Apa yang Saya Cuba Sampaikan di PucukUbi.com? Jual Shaklee Semata-mata??

Hi!


Saya Nurru Adila Ibrahim, founder Sapphire Revenue Empire

Kepakaran saya adalah membantu anda meningkatkan tahap kesihatan dengan memberikan konsultansi mengenai cadangan penyelesaian untuk masalah kesihatan anda tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat yang boleh memberikan kesan sampingan kepada badan kita. 

Masalahnya ialah, ramai orang yang tidak tahu bahawa masalah kesihatan yang dialami boleh diperbaiki dengan amalan pemakanan yang baik dan pengambilan supplemen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat dan dadah. Ubat adalah dadah bukan?? Boleh berikan kesan sampingan untuk badan kita bukan? Bahaya ke bahaya? 

Amalan pemakanan yang tidak berkhasiat dan tidak lengkap boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan yang lain juga. 

Hari ini, dengan kekangan kerja dan masa, berapa ramaikah yang dapat menyediakan makanan yang lengkap berkhasiat yang dimasak sendiri setiap hari? 

Hari ini, sayur-sayuran dan buah-buahan juga tidak lagi selamat seperti dahulu kerana dicemari bahan kimia yang membahayakan kesihatan kita. 

Hari ini, ayam dan ikan tidak lagi selamat seperti dahulu. Ayam diberi antibiotik dan 'hormon cepat besar', hanya untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat supaya dapat dijual dengan lebih cepat.

Ikan-ikan tercemar dengan bahan berbahaya seperti merkuri dan kotoran kimia yang lain ekoran kerakusan manusia melepaskan sisa-sisa kimia ke sungai dan laut-laut. 

Apa yang saya cuba lakukan ialah untuk create awareness supaya kita semua boleh menjaga kesihatan supaya berada di tahap yang baik melalui perkongsian mengenai masalah kesihatan yang kerapkali menyerang masyarakat kita hari ini dan cadangan untuk mengatasinya daripada menjadi lebih teruk. 

Untuk membantu mengekalkan tahap kesihatan yang baik, membantu melengkapkan nutrien dan nutrisi yang diperlukan oleh badan, serta membantu mengurangkan sakit akibat penyakit-penyakit yang sedang alami, saya cadangkan pengambilan supplement Shaklee yang dijamin semulajadi, selamat dan berkesan.

Berkenalan dengan Shaklee, membuatkan saya nekad untuk bersama-sama berkongsi kebaikan dan membantu orang ramai untuk jalani hidup yang lebih sihat dan bertenaga kerana supplemen Shaklee memang yang terbaekk! 

InsyaAllah. 

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!