Tahun 2015 bakal menjanjikan sesuatu...

12/31/2014

Tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya kurang daripada 12 jam lagi... tahun baru, 2015 bakal menjelma menjanjikan ujian dan cabaran yang mungkin lebih sukar atau mungkin lebih menggembirakan. 

Tahun 2014 negara kita dikejutkan dengan tragedi yang menyayat hati, berkali-kali. yang melibatkan nyawa terkorban, melibatkan perbelanjaan negara yang besar dan sehingga entry ini ditulis, negara masih mengalami musibah banjir yang sangat dahsyat. 

Sukar saya nak gambarkan bagaimana situasi mangsa-mangsa banjir. Sukar saya nak bayangkan jika mereka adalah ibu bapa dan keluarga kita sendiri. Sedihnya...

Terpaksa melarikan diri untuk menyelamatkan diri dan keluarga. Sampai tahap terpaksa berkhemah di atas bukit. Bila air dh mula surut, sekembalinya daripada pusat pemindahan, tiada tempat yang boleh dituju kerana rumah yang didiami bertahun-tahun telah hanyut dibawa air bah.. Allahu.. 

Besar ujian dan dugaan untuk mereka. 

Masing-masing, sepanjang tahun 2014 ni berbagai ujian dan dugaan mendatang yang dihadapi dengan penuh kesabaran. Insyaallah Allah tidak akan membiarkan kita, hanya jika kita sentiasa mengingatinya.

Saya sendiri, penutup tahun 2014 sungguh mengujakan. Akhirnya setelah berkhidmat 8 tahun 5 bulan di ofis sekarang, saya ditukarkan ke Kementerian yang baru. Alhamdullillah, kerana akhirnya hasrat untuk bertukar ke Putrajaya diperkenankan Allah. 

Namun, sudah pasti akan diiringi dengan banyakkk lagi pengorbanan saya dan keluarga. Jika sebelum ni boleh rileks-rileks bangun lewat sebab pegi keje bonceng motor suami, tapi bermula Januari ni dah kena bangun awal-awal dan siapkan anak-anak dan terus bawa anak-anak sekali follow saya ke Putrajaya. 

Jika sebelum ini tinggal di rumah yang besar dan luas di Kuarters yang serba lengkap, kami akan kembali semula ke rumah lama saya di Kota Damansara yang hanya berkeluasan 1000sqf sahaja. Kehkehkeh... nasib baik apartment tu ada kolam renang, dan maintenance juga dah makin bagus. So tak ada masalah sangat untuk kembali semula ke sana. Cuma mungkin perlu lakukan kerja-kerja renovation sikit. 

Jika dulu hantar Safiyyah ke Tadika Cahaya Raudhah (Little Caliphs), Desa Pandan dan hantar Syahmi ke rumah pengasuh, kali ni pencarian Tadika dan Taska yang boleh tempatkan dua-dua sekaligus sedang bermula.... yang pasti, saya akan angkut mereka berdua pagi-pagi bersama saya ke Putrajaya. 

Haaa... lagi satu perkara yang penting, jika sebelum ini area COD saya untuk produk Shaklee adalah di sekitar Kuala Lumpur, bermula Januari mula bertukar ke Putrajaya, dan bermula Mac, di Kota Damansara, Mutiara Damansara dan Putrajaya. Tapi untuk order pos, masih seperti biasa, masih boleh diposkan ke seluruh negara. 

Insyaallah, tahun 2015 bakal memberikan lebih banyak kegembiraan harapnya dan semoga negara kita juga menerima perkara-perkara yang baik-baik sahaja pada tahun hadapan. 

Selamat tahun baru untuk semua.





You Might Also Like

0 comments