6 Cara Mudah Untuk Berikan Pahala Percuma Kepada Orang Lain

1/15/2015

Hehe. Selalu asyik kita kejar pahala untuk diri sendiri je kan, apa kata kali ni kita berikan pula pahala percuma kepada orang lain. Sengaja berikan. Manalah tahu, dengan niat kita sengaja nak berikan pahala kepada orang lain, dalam tak sedar kita juga dapat pahala atas niat kita tersebut. Tak gitu. 



Jom saya nak kongsikan bagaimana 6 cara mudah untuk berikan pahala percuma kepada orang lain

1) Gunakan Telekung wakaf di Masjid

Selalu kita akan gunakan telekung sendiri bila kita ke masjid atau surau kan. Apa kata kali ni, kita cuba sesekali gunakan telekung yang diwakafkan dekat masjid dan surau tu. Besar pahala untuk orang yang sedekah dan wakafkan telekung tu kan... 

Cuma masalahnya, banyak telekung yang ada di surau tu comot dan berbau sebab tak ada yang cuci. Apa kata dalam nak berikan pahala kepada orang lain, kita buat juga pahala untuk diri sendiri. Tolong bersihkan telekung-telekung di masjid dan surau tu. 

2) Ambil dan makan pisang yang disedekah setiap Jumaat

Selalu kita jumpa kan, di kedai makan biasanya, ada insan-insan yang baik hati sama ada org persendirian atau tuan punya kedai, meletakkan pisang untuk disedekahkan pada setiap hari Jumaat. Alhamdulillah, murah rezeki kita. 

Ambil pisang tersebut, ucapkan terima kasih dan makan tau. Jangan buang pula, kalau buang lepas kita ambil, boleh dosa pula. 

Tapiiii... kena ingat, ambil berpada-pada untuk kita makan sendiri je, sebab niat yang sedekah tu mungkin hanya untuk orang yang ada masa tu sahaja. Jangan lah pula kita ambil banyak-banyak siap tapau bawak balik rumah bagi anak isteri makan. Hehe. 

3) Baca Surah Yaasin yang orang beri

Sekarang dah jadi trend kan, bila ada kenduri kesyukuran, tuan rumah akan sediakan door gift untuk tetamu yang hadir kan. Kadang-kadang mereka berikan surah Yaasin atau tasbih. Apa tunggu lagi, jika selama ni baca Yaasin setiap malam Jumaat guna AlQuran sendiri di rumah, apa kata sekali sekala baca pula Yaasin yang disedekahkan oleh tuan rumah tempat kita gi kenduri tu. Banyak pahala dia dapat. 

4) Mengumpat pasal orang lain

Hahaha. Ini confirm memang akan berikan orang tu pahala yang banyak, silap-silap haribulan, pahala kita pula yang tak ada sebab semua dah disedekahkan dekat dia. 

Nasihat saya, berceritalah yang baik-baik sahaja sambil doakan kebahagiaan dan kejayaan dia. Boleh juga berikan dia pahala, kita pun dapat. Jangan mengumpat. :)

5) Gunakan semua ilmu yang diajar oleh Guru 

Pahala guru sangat besar tau. Mari kita banyakkan lagi pahala dia dengan cara, amalkan ilmu yang diajar dan berterima kasihlah di atas ilmu tersebut. Alhamdulillah. Terima kasih Cikgu!!

6) Gunakan Tanah Perkuburan Waqaf

Hehehe.... bila meninggal dunia nanti, boleh mohon untuk dikebumikan di tanah perkuburan waqaf (persendirian), besar pahala orang yang waqafkan tanahnya untuk tanah perkuburan ni. Bukan masa hidup je kita boleh berikan pahala kepada orang lain, tetapi bila kita meninggal pun boleh memberi pahala kepada orang lain juga. Hehehehe....

Sebenarnya banyak lagi cara, tapi yang sempat terfikir ialah 6 ni. Kalau anda ada cara lain lagi, jom lah kongsi, komen di ruangan bawah ya. 

Sama-sama kita berikan pahala untuk orang lain di samping kita mengejar pahala kita sendiri.

Insyaallah...

Disclaimer: Entry ni saje-saje je ni tau... gurau petang. Haha. 


You Might Also Like

0 comments