca sejuk yang melanda Kuala Krai, Kelantan pada tahun lalu mencatat suhu serendah 17 darjah selsius.

Katanya, tiupan udara bertekanan tinggi Siberia-Mongolia akan membawa cuaca sejuk ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara ini.

Pergerakan pola arus udara yang perlahan menyebabkan gelombang sejuk Artik sampai sehingga ke bahagian tengah benua Amerika Utara dan Eropah. Keadaan ini turut menyebabkan negara seperti Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom mengalami musim sejuk luar biasa. 

Kesannya, Malaysia akan mengalami suhu sejuk yang luar biasa dan monsun timur laut menjadi agen pembawa udara sejuk, ketika ini ia dikenali sebagai fasa masa matang gelombang Artik atau ‘Polarvortex’. 

Berita Harian
Januari 2015
------------------------------------------------

Dengar cerita mak ayah saya dekat kampung, suhu dekat sana makin sejuk. Last year dah jadi fenomena suhu sejuk ni kan, tahun ni jadi lagi sekali. Kesian dekat mangsa-mangsa banjir yang dah kehilangan rumah di Kelantan baru-baru ni, terpaksa pula berdepan dengan suhu sejuk macam ni. 

Kalau nak tahu, pagi-pagi dekat Kuala Lumpur ni pun boleh terasa juga suhu sejuk tu tau, nasib baik lah anak-anak saya jenis yang senang nak bangun tidur dan biasa mandi awal pagi. Kalau tak, maunya meraung pagi-pagi buta. 

Dahlah perjalanan nak gi tadika diorang dan ofis saya sekarang ni jauh nun di Putrajaya. Nak tak nak diorang kena juga bangun awal pagi dan mandi seawal jam 6.30 pagi. Bila masuk kereta, dua-dua diberi susu dan kadang-kadang sambung tidur semula. Bagus senang urus budak-budak ni. Haha.

Btw, untuk mangsa-mangsa banjir, kita doakan semoga semua tabah dan cekal hadapi ujian besar daripada Allah swt ini. Semoga semua dilindungi oleh rahmat Allah. 

Insyaallah. 



Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!