'Ternak' Kolesterol Tinggi Boleh Menempah Maut Secara Percuma! Anda Mahu?

11/06/2014


Tahu tak, kolesterol tinggi dalam darah boleh menyebabkan kematian mengejut tau. Kolesterol tinggi la salah satu punca banyak kes kematian senyap berlaku.

Mungkin juga pernah terjadi dalam hidup kita apabila seseorang yang terdekat dengan kita, atau orang yang kita sayang, dan tidak sakit apa-apa, tiba-tiba meninggal dunia dalam tidur atau lepas terjatuh secara tiba-tiba. Tanpa mengira umur, anak-anak kecil-kecil lagi ditinggalkan...

Serangan jantung kini bukan lagi hanya terjadi di kalangan orang-orang tua, tetapi juga di kalangan belia yang masih muda. Memang salah satu penyebab serangan jantung adalah berpunca daripada kolesterol yang block saluran arteri pada jantung, dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi secara tiba-tiba.

Saluran arteri ni saluran darah keluar masuk bawa darah beroksigen dekat jantung tu, so bayangkan kalau saluran tu di block oleh pengumpulan kolesterol bertempel-tempel di tepi saluran darah...

Bagaimana ianya berlaku? Sekarang ni saya nak anda lihat gambar di bawah ni.


Lihat gambar kat atas tu.

Bayangkan paip besi yang berkarat tu adalah saluran darah kita, dan karat-karat besi tu pula diibaratkan plak-plak kolesterol yang berkumpul di saluran darah.

Lama kelamaan, makin banyak, makin banyak, sehingga akhirnya akan sempitkan saluran darah, seterusnya akan block saluran darah tu.

Akibatnya, darah tidak dapat berjalan dengan lancar dan secara tak langsung, organ badan kita tak dapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Anda tahu kan, oksigen diperlukan di setiap organ, terutamanya otak?

dan anda juga tahu kan, oksigen ini dibawa ke seluruh badan melalui darah kita? 

Bayangkan lagi, kalau saluran darah yang diblock oleh plak-plak kolesterol tu adalah pada saluran darah pada jantung!

Gulp!

sebab itulah ia boleh menyebabkan kematian mengejut!



Gambar kat atas tu dia tunjuk sistem peredaran darah kita, di mana darah di pam oleh jantung ke seluruh organ badan melalui saluran darah. Arteri ni adalah saluran yang bawa oksigen, so bayangkan lagi, kalau plak kolesterol seperti gambarajah besi berkarat di atas tu telah berkumpul pada saluran arteri? Bahaya. Menempah maut namanya tu.

Daripada mana datangnya kolesterol ni ya? 

Okey, mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya hati kita juga menghasilkan kolesterol. dan kita juga boleh dapat kolesterol ni setiap hari daripada makanan harian kita. Dos yang disarankan setiap hari untuk pengambilan kolesterol ini sebenarnya tidak lebih daripada 300mg setiap hari. Saya ulang, tidak lebih daripada 300mg sehari. 

Tapiii... cuba tengok makanan harian kita, berapa banyak jumlah kolesterol yang ada? 

Huyyoo..


Tapi, jangan ingat kolesterol ini semuanya tak bagus, sebab sebenarnya ada fungsi dia juga, salah satunya ialah untuk membantu penyerapan Vitamin D dengan lebih berkesan. Sebabnya, vitamin D memang perlukan lemak untuk diserap dengan baik. 

Cumanya, macam diberitahu tadi, sepatutnya pengambilan harian tidak lebih daripada 300mg sehari. 

Kolesterol juga ada dua jenis, saya rasa ramai yang pernah dengar istilah kolesterol baik dan kolesterol jahat kan? Apa pula tu?

Ada Kolesterol Baik vs Kolesterol Jahat pulak ya?

Ada 2 jenis kolesterol, iaitu LDL dan HDL. LDL ni nama penuh dia Low Density Lipoprotein dan HDL tu pula High Density Lipoprotein. So bezanya antara kedua-dua jenis kolesterol ni ialah dari segi ketumpatan dan kestabilan dia. HDL ni lebih tumpat dan lebih stabil daripada LDL, dan sebab itulah juga salah satu tugas HDL adalah untuk clearkan saluran darah. 


Macam mana pula tu?? 

Okey macam ni, bayangkan di satu saluran darah tu, ada banyak LDL kolesterol yang mengumpul di tepi saluran darah tu, LDL ni dia kurang tumpat, so dia ringan sikit dan mudah untuk disebarkan ke seluruh bahagian / saluran darah kita ni dan mudah berkumpul atau menempel di dinding saluran darah kita. 

