Hikmah Dan Rahsia Wudhu Yang Luar Biasa. Apa Perkaitannya Dengan Sains?


Setiap hari, umat Islam pasti akan berwudhu setiap kali sebelum solat. Sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Tapi tahukah kita apa hikmah wudhu dan rahsia luar biasa wudhu yang kita ambil setiap hari tersebut dan perkaitannya dengan sains?


Berwudhu mempunyai rahsianya yang tersendiri, terutamanya dari sudut kesihatan. Banyak kajian telah dilakukan dan hasil yang diperolehi salah satunya ialah wudhu mampu merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Biological Active Spots

Bangsa Cina contohnya banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka yakin jika Biological Active Spots dirangsang, ia akan merangsang sistem saraf dalam badan sekaligus memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan seseorang. 

Mengikut Perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700  Biological Active Spots dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. 

Daripada 66 ini, 61 daripadanya di kawasan wudhu utama orang-orang Islam. 5 lagi berada di kawasan antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwudhu.

Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut ini), Nabi saw bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang mampu antara kamu, maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya" - Riwayat Muslim. 

Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel bermaksud membasuh tangan melebihi kawasan siku dan membasuh kaki melebih kawasan buku lali iaitu antara buku lali dan lutut. 

Hasil kajian juga membuktikan bahawa, apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwudhu, ia merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf



Apabila kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiriod dan kawasan pinggang. Apabila kaki kiri dibasuh dan digosok. saraf berperanan untuk mengelokkan kalenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin. 

Dalam buku Mukhtar Salem, yang bertajuk Prayers: A Sport For The Soul and Body, berwudhu mencegah seseorang mendapat kanser. Hal ini disebabkan, mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser adalah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan badan melalui wudhu membersihkan badan daripada kesan pencemaran ini.

Berhubung dengan memasukkan air ke dalam hidung semasa berwudhu, mengikut satu kajian yang dilakukan oleh para doktor dari Universiti Alexandria, perbuatan ini akan mencuci rongga hidung daripada kuman dan kotoran yang melekat pada bulu hidung. 


Tambahan daripada itu, perbuatan berkumur-kumur semasa berwudhu membersihkan mulut daripada sisa-sia makanan yang melekat di celah-celah gigi ditambah pula dengan galakan Nabi Muhammad saw supaya setiap Muslim bersiwak (menggosok gigi) semasa berwudhu. 

Berhubung hal ini, sabda Nabi saw "Jika tidak menyusahkan umatku, akan aku suruh mereka berwudhu setiap kali mereka hendak bersolat dan akan aku suruh mereka bersiwak ketika berwudhu." Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sahih.

SubhanAllah, besarnya hikmah dan rahsia berwudhu ni. 


Firman Allah swt: 

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.



Nak tahu lagi rahsia wudhu?? 

Berwudhu juga boleh mencantikkan dan menyerikan wajah kita tau. Selain daripada amalkan vitamin kulit cantik Shaklee, sentiasalah mengambil dan menjaga wudhu kita. 

Wallahuallam. 

1 comments:

benarlah... wudhu memang boleh merangsang saraf... terutama pada bahagian muka... org yg tidur dengan wudhu tu lebih baik tidurnya dari orang yg tidur tanpa wudhu

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!