Kisah Fynn Jamal, Arjuna dan Autisme...

1/08/2015

Fynn Jamal, saya kira meletop secara tiba-tiba. Beliau betul-betul meletop dan terkenal apabila mula berhijab. Lagu Arjuna Beta menjadi bualan secara meluas. 

Fynn Jamal ternyata lebih cantik apabila mula berhijab
Namun, mungkin sudah ada yang mengenali beliau dan mengikuti perkembangan beliau sejak dulu lagi. Fynn Jamal atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin merupakan guru bahasa Inggeris di Kazakhstan selama hampir 3 tahun dan merupakan pemegang ijazah Sastera dan Lingusitik Inggeris daripada UIA. 

Beliau begitu lantang menyuarakan pendapat di media sosial dan amat disenangi ramai dek kerana sentiasa memperjuangkan hak-hak mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya wanita dan kanak-kanak. 

Mungkin tidak asing lagi lagu Arjuna Beta yang Fynn Jamal tujukan buat anak angkatnya Arjuna. Sebak dengar lagu ni bila diteliti liriknya. Bagi saya, suara Fynn Jamal biasa-biasa sahaja, tetapi lagu dan lirik ciptaannya ternyata sangat unik dan lain daripada yang lain. 

Arjuna dilahirkan dengan masalah jantung, namun selepas pembedahan dia kini pulih sepenuhnya. 

Tapi, bila Juna makin besar, Fynn mula melihat ada 'kelainan' pada Juna. Juna telah dibawa menjalani pemeriksaan dan hasil ujian pakar mengesahkan Juna penghidap autisme kategori mild. Antara ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Juna adalah seperti:

  • Suka menyusun blok kayu dan dia akan marah apabila blok kayu tersebut diganggu susunannya;
  • Bila disepahkan, dia akan menyusunnya semula;
  • Tidak pernah memberikan eye contact mahupun sebarang tindak balas apabila namanya dipanggil;
Nasihat Fynn Jamal kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme:

"Buat ibu bapa yang mempunyai anak autisme dan sebagainya, pertamanya perlu banyak bersabar dan ingat selalu anak-anak kita ni bukan consciously pilih untuk reject didikan dia. 

Mereka memang tak mampu untuk daftar input tertentu sebab otak mereka yang sangat selektif. 

Sebagai contoh, kalau otak dia memang otak ilmu fizik, tunjuklah panda gemuk ke paintball paling canggih ke memang dia tak ambil perhatian. 

Perlahan-lahan kayuh

Kalau kita kuat semangat, dari Perlis ke KLCC naik basikal pun akan sampai. 

Cuma lambat atau cepat. 

Usah risau hidup ini bukan pertandingan.

Apa yang penting sebagai ibu bapa dengan anak autistik, jangan cepat putus asa kalau anak kita tak masuk ajar sekuat mana pun kita mencuba."

Mendalam nasihat Fynn Jamal ni, saya sangat sukakan ayatnya "hidup ini bukan pertandingan"

Insyaallah, walaupun anak-anak saya tiada yang autisme, tapi nasihat ini juga terpakai untuk saya yang juga bergelar seorang ibu. Tanggungjawab saya besar untuk mencorakkan keperibadian dan hala tuju kehidupan anak-anak. 

Hidup ini bukan pertandingan. 

It's okay kalau anak kita masih tidak tahu membaca pada umur 5 tahun di kala rakan-rakannya yang lain telah pandai membaca. Jangan dipaksa anak itu. Sedih saya mendengar kisah kawan saya yang telahpun menghantar anak ke kelas tuisyen seawal umur 5 tahun semata-mata kerana beliau lambat membaca.

Yang penting, kita tahu apa yang kita nak design anak kita untuk masa depannya, di dunia dan di akhirat. 

Sebelum mengundur diri, jom dengarkan lagu Warkah Arjuna (Arjuna Beta). 

Saya suka. 


Jika anda juga suka, kongsi article ini, mungkin bermanfaat buat ibu bapa yang mempunyai anak autistik. 

You Might Also Like

1 comments