Cara Berkesan Berhenti Merokok Supaya Disayangi Isteri Berganda-Ganda!


Isteri mana yang suka suaminya merokok? Isteri mana yang sanggup tengok suaminya merosakkan diri sendiri dan membunuh diri sendiri? Isteri mana yang tahan bau asap rokok dan bau mulut suami yang merokok? Isteri mana yang sanggup lihat anaknya sejak baby hingga besar menyedut asap rokok bapaknya sendiri? 

Isteri mana? Cuba sebut pada saya kalau ada. 


Isteri anda, setiap hari berdoa kepada Allah tak putus-putus, "Ya Allah Ya Tuhanku, bukakanlah hati suamiku supaya berhenti merokok!". Isteri anda, setiap hari cuba nasihatkan anda supaya berhenti merokok. Isteri anda, sentiasa sabar dan tahan bau asap rokok di mulut anda tu setiap kali berhubungan intim walaupun dia sangat tak suka dan nak muntah!

1) Anda ingat isteri anda suka bau busuk anda tu?

Orang yang merokok ni cuma pentingkan diri sendiri. Ya, pentingkan diri sendiri. Dia tak peduli isterinya suka atau tidak, dia tak peduli pun kalau asap tu menyebabkan tahap kesihatan anak-anak dia merosot. Itu keluarga dia sendiri tu. Kalau keluarga sendiri pun dia tak peduli, apatah lagi org sekitar!

Pernah tak anda lihat, di kedai-kedai makan, mereka ini selamba sahaja menghembus asap rokok walaupun melihat anak kecil ada di meja berdekatan? 

Hey, kami tak peduli kalau anda nak bunuh diri sendiri. Tapi jangan disebabkan sikap selfish dan tak bertanggungjawab anda tu, orang lain yang menjadi mangsa. Isteri dan anak-anak sendiri yang menjadi mangsa

Kesian anda.. sangat kesian. 

Suami saya juga merupakan bekas perokok. Ya, saya tak suka bau rokok pada badannya. Saya tak suka dia merokok. Sebab apa? Sebab saya sayangkan dia. Saya taknak dia rosakkan diri hanya disebabkan bertuhankan rokok! Tak boleh tak hisap dalam sehari. Sampaikan, bila berpuasa, benda pertama yang dicari adalah rokok. Tak ke dah bertuhankan rokok tu namanya? 

Sehinggalah akhirnya dia berhenti merokok, ternyata kehidupannya kembali normal dan gembira. In fact, sebenarnya suami saya sendiri yang menyuruh saya menulis entry ini untuk membantu anda berhenti merokok.

Anda tahu kan, orang yang merokok ni sebenarnya memasukkan racun dalam tubuh badannya. Kemain memilih makanan, pantang makan itu ini, kalau bini masak tak sedap atau tak fresh ke pandai pula komplen, tapi dia tu duk telan racun tikus. telan tar yang orang guna untuk buat jalan tu. telan nikotin, tak apa pulak. Kan?

2) Bahaya Merokok yang anda perlu tahu

Anda tahu tak, selain mendatangkan mudarat kepada kesihatan jantung, nikotin dalam rokok tu boleh memusnahkan Asid Lemak Omega-3 dalam otak

"So what? Ada aku kesah?", Mungkin ini jawapan anda. 

Tapi tahukah anda, kekurangan Asid Lemak Omega-3 pada otak boleh menyebabkan otak anda rosak. Anda sangat berisiko untuk mendapat penyakit mental depression, stress dan nyanyuk. Anda menyusahkan isteri dan anak-anak anda sendiri bila anda dah tua nanti. Itupun kalau sempat tua la...

Kesian anak isteri, sudahlah sejak anda muda lagi mereka dah mempertaruhkan nyawa untuk hidup bersama anda. Bila dah tua nak kena melayan anda lagi yang nyanyuk. Orang yang nyanyuk ni, kencing berak merata-rata tau. Boleh hilang dari rumah macam tu je sebab lupa jalan balik rumah. Kesian. 

Semuanya hanya berpunca daripada satu benda iaitu rokok

Itu baru contoh penyakit nyanyuk je, belum lagi masuk penyakit-penyakit lain lagi yang telahpun anda tempah sebelum tua lagi, sakit jantung, rosak paru-paru, kolesterol tinggi, barah mulut la, darah tinggi la... macam-macam lagi la. Pilih la nak yang mana, sebab anda pun dah menempahnya siap-siap di saat anda menyedut asap itu. 

Tu belum masuk bab kena serangan stroke lagi. Kalau dah kena stroke, satu apa tak boleh buat. Menyesal pun dah tak berguna.