So... HDL yang lebih tumpat sikit tadi akan datang dan tolak semua LDL ni keluar daripada saluran darah tu. dan saluran darah tu akan clear. Itulah ceritanya. Bayangkan HDL tu ibarat batu la, LDL ibarat gabus. So batu sebenarnya lebih senang nak tolak gabus sebab batu lebih tumpat berbanding gabus itu tadi. 

Itu lah analogy mudahnya. 


Risiko penyakit yang sangat merbahaya!

Maka, sebab itulah kita sangat sangat perlu untuk mengamalkan pemakanan yang tinggi HDL nya supaya dapat membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah kita.

Seterusnya saluran darah clear daripada tersumbat dan kita dapat kurangkan risiko terkena penyakit jantung, penyakit-penyakit lain lagi ataupun yang paling besar lagi adalah risiko kematian mengejut!



Haaaa... dan jangan ingat bila sebut kolesterol, ingat jantung saje, sebab selain daripada memberi kesan serius kepada jantung, kolesterol juga boleh menyebabkan penyakit lain lagi dan lagi.... 

Contoh mudah, untuk sakit angin ahmar atau pun stroke, kolesterol ni boleh menyebabkan saluran darah untuk membawa darah dan oksigen ke otak akan tersumbat. 

Bila otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi, maka, terjadilah penyakit seperti stroke atau angin ahmar! 

Lumpuh pun boleh jadi juga.

Contoh lagi, bayangkan kolesterol tadi telah menyebabkan saluran darah ke alat kelamin lelaki tersumbat??? Waaaaa..... menangis lah kan, boleh menyebabkan alat tidak dapat berfungsi dengan baik sebab tidak mendapat aliran darah yang secukupnya dan akibatnya... mati pucuk

Suka ke kalau kena mati pucuk? 

atau suami kita yang mati pucuk? 

haaa... jangan main-main, itu contoh mudah saya berikan. 


Apa Saya perlu buat sekarang ni??

Penyelesaiannya, amalkan pemakanan yang tinggi kandungan HDL nya. Kurangkan pengambilan kolesterol dalam pemakanan harian kita, dan selalu lah buat check up paras kolesterol dekat hospital. Boleh refer entry saya yang ini untuk ketahui berapa paras kolesterol yang normal untuk kita. 

Kadang-kadang, kita sendiri sukar nak tentukan makanan yang macam mana yang mengandungi HDL yang tinggi kan? 

Oleh itu, jangan susah hati, amalkan Omega Guard setiap hari,

Insyaallah dapat membantu kita sangat-sangat, sebab dia akan bantu tingkatkan paras kolesterol HDL tu nanti.




yang paling best lagi tu, bulan ni ada promosi Buy 2 Omega Guard, dapat 5% discount! Atau Buy 6, dapat 1 secara percuma lagi. 

Bukan takat dapat sebotol lagi percuma, dapat juga keahlian Shaklee secara percuma!

Berbaloi sangat. 



Sebelum terjadi apa-apa yang tak best kepada kesihatan kita, atau sebelum terlambat (ingat, kolesterol boleh menyebabkan kematian yang tidak disangka-sangka) disebabkan oleh kolesterol tinggi dalam darah, saya sarankan supaya amalkan Omega Guard ni. 

Lagi-lagi pula kalau kita dah ada tanda-tanda awal kolesterol tinggi, seperti munculnya bintik-bintik kolesterol pada mata dan muka.. haaa?? 

Atau... teruskanlah men'ternak' kolesterol dalam badan tu... kalau itu pilihan anda...


Bagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur, penghantaran secara COD PERCUMA untuk anda! 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


You Might Also Like

2 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna buat akak..akak sendiri pun kolestrol tinggi..mula2 dulu 7.20 skrg dh turun ke 5..mkn ubat hospital dh hampir 5 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Rosni, alhamdulillah semoga perkongsian saya ni bermanfaat. Kita sama-sama cegah sebelum terlambat.

      Kalau kak Rosni nak tahu, pengambilan ubat kolesterol hospital salah satu kesannya ialah ia akan menurunkan jumlah koenzim10 dalam badan kita. Koenzim ni tujuan dia untuk bekalkan tenaga pada sel badan tau. So kalau makin menurun akan menyebabkan kita akan selalu rasa penat dan tidak bertenaga, badan juga rasa lemah. Kesan kekurangan Koenzim10 ni disebabkan oleh bahan yang namnay STATIN dalam ubat kolesterol biasanya.

      :)

      Delete