Alhamdulillah.. semoga ini keputusan yang terbaik untuk anak-anak saya

1/05/2015

Sejak dulu lagi saya berhasrat nak hantar anak-anak saya ke sekolah / tadika yang memberatkan agama dan tidak mengabaikan akademik. Itulah impian saya, nak tengok anak-anak berjaya dalam agama dan cintakan Al-Quran. dan, saya sangat percaya dengan prinsip "melentur buluh biarlah dari rebungnya". dan saya sangat percaya apa yang anak-anak pelajari seawal usia mereka itulah yang akan membentuk keperibadian mereka. 

Tapi cabaran dari luar dan dalam bukan mudah. Namun, bila hati tekad, saya benar-benar yakin anak-anak saya akan beroleh sesuatu di sekolah / tadika ini. 

Lamaaa saya study dan google mengenai Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science. Lama. 

Lama saya berfikir dan terus berfikir benarkah ini pilihan saya yang paling terbaik untuk anak-anak saya? 

Safiyyah masuk umur 5 tahun pada tahun 2015 ni. Tahun lepas, ketika dia umur 4 tahun, Safiyyah mendapat pendidikan di Tadika Cahaya Raudhah, Desa Pandan yang menggunakan silibus Little Caliphs dalam pembelajaran dia. 

Tiada yang lebih menggembirakan saya apabila Safiyyah hari-hari melagukan Doa Dhuha. Safiyyah boleh membaca surah Al-Fatihah dengan betul. Safiyyah berminat dengan Al-Quran. Pencapaian dia yang itu adalah jauuuuhhh lebih menggembirakan saya daripada pencapaian mengenal huruf. dan ya, Safiyyah juga boleh membaca phonic.

Perkara yang paling menyentuh hati saya adalah apabila Safiyyah boleh baca dan sedekahkan surah Al-Fatihah semasa arwah Tok Cik (ibu saudara saya) Safiyyah  meninggal 1 Disember 2014 lepas akibat komplikasi jangkitan kuman selepas kena stroke selama hampir 2 bulan. Tanpa rasa takut, tanpa rasa pelik, Safiyyah boleh duduk di sisi jenazah Tok Cik dan bacakan surah Al-Fatihah sambil pegang yaasin sebesar tapak tangan dia. Tapi yang lawaknya bacaan Al-Fatihah tu bersambung-sambung (bacaan rukuk, sujud, duduk antara dua sujud) sehingga Tahiyat Akhir, hahaha... 

Namun begitu, kerana saya sangat sayangkan Safiyyah, saya nak dia belajar jauh drp sekadar akademik. Boleh membaca? Saya tak kisah bila Safiyyah boleh membaca, dan saya sangat yakin mengenai "apabila mana kita dahulukan Al-Quran, insyaallah dunia akan mengejarmu"... Saya sangat yakin dengan itu. Sangat yakin. 

Terus terang saya beritahu, impian saya nak tempatkan Safiyyah ke Tadika Darul Huffaz ni hampir setiap hari ada dalam doa dan fikiran saya. 

Alhamdulillahhh... Ya Allah, Allah permudahkan urusan saya. Allah berikan saya peluang untuk bertukar tempat kerja dan seterusnya saya boleh daftarkan Safiyyah ke sana. 

Mula-mula, saya mengalami kesukaran nak menghubungi pihak pentadbiran Genius Little Huffaz (GLH). Saya nak sangat tahu berapa yurannya yang sebenar kerana dekat website mereka, yurannya sangat mahal. Kalau dikira berdasarkan websitenya tu, jika nak daftarkan Safiyyah ke GLH dan adiknya ke Huffaz Childcare, yurannya mencecah RM5ribu. Huyyooo mahal yang amat. 

Dalam website ditulis, yuran untuk GLH RM2995 dan yuran Childcare RM2195, yuran bulanan RM800 (dah nak sama dengan installment kereta dan rumah saya) dan yuran untuk adiknya RM500, pastu ada la lagi kos-kos lain kena bayar. Ini yang ada di website mereka. 

Sehinggakan, saya hampir-hampir nak hantar mereka dua beradik ke Tadika biasa-biasa sebab yurannya tu saya rasa saya tak mampu nak bayar. Kami sempat pegi melawat Tadika yang saya nak hantar (yang biasa bukan Islamic), cuba kuatkan hati yang itu sahaja pilihan yang saya ada kerana kekangan kewangan, hampir-hampir kami nak bayar yuran untuk ke tadika tu. 

Tapi bila saya balik ke rumah, Ya Allah, fikiran saya tak tenang. Dalam kepala saya duk fikir betul ke keputusan yang saya buat ni? Betul ke saya nak anak-anak pergi ke Tadika tu? dan jawapan saya ialah Tidak. 

Saya bincang semula dengan suami, dan akhirnya kami decide untuk hantar juga Safiyyah ke Darul Huffaz. Tak apalah bergolok gadai untuk bayar yuran asalkan impian saya tercapai. Untuk Syahmi, saya buat keputusan untuk cuba survey lagi nursery lain yang mungkin lebih murah kosnya. Itulah plan kami masa tu.

