Cara Berkesan Rawat Resdung Supaya Tidak Bersin Sampai Terkencing Lagi


Resdung ke sinus? Ramai orang sebenarnya masih tertanya-tanya apa dia beza antara Resdung dengan Sinus ni?  Macam mana nak rawat resdung agaknya ya? Teruk betul kalau kena resdung ni, boleh bersin sampai terkencing, tak henti-henti pula tu bersinnya. Kesian betul. 

Kalau kita search dekat Google, memang bermacam-macam istilah ada. Macam-macam. Ada yang kata ada ulat dalam hidung dan kulit muka. Huh? Betul ke? Sebab tu, kalau tengok, memang baaaanyaakkk sangat ubat-ubat yang dikatakan boleh merawat resdung. Ada yang guna asap, ada yang guna bedak sejuk, ada yang guna cream, dan ada juga yang berbentuk pil.

anak kecil pun boleh kena radang hidung tau

Okey, apakah beza di antara dua istilah ini (Resdung vs Sinus)?

Untuk makluman pembaca, maklumat ini saya perolehi daripada: | Malaysian Medical Gazette tulisan Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar ENT.

Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan  mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid.

ini dia sinus: saluran rongga hidung kita

Dengan ini, adalah tidak tepat sekiranya seseorang itu berkata “Saya menghidapi sinus kerana mereka hanya merujuk kepada struktur normal anatomi yang ada pada setiap orang kerana kesemua orang yang normal akan mempunyai sinus di hidung mereka.

Okey jelas tak? Maka, istilahnya yang sebenar adalah bukan sinus.

‘Resdung’ pula adalah istilah Melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut.

Sebenarnya apa yang berlaku?

Ada 2 jenis penyakit utama yang seringkali dikaitkan dengan dua  istilah ini.

1. ‘Allergic rhinitis’ (rhinitis alahan)

Dikenali dari gejala hidung tersumbat, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca.



Jom kita tengok gambar dekat bawah ni. Imej yang no.1 ialah rupa bentuk struktur normal hidung.

Imej No.1: rupa bentuk struktur hidung normal

Kita tengok pula Imej No.2 ni. 

Imej No.2: boleh nampak tak bezanya? Turbinate tu lebih besar

Imej ni menunjukkan “turbinate” yang lebih besar berbanding Imej No.1. Salah satu fungsi “turbinate” ni sebenarnya untuk melembapkan rongga hidung. Pesakit ‘allergic rhinitis’ biasanya mempunyai ‘turbinate’ yang besar berbanding pada orang biasa.

2. Sinusitis

Selain daripada penyakit ‘allergic rhinitis’ tadi, ada lagi satu penyakit yang dikenali sebagai “sinusitis”.

Simptom dia, seseorang itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah.

Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Hidung juga boleh tersumbat dan demam boleh berlaku. Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu.

Dan sebenarnya, kebanyakan kes penyakit radang hidung ni adalah disebabkan oleh penyakit ‘allergic rhinitis’ terutamanya di kawasan Bandar, kerana kita kerapkali terdedah dengan habuk, debu dan udara yang kurang bersih.

ini perbezaan dia ya. boleh click picture untuk jelas lagi.

Jadi, ‘sinus’ atau resdung?

Jawapannya:

Sekiranya seseorang itu menyatakan beliau mempunyai ‘sinus’- beliau merujuk kepada ‘allergic rhinitis’ atau sinusitis.

Dan jika mereka mengaku menghidapi ‘resdung’- mereka pun juga merujuk kepada ‘allergic rhinitis’ atau sinusitis.

Macam Mana Cara Rawat Resdung / Radang Hidung ni?

Kalau ikutkan pakar ENT, salah satu cara merawat kedua-dua penyakit ini ialah dengan cara memberikan antibiotik dan kalau teruk sangat siap kena guna steroid.

Pengalaman Adik Saya Sendiri

Adik saya juga mempunyai penyakit radang hidung. Kalau ikutkan symptom yang adik saya alami, dia lebih kepada penyakit ‘allergic rhinitis’, bukannya sinusitis.

Dia sangat alah kepada seafood, memang terbersin-bersin bila makan. Non stop pulak tu. Kita pula yang naik kesian. Puncanya mungkin disebabkan dia yang alergik kepada semua jenis seafood.

Ada juga orang yang tanpa apa punca pun asyik berair hidungnya dan asyik bersin setiap pagi. Ini mungkin disebabkan struktur hidung dia mungkin seperti Imej No.2 tu. 

Bila saluran tu sempit, hingus yang ada susah nak kering atau baik semula dan terperangkap lagi dengan habuk-habuk bagai. 

Bila dah jadi jangkitan dan bakteria, sebab tu boleh menyebabkan sinusitis dan sakit kepala dan sebagainya.

Jom, Cuba Set Resdung Shaklee pula!


Adik saya sendiri, pada mulanya dia tak percaya bila saya sarankan dia makan supplemen Shaklee iaitu: Alfalfa Complex dan Garlic Complex. Tapi lama-lama tu dia cuba juga. Dan hasilnyaaaaa... 

Alhamdulillahhh... seronok sangat saya bila dia kata “gatal-gatal hidung hilang, memang tak bersin dah”.. sekarang ni dia dah boleh makan seafood tapi cepat-cepat kena telan Alfalfa Complex dan Garlic tu. Terus tak berlaku alergik dia.

Alfalfa ni akan mengatasi masalah alergi tu manakala Garlic tu tadi berfungsi sebagai antibiotik semulajadi. So, kuman dan bakteria boleh hilang dan jangkitan pada hidung boleh sembuh dan tidak akan menyebabkan alergi dan sinusitis tu berlarutan.

Kalau anda masalah ini, saya sangat-sangat rekemen anda amalkan dua-dua supplemen Shaklee ni. Memang sangat-sangat membantu. Tiada masalah untuk makan seafood kalau ada alergi dah. Dah tak bersin non stop sampai terkencing dah. 

Hubungi saya meh sebelum jangkitan jadi makin teruk. Ada juga kajian kata sinusitis ni boleh membawak kepada penyakit kanser hidung tauuuu... haaaa.. nak ke hilang muka?? 


Istimewa buat yang berada di Kuala Lumpur, penghantaran secara COD, PERCUMA untuk anda! 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!