Saya berpengalaman melihat bagaimana orang stroke dijaga. Kesian, kesian kepada yang kena stroke dan lebih kesian kepada isteri dan anak-anak yang terpaksa menjaga siang dan malam. Makan minum melalui tiub, terbaring tak boleh bangun, tak boleh berjalan, tak boleh bercakap. Semuanya berpunca daripada kegagalan diri sendiri menjaga dan memberikan yang terbaik untuk kesihatan tubuh badan.

4) Berhenti Merokok kerana Allah

Ingat, badan kita ni amanah Allah untuk kita jaga. Berdosa besar kalau kita saje-saje rosakkan tubuh badan. Kalaupun anda terlalu pentingkan diri sendiri dan tak sangup berkorban (berhenti merokok) kerana anak dan isteri, niatkanlah kerana Allah. In fact, inilah sebenarnya yang patut anda buat, berhenti merokok kerana Allah

Anda pernah tengok movie Constantine tak? Cerita ni banyak tahyulnya, tapi ada satu mesej yang mereka sampaikan. Watak Constantine yang dilakonkan oleh Keanu Reeves awal-awal cerita lagi dikatakan dia bakal ke neraka. Atas faktor apa? Atas sebab dia dikatakan "membunuh diri sendiri" kerana Constantine adalah perokok tegar!

Kalau orang bukan Islam pun boleh buat kesimpulan seperti itu, apatah lagi kita ni orang Islam yang percaya bahawa perbuatan merosakkan badan secara sengaja adalah berdosa, dan fatwa pengharaman rokok juga dah lama dikeluarkan. Tapi masih degil. Sebab apa? sebab telah bertuhankan rokok. Insaflah. 



5) Apa pilihan yang saya ada? Bukan senang nak berhenti merokok! 
Boleh, Insyaallah boleh sangat kalau anda ada niat dan kemahuan yang tinggi untuk berhenti merokok. Anda berhak tentukan yang terbaik untuk hidup anda dan keluarga. Berhentilah merokok. Saya baru sahaja baca satu artikel di sini | OMEGA-3S COULD HELP SMOKERS QUIT

Dalam artikel ni menyatakan bahawa hasil kajian di University of Haifa, pengambilan asid lemak Omega-3 boleh membantu mengurangkan ketagihan kepada nikotin dan mampu mengurangkan bilangan rokok yang dihisap setiap hari. Dalam kajian tersebut, peserta yang diberikan supplemen Omega-3 ini tidak diberitahu mengenai tujuan asal kajian adalah untuk membuktikan bahawa Omega-3 boleh menyebabkan hilang ketagihan terhadap nikotin.
Hasilnya, mereka dapat mengurangkan bilangan rokok yang dihisap setiap hari dan sebulan selepas mereka berhenti mengambil supplemen Omega-3 tu, ketagihan terhadap nikotin tidak ada lagi dah. So memang boleh berhenti merokok dengan sangat berkesan dan tidak berisiko untuk kembali hisap rokok. 
6) Ikhtiar Dengan Omega Guard Shaklee
Untuk anda yang benar-benar ingin berhenti merokok, saya cadangkan amalkanlah Omega Guard ni setiap hari. Kita ikhtiar okey? 

Buat isteri-isteri yang sedang mencari jalan supaya suami berhenti merokok dan terjumpa entri saya ni, belikanlah Omega Guard ni untuk suami. InsyaAllah boleh membantu. Omega Guard adalah supplemen asid lemak omega-3 yang sangat terbaik di pasaran! 
Kalau tak percaya, boleh tengok jadual di bawah ni, perbandingan Omega Guard dengan Fish Oil Supplement yg ada di pasaran. Omega Guard yang paling tinggi kandungan EPA dan DHA berbanding jenama lain. Cara pemilihan supplemen asid lemak omega-3 yang terbaik mestilah dengan cara menyemak berapa total EPA dan DHA nya dalam setiap serving.

Dapatkannya hari ini sebelum terlambat. Kelak bila nyawa di hujung tanduk, sudah tidak berguna lagi. 


Istimewa buat yang berada di Kuala Lumpur, penghantaran secara COD, PERCUMA untuk anda! 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 comments

Best2...semoga terbuka pintu hati suami2 nih...memang kena simpan 7 botol utk kes merokok...ehe

Reply

perokok pasif lagi bahaya dari perokok tegar.. kalau sayang keluarga, better cuba berhenti merokok secara perlahan-lahan dan konsisten. agree with u, sis..

Salam Perkenalan

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!