Hari Tu Kisah Atuk, Kali Ni Kisah Nenek Pula. Hehe.

1/16/2015

Ini nenek saya, yang tengah-tengah tu. Masih comel masih sihat. Alhamdulillah... namanya Mek Esah


Kami adik beradik panggil nenek dengan gelaran "Mok". Masa saya kecil-kecil dulu (darjah 2 rasanya), saya pernah tinggal dengan Mok dan bersekolah di kampung. Setahun je rasanya. Hari ni saya bukan nak cerita pasal biodata nenek saya, tapi saya nak kongsi sesuatu mengenai nenek saya ni. 

Kalau anda nak tahu, nenek saya ni, salah seorang 'customer tetap' saya yang sangat best, yang tak pernah miss order suplemen daripada saya. Dari dulu macam tu. Suka beno nenek saya dengan suplemen ni. 

Nenek saya ni ada masalah 'susah buang air besar', ye lah, dah berusia ni macam-macam penyakit ada. 

Nenek saya ni juga ada masalah darah tinggi. Dia memang tak pernah miss ubat darah tinggi dia, banyak pulak tuh. 

Nenek saya ni selalu komplen badan dia cepat penat, bila solat sakit lutut, makan tak ada selera katanya. Kadang-kadang dia kena solat sambil duduk.

Tapi kini, keadaan kesihatan beliau beransur lebih baik. Nak tahu suplemen apa yang dia amalkan? 

Nenek saya yang gojes ni tak pernah miss ambil Ostematrix dan Garlic Complex

Dua jenis suplemen ini je yang Nenek saya makan, tapi alhamdulillah, katanya selera makan makin bertambah, lenguh-lenguh beransur kurang, dah boleh solat berdiri, buang air besar dah makin lawas dan dah tak struggle lagi (chewwaahh nenek guna perkataan struggle)

Tapi itulah dia #shakleeeffect untuk Nenek saya. Wajah dia sentiasa kemerah-merahan gitu, tanda dia sihat. Cuma takde lah sihat sampai boleh berlari, tapi lebih baik sangat daripada sebelum ni. 

Tunggulah 2 minggu lagi, Nenek saya akan kirim 'ubat' dekat saya bila stoknya dah habis. Ostematrix dan Garlic tu dipanggilnya 'ubat'. Haha. 

Insyaallah, Ostematrix bantu lawaskan pembuangan dan berikan tenaga sebaik sahaja bangun tidur, badan rasa ringan. Garlic tu pula bantu untuk stabilkan tekanan darah dalam badan. 

Seronok tak kalau tengok nenek kita lebih sihat dan bertenaga? 

Alhamdulillah.. saya sangat seronok. 


You Might Also Like

0 comments