Baru Rugi RM420 Terus Berhenti Berniaga. Kenapa? - Part 1

1/08/2015

"Sejak dari dahulu, kita diajar supaya bersyukur. Bersyukur dengan nikmat Tuhan, bersyukur dengan pemberianNya, keamanan, kesejahteraan dan pelbagai lagi. Tapi itu semua tak bermakna jika kita tidak berusaha ke arah yang lebih baik kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita. Sedarkah kita bahawa polisi penjajah telah membuatkan kaum kita ketinggalan. 

Tapi sudah 50 tahun ia berlalu. Adakah masih kita nak salahkan sejarah. Kalau masih tidak berusaha, kita akan hanyut dan ketinggalan. Itu pun kalau anda masih sedar bahawa hampir 74% kaum bumiputera yang bekerja hari ini dengan permulaan gaji bawah RM2, 000. Kalau gaji RM2, 000 tinggal di Kuala Lumpur, beritahu saya berapa banyak jumlah yang boleh disimpan setiap bulan?

Anda suka atau tidak, ekonomi makin lama ia makin meningkat. Saya bukannya nak menakut-nakutkan anda. Sebagai seorang bumiputera, saya berasa terpanggil untuk mengajak semua kaum saya untuk ‘upgrade’ diri kita semua. Saya tidaklah hebat. Allah Maha Hebat. 

Cuma apa yang diberikan peluangNya kepada saya, saya telah pun melahirkan hampir setengah juta rakyat di Malaysia ini supaya bangkit ubah cara hidup dan berniaga. Kerana saya sangat faham, hanya dengan berniaga sahajalah yang mampu untuk meningkatkan pendapatan kita semua. Pendapatan yang tiada had.

Saya tahu ramai anak bangsa saya yang memang nak berniaga. Saya sangat suka dan gembira bila mereka ini ada mula berusaha dan ada keinginan untuk ubah gaya hidup. Tapi, bila nak berniaga, jangan terus terjun tanpa ada apa-apa persiapan. Confirm akan gagal jika berniaga tanpa ilmu."

Nota di atas adalah coretan daripada sifu saya, Dr. Azizan Osman.


Kenapa saya berniaga? 

Jujur saya katakan, minat untuk berniaga ni ada dalam diri saya sejak dulu lagi. Saya mulakan perniagaan kecil-kecilan saya menjual baju dan kain batik sutera daripada Terengganu. 

Masa tu tahun 2008. Saya cuma jual secara online melalui blog saya www.premiershoppe.blogspot.com. Hehe, jangan click link tu, sebab blog tu saya dah tutup. 

Alhamdulillah, walaupun masa tu saya tak tahu dan tak reti pun mengenai penggunaan SEO la apa la dekat blog, belum ada Facebook pun lagi, jualan saya memberangsangkan juga. Manakan tidak, saya boleh menjual kain batik sutera dengan harga serendah RM120 sepasang. Murah kan? Cantik-cantik pula tu. Itupun modal untuk sepasang tu baru RM80 - RM90 sahaja. Okeylah tu, dapat untung RM40 untuk sehelai. Akak supplier saya pula memang suruh jual dulu baru bayar. Hehe. Terbaik betul. 

Saya memang suka jual barang secara online sebabnya, saya tak perlu susah-susah jumpa customer, lagipun saya kerja kan. Memang masa sangat mencemburui daku. Payment juga dapat dulu sebelum saya poskan kepada customer.

Tappppiiiii... masalahnya ialah, walaupun sales selalu ada, saya ni ada satu perangai, iaitu tak pandai nak urus duit. Banyak duit yang masuk, banyak juga yang keluar. Hasil jualan tu entah ke mana. Haha. Teruk betul. 

Lagggiiiii... saya ada satu perangai dan sifat dalaman diri yang tidak cukup kental. Adohai, perniagaan saya kecil-kecilan tu mulai slow down bila saya ada masalah dengan rakan sekerja yang membeli kain secara berhutang dan tak bayar-bayar. Bukan nak mengaibkan dia, cuma nak ceritanya sikap saya ni yang tidak cukup kental dengan sedikit ujian. Padahal baru kerugian dalam RM420 macam tu masa tu. Terus berhenti jual kain. Kahkahkah... 

Macam mana nak jadi jutawan ni?? Baru rugi RM420 terus stop jual kain. Padahal masa tu permintaan tak pernah slow pun. kekeke...

Lepas tu, saya cuba lagi jual macam-macam, baju baby la, makanan la (steaqhub), jual durian crepe la, nak raya aritu sempat jual tart nenas juga... tengok? macam-macam saya nak jual. 

Masalahnya ialah saya ni macam ikut musim. orang sibuk jual baju baby, saya pun nak jual juga. tengok member syok je jual steaqhub, saya pun sibuk juga jadi agent, orang sibuk buat durian crepe, saya pun sibuk juga nak jual durian crepe. Haha. Pendek kata, idea tu tak pernah ori, asyik nak tiru orang je. 

Nak tiru orang sebenarnya tak salah, cuma yang salahnya ialah buat sekerat jalan lepas tu tarik hand break dan parking terus, tak keluar-keluar lagi dah. Ada yang sama macam saya tak? Hehe. 

Sales steaqhub saya aritu banyak la juga, sehinggalah tiba-tiba, masa makcik cleaner datang bersihkan rumah, dia ter 'switch off' suis peti ais beku saya simpan steaq tu... Ya Allah, habis semua mencair dan dah tak dapat makan lagi dah. Steaqhub tu sedap, frozen steak. Sedih betul... saya pun terus stop, padahal kerugian masa tu baru RM170! Haha... nampak tak betapa saya ni tak cukup kental lagi. 

Atas kesedaran inilah..... (bersambung...)


You Might Also Like

3 comments