Cara Menabung Duit Yang Berkesan Sehingga Bebas Hutang


Gaji beribu-ribu pun belum tentu dapat buat saving yang banyak setiap bulan kan? 





Duit yang masuk tu kadang-kadang seolah-olah macam 'bocor' sana sini. 

Banyak yang masuk, banyak juga yang keluar. 
Tapi yang paling haru, sikit yang masuk tapi banyak yang keluar. 

Hati-hati. Ini maknanya kita berbelanja melebihi pendapatan.

Cuba jawab pada diri sendiri, berapa jumlah saving setiap bulan?

Atau semuanya habis untuk keperluan? 

Atau semuanya habis sebab berbelanja di luar kawalan?

Berapa?

Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) oleh Dr Azizan Osman (DAO). Seronokkkk sangat. 

Dalam kelas tersebut, DAO kongsikan cara-cara yang sebenarnya mudah dan memang semua orang boleh buat untuk membuat saving yang banyak. Tinggal disiplin dengan tak je. 

Bagaimana cara yang mudah untuk menabung tu ya?

Dan sebenarnya cara ni boleh digunakan sekiranya anda ingin menyelesaikan hutang kad kredit yang tertunggak banyak-banyak tu atau apa-apa juga hutang lain.

Caranya adalah dengan menggunakan Konsep 6 Tabung.

Setiap bulan, bila dapat gaji je anda bahagikan gaji bersih anda kepada 6 Tabung. Tabung ni sama ada anda sediakan Tabung atau paling okey buka 6 akaun bank. 

Pembahagian ini adalah mengikut portion seperti berikut (saya ringkaskan): 

1) Financial Freedom Account (FFA) 

Asingkan 10% daripada gaji bersih masuk ke akaun ni. Tabung ni bertujuan kalau anda nak buat duit tu beranak. Mungkin boleh masukkan dalam ASB atau beli hartanah atau apa-apa kaedah lain (beli Gold etc).

2) Charity Fund

Asingkan 5% daripada gaji untuk masuk Tabung Sedekah. Duit ni anda boleh agihkan untuk zakat, sedekah dan sumbangan kepada mana-mana pihak tidak berkemampuan dan perlu dibantu. Nak lebihkan pun takde masalah. The more you give, the more you get kan?

3) Necessaries Fund

Asingkan 55% daripada gaji untuk selesaikan semua keperluan termasuklah segala loan yg ada, belanja makan minum, minyak tol bagai. semua dekat sini. Pakai duit ini sahaja. Kalau saya, saya masuk semua perbelanjaan bulanan dekat sini termasuklah insurans saya dan anak-anak, sebab bagi saya, tujuan insurans tu cumalah untuk berikan perlindungan sahaja walapun ada sedikit savings, tapi return dia takde la banyak mana dan ambil masa yg lama nak dapat balik. So lebih baik jadikan dia sebagai komitmen sahaja.  

Duit untuk mak ayah pun masuk sini supaya jadi komitmen yang tak boleh tinggal. Duit belanja dapur bagai, nak shopping pun sini jugak. Cukup tak cukup 55% tu jap lagi kita cerita. Syarat dia belanja guna duit daripada akaun ni sahaja

4) Education Fund

Asingkan 10% daripada gaji masuk ke sini. Ini bukan untuk education anak-anak tapi kita sendiri. Kut nak beli buku ke, nak pegi seminar apa-apa ke, nak beli laptop ke. Apa-apa yg berkait dgn education dan peningkatan ilmu kita dan pasangan. 

5) Fun Account

Saya lupa nama penuh dia, tp asingkan 10% ni untuk masuk sini sebagai reward kepada anak-anak kita sbb kita sibuk sgt kerja kan? so drp sini kita gunakan kalau nak pergi bercuti ke, nak belikan toys ke apa2 la reward kpd anak-anak. 

6) Long Term Saving 

Sini juga asingkan 10%. ini kira simpanan jangka masa panjang. suka hati lah nak simpan untuk tujuan apa tapi mungkin kalau kita nak beli sofa baru ke, katil baru ke apa ke... boleh gunakan duit dlm tabung ini. Tapi kalau nak guna untuk renew roadtax ke, pun boleh juga. 

So.... nampak tak tabung keperluan sebenarnya hanya 55% sahaja. Nampak tak betapa banyaknya kita dapat simpan setiap bulan sebenarnya? 40% tu.. 

Sekarang ni, kira gaji korang dan kira komitmen bulanan korang. Kalau lebih daripada 55%, maknanya kita dah berbelanja (komitmen) melebihi pendapatan. Sedar ke? 

Bagaimana nak cukupkan bajet vs keperluan = 55% sahaja?

Isunya, macam mana nak selaraskan balik supaya keperluan kita cuma 55% sahaja setiap bulan? 

Salah satu caranya adalah dengan downgrade apa-apa keperluan. contohnya kalau selama ni guna kereta minyak banyak, downgrade kepada yang guna minyak sikit. 

Kalau selama ni berbelanja dekat restoran mahal, cuba masak sendiri pula. 

Kalau selama ni ambil pakej astro paling mahal, downgrade. Atau potong terus Astro tu. 

.....
Atau... inilah masanya anda cari pendapatan sampingan yg tak kacau kerja hakiki. Boleh bantu topup untuk cukupkan bajet membayar kos sara hidup anda dan boleh topup tabung-tabung lain tu juga. 

Nampak tak kat situ kalau anda bahagikan duit anda kepada 6 Tabung, anda dpt adjust cara anda berbelanja dan anda dapat menyimpan dengan lebih spesific dan banyak. Jom try. 

Tips Nak Selesai Hutang Kad Kredit Macam Mana pula??

Bagaimana kalau ada hutang credit card (amaun yang banyak), caranya anda buat macam saya bagitau tadi, bahagikan dulu gaji kepada 6 Tabung tu, dan bayar credit card mcm biasa anda buat (termasuk dlm 55% tu)..

Lepas tu, cukup 5-6 bulan kemudian, keluarkan semua duit drp tabung 1, 4, 5 dan 6 tu untuk selesai semua outstanding balance credit card!! Anda akan legaaa yg amat bila hutang dpt diselesaikan. Kalau taknak keluarkan Tabung 5 tu pun tak apa (tabung rewards anak-anak)

Lepas dah selesai tu, reset balik semula. Kumpul balik setiap Tabung-Tabung tu. 


Cubalah!

Oh ya, kalau nak cuba dapatkan pendapatan sampingan, boleh join saya buat bisnes Shaklee. Insyaallah, boleh bantu anda dapatkan pendapatan sampingan. Sekurang-kurangnya dapat bantu cukupkan perbelanjaan untuk Tabung Keperluan yang 55% tu.

Selagi tak cuba, kita takkan tahu potensi kita. Kan?



5 comments

terima kasih atas perkongsian yg sgt berguna. :)

Reply

Salam pkenalan...

Eden torai...he3..i folow u...

Reply

Kena cuba jugaj ni....maz ni jenis berbelanja melebihi duit poket ni...asik -ve aje.. Thanks perkongsian yang berguna..

Reply

Tips yg sangat bagus...kuncinya adalah disiplin...

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!