Misteri Nama PucukUbi.com?? Haaaa...

1/08/2015

Kenapa agaknya nama blog saya ni bertukar kepada PucukUbi.com ya? Hehe.


Kepada pembaca yang memang follow blog saya dari dulu, ramai yang tahu saya bermula menulis blog ni dengan nama MommieSafiyyah. Mula-mula pakai blogspot.com je, kemudian upgrade sikit pakai domain MommieSafiyyah.com, tapi disebabkan satu issue terjadi semasa saya nak pindahkan daripada blogger ke wordpress, terus fedup dan tak renew dah domain tu. 

Haaa... nampak kan, betapa tak kentalnya saya ni. Ada onak duri sikit je dah merajuk...

Kemudian, lama jugak la saya berkembang bersama mommiesafiyyah.blogspot.com. Lubuk tempat saya cari makan juga ni. Nampak macam takde ape kan blog ni, tapi banyak hasil juga ni tiap-tiap bulan. Hihi. Nak belajar? kalau nak belajar kena jadi ahli dulu lah. Barulah boleh sembang lebat sikit. khennn... 

Lepas tu, agak-agak macam dah laammaaa jeee pakai nama ni, saya mula berfikir nak upgrade sikit dengan memiliki domain sendiri. Nak cari nama yang paling mudah orang ingat masa tu. Fikir punya fikir, haaaa.... Pucuk Ubi [dot] com macam sangat awesome. Contra dengan niche blog la ala-ala ni, ada element surpriseee gittewww... ke tak? kekeke... 

Saya nak korang ingat PucukUbi.com ni blog penjual Shaklee. Tapiiiii... korang ada nampak beriya-iya tak saya iklankan produk Shaklee kesukaan saya tu? Takde sangat kann... sebabnya, taknak nanti korang salah anggap pula, nanti entry saya yang ikhlas berkongsi dikatakan nak menjual pula padahal memang saya ikhlas berkongsi. Ikhlas sangat. (derr.. tangan ke bahu mata ke atas *_*). takde lah, gurau je. 

Kisahnya, saya takmau korang masuk blog saya lepas tu nampak iklan Shaklee terus cepat-cepat keluar, (makin menaik la bounce rate blog saya ni). Padahal kalau luangkan masa menelaah dekat blog ni, macam-macam ilmu saya kongsikan tau. Rugi kalau lepaskan. Saya menulis bukan main copy paste, tapi saya study dulu secara mendalam. 

Tapiiiii.. jangan pula sebab nampak saya tak iklan beriya, korang rasa saya tak tahu pasal produk Shaklee pula. Haha. 2 tahun lebih dah derr, ai berkecimpung dalam arena penShakleean ni.. Insyaallah saya boleh berikan cadangan yang sebaik mungkin untuk bantu masalah anda semua. 

Ada tak pembaca blog saya kat sini yang ada masalah kulit tak cantik?? 

Haaaaaa........ ai can help you. 


"Kenapa banyak-banyak nama, you pilih Pucuk Ubi??", tanya seorang wartawan terkenal kepada saya. 

Nak ceritanya kenapa pucuk ubi menjadi pilihan, salah satu sebab adalah saya nak follow tips otai blog, katanya nak letak nama domain blog biarlah yang mudah diingat dan paling maksima 4 suku kata sahaja. saya ulang, 4 suku kata sahaja. paling best kalau dapat 2 suku kata la... :)

Al kisahnya lagi, selama hidup saya 31 tahun ni, saya makan pucuk ubi cicah budu buat pertama kalinya masa raya korban bulan 11 lepas. eh ke bulan 10. Sungguh wow rupanya pucuk ubi celur cicah budu penyetkan cili padi sikit.. terangkat wa cakap lu. Sejak ittew saya mula jatuh hati dengan pucuk ubi. Hampir tiap-tiap minggu cari dekat Pasar Tani dekat pejabat Mara Medan Tuanku tu. Syok layan makan nasi panas-panas... fuhh...

Haha.. tu je kisah kenapa nama pucuk ubi jadi pilihan. Misteri lah sangat! khenn... 

Sekarang ni dalam fasa nak 'perap' kejap domain ni dekat blogger ni, bagi dia serasi dan mesra dulu dengan google. Kang tak lama lagi saya akan pindahkan ke wordpress. Hosting dah ada dah. dan jangan pelik kejap bertukar-tukar theme blog ni, sekarang ni pakai yang mana ada dulu. Nanti dah setel semua kita kasi gempakkk.. orait kan? 

Haaa... lagi satu, saya tengah setupkan satu blog baru untuk tatapan korang semua. Kiranya kali ni bawa tagline "dari papan kekunci saya terus ke hati korang".. wahh kemain panjang tagline, haha..

Eh, ada yang tak sabar nak baca sambungan kisah saya berniaga tu ke? 

Kehkehkeh... tunggu ya..

Nah ni belanja gambar pucuk ubi celur buat yang tak pernah kenal pucuk ubi. Hey, rasa sendiri, sodaaapppp amat.. makan pucuk ubi, ingat PucukUbi.com okeysss?? 

sumber: google

You Might Also Like

0 comments