Kami terus ke HQ Darul Huffaz, tapi masih tak dapat daftar kerana cikgunya tak ada masa tu. Tapi kami sempat mendengar Ustaz sekolah tu cerita mengenai sekolah rendah di sana. MasyaAllah betapa hati saya teringinnya nak anak-anak saya bersekolah di situ. Bagi saya, ilmu itu tiada tandingannya. 

Balik ke rumah, diuji lagi tiba-tiba suami kata "tangguh dulu la hantar ke Huffaz, kita hantar ke tadika biasa dulu".... huhuhu.. berkecai rasa hati ni rasanya, lama kami berfikir mengenai yuran dan kosnya. 

Tapi akhirnya, saya gagahkan juga pegi ke HQ lagi sekali untuk jumpa sendiri dengan cikgunya. Ya Allah, rupa-rupanya yuran dia jauhhh lagi murah daripada dkt website. Diorang tak update. Haiyyooo.... saya tak anggap ini kesilapan mereka sebab tak update, tapi saya anggap inilah ujian Allah pada saya, nak uji, sanggup hantar ke tidak. sanggup usaha ataupun tidak. Susah rupanya nak masukkan anak ke sekolah sebegini. 

Rupa-rupanya yurannya hampir sama sahaja dengan tadika biasa-biasa yang saya hampir-hampir nak hantar tu... ni dia saya detailkan yuran dia yang memang tak sama dengan yang ditulis dekat website.

Genius Little Huffaz: 

Yuran Pendaftaran: RM1655
Yuran Bulanan: RM550 
Buku-buku, baju dan baju sukan: RM578

Huffaz Childcare: 

Yuran Pendaftaran: RM914* 
Yuran bulanan: RM430* 
(*dpt diskaun 20% sebab ada kakak)

Bila saya tahu je yuran sebenarnya sebegini, terus masa tu juga saya decide untuk hantar adik sekali ke sana. Ya Allah, akhirnya Allah permudahkan urusan saya, sebab saya duk fikir-fikir mana lagi saya nak hantar adiknya semata-mata nak jimatkan sikit kos. Sebab untuk adik, belum lagi tahap nak belajar apa-apa sebab baru umur 2 tahun. 

Tapi disebabkan kos untuk adik cuma RM430 sebulan di sini, di satu tempat yg sama dengan kakak, saya sangat lega.. dan bagi saya rate itu juga berbaloi sebab sebelum ni saya hantar rumah pengasuh pun dah RM300 sebulan. 

Alhamdulillah akhirnya selesai urusan pendaftaran

Tapi macam saya kata tadi, bukan senang nak masukkan anak ke sekolah sebegini, kerana sekarang ni timbul pula issue yang dibangkitkan oleh mak ayah saya sebabnya katanya anak kawan dia dihantar ke sekolah 'pondok' akademik dan budak-budak terseksa sebab kena menghafal Al-Quran dan kena denda kalau tak dapat hafal. Huhuhu... 

Namun saya kuatkan hati bahawa sekolah ini bukan sekolah sembarangan. 

Berdasarkan temuramah saya dengan guru sekolah ni, cara mereka mudah sahaja, budak-budak seawal umur tadika akan diajar Iqra' sehingga dia boleh membaca Al-Quran sambil melihat. 

Bila dah boleh baca sambil lihat, mereka akan diminta untuk khatamkan dulu Al-Quran tu. 

Kemudian, barulah akan menghafal... 

dan proses ini bukannya akan terjadi dalam tempoh setahun dua, tetapi biasanya bertahun-tahun juga mengikut prestasi anak tu sendiri. 

Ibu mana yang nak seksa anaknya. Apa yang ibu ayah buat keputusan adalah untuk kebaikan anak-anak mereka, di dunia dan di AKHIRAT

Ramai juga yang kata, buat apa nak kisah setakat sekolah tadika... tetapi bagi saya, saya sangat kisah. 

kerana saya percaya, pendidikan awal anak-anak lah yang akan membentuk keperibadian mereka.

Saya nak anak-anak saya sayang dan cintakan Al-Quran dan jadikan Al-Quran buku panduan dalam kehidupan dia. Mungkin ada yang kata, sepatutnya ibu bapalah yang latih anak untuk belajar Al-Quran, tetapi masalahnya, saya sendiri juga tidak mampu. dan saya sendiri juga perlu lebih banyak lagi belajar mengenai Al-Quran ini.....

Wallahua'alam.. Saya yakin, keputusan saya ini adalah yang terbaik untuk anak-anak... dan yang best lagi, student untuk setiap tahun tu dihadkan kepada 10 orang sahaja. Insyaallah. 

murid-murid di GLH... alhamdulillah.. 



You Might Also Like

1 comments

  1. Salam puan boleh tahu mcm mne perkembangan anak puan di ADH? berminat nk hntr ank ke sana juga... terima kasih

    ReplyDelete