9 Tips Atasi Insomnia Tanpa Perlu Makan Ubat Tidur. Tips No. 1 Ramai Gagal Buat.


Jam dah pukul 12.00 malam, lampu dah tutup. Checked.

Dah tukar baju tidur. Checked

Rebah badan ke katil, cuba pejamkan mata. Checked. 

Tapiii.... puas cuba pejam tapi mata tetap berkelip-kelip. 

Tutup kepala dengan bantal. Checked. 

Takkkk jugak berhasil. Tengok jam, dah pukul 1 pagi. Ada masa berapa jam lagi ni nak siang ni. Nanti nak kena bangun pukul 5 pagi pegi keje pula. 

Cuba lagi sekali.

Tit...tit...tit... bunyi jarum jam bergerak. Sampailah ke pukul 3 pagi, masih sama juga, tidak juga dapat lelapkan mata. 

Argghh. Macam mana ni.

Sudahnya tak tidur langsung. 


Itulah dilema mereka yang selalu ada masalah tidak boleh tidur malam atau dikenali juga sebagai Insomnia. Sebenarnya memang ramai yang ada masalah tak boleh tidur malam dan tak tahu macam mana nak atasi insomnia ni.

Akhirnya, bergantung kepada ubat tidur yang akan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita juga kelak. 

Kalau tak ambil ubat tidur, esoknya bakal sengsara tak cukup tidur. Kerja pejabat semua terganggu, sakit kepala, stress mula lah datang. Bila dah datang satu masalah, dia akan menarik lebih banyak lagi masalah lain. Produktiviti menurun. Tidak dapat berikan tumpuan dan komitmen yang bagus disebabkan stress dan mengantuk sebab tak cukup tidur.

Nak biarkan keadaan tu terus berlaku?

Atau nak terus bergantung kepada "dadah" iaitu ubat tidur setiap malam? 

Jom saya kongsikan 9 tips bagaimana untuk mengatasi masalah Insomnia dan boleh tidur dengan selesa di malam hari tanpa mengambil ubat tidur. Bangun pagi pasti lebih fresh dan gembira. 

1) Jauhkan cahaya biru dalam bilik tidur 

Insomnia juga boleh dipengaruhi oleh gelombang daripada cahaya biru daripada telefon bimbit anda. Beberapa jam sebelum tidur, jauhkan handphone, PDA, tablet atau apa-apa peralatan digital daripada tempat tidur anda.

Gelombang daripada cahaya biru ini memang boleh mengganggu tidur sebenarnya. Memang tak elok sebenarnya peralatan digital ni diletakkan berdekatan dengan kita ketika tidur, terutamanya berdekatan kepala.

Selain boleh mengganggu tidur, gelombang ini juga boleh menyebabkan keletihan dan sakit kepala. 

Tapi sebenarnya ramai orang yang gagal buat tips no.1 ni.

Jangan buat perkara seperti dalam gambar ini. 


2) Elakkan tidur siang

Mengambil nap ketika siang terutamanya 10-15 minit sebelum masuk waktu Zuhur sebenarnya bagus. Tetapi, jika tempoh masa tidur itu melebihi 20 minit hingga berjam-jam, anda sebenarnya telah mensabotaj diri sendiri, dan tak dapat nak tidur di belah malamnya dengan baik. 

Jangan juga tidur selepas waktu Asar, itu juga amalan yang sangat tidak bagus kerana memenatkan. Agak-agak kalau rasa stress atau mengantuk di waktu petang tu, bawak-bawak lah berjalan-jalan ke, minum kopi ke atau bersembang dengan kawan-kawan ke... 

3) Jauhkan jam daripada pandangan mata 

Bayangkan, pukul 12 malam kita tak dapat tidur lagi. Tunggu lagi... kejap-kejap tengok jam. kejap-kejap tengok jam. Dalam pada tu duk mengira berapa banyak lagi masa yang ada sebelum siang. Mulalah rasa nervous atau risau sebab masih tak tidur lagi. 

Tipsnya ialah jauhkan jam daripada pandangan mata kita. Jangan bagi nampak jam tu lagi bagus. Sebabnya bila kita asyik melihat jam,kita mula bimbang tentang beberapa jam yang berbaki sebelum hari sibuk anda bermula.

Letakkan jam tu dalam laci ke, bawah tempat tidur ke, yang jauh dari pandangan. Jam yg saya maksudkan ni jam loceng / jam dinding tu ya, bukan jam pada handphone. Handphone memang kena jauhkan. Refer balik Tips No.1  

Elakkan aktiviti merenung jam seperti ini.... 


4) Cuba Letak Bantal di Kaki untuk Sakit Belakang

Sakit belakang yang sederhana boleh menyebabkan tidur malam kita tidak lena. Cuba cara ini, letakkan bantal di antara kaki untuk penyelarasan yang lebih baik di bahagian pinggul dan pengurangan stress di bahagian belakang. Boleh tengok gambar di bawah ni. Kedudukan sebegini boleh membantu mengurangkan rasa sakit pinggang yang dialami ketika sedang tidur dan lebih selesa.


5) Menggunakan Bantal yang Betul

Jika anda bangun tidur dalam keadaan yang letih dan leher kaku, memang sebenarnya bukan salah bantal. Tapiiii... anda sendiri yang salah kerana menggunakan bantal yang salah. Hehe. Bantal yang terlalu gemuk atau terlalu rata boleh mempengaruhi keselesaan semasa tidur. 

Sepatutnya, bantal anda haruslah mempunyai saiz yang betul untuk menyokong leher anda supaya berada dalam kedudukan yang neutral, seperti gambar di bawah.


6) Kurangkan Kafein 

Kopi di pagi hari adalah baik bagi kebanyakan orang, tetapi bila dah masuk jam 2 petang ke atas, elakkan pengambilan kafein dalam makanan dan minuman. Terutamanya jika anda memang ada masalah insomnia. 

Kafein boleh mengganggu tidur, walaupun dalam jumlah yang kecil contohnya yang terdapat dalam coklat dan kopi. Sesetengah ubat penahan sakit dan pil kurus pun mengandungi kafein. Semak betul-betul pengambilan kafein anda setiap hari.

Pengambilan kopi / kafein juga boleh menyebabkan kita selalu terjaga dalam tidur untuk buang air kecil. Tidur akan terganggu.


7) Kurangkan Cahaya

Bermula dua hingga tiga jam sebelum tidur, redupkan  lampu di sekitar rumah dan ketepikan apa-apa kerja dan jangan berfikir benda-benda yang rumit. Biasanya akan ambil masa untuk kita lupakan emosi yang "sibuk" ketika waktu siang. 

Dengan meredupkan lampu, dia sebenarnya berikan isyarat kepada otak untuk merembeskan melatonin, iaitu hormon yang boleh menyebabkan kita rasa ingin tidur. Lagipun memang bahaya kalau tidur dalam keadaan lampu menyala sebenarnya.

"Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan."


8) Bebaskan fikiran daripada perkara rumit

Siang hari kita sibuk membuat kerja, melawan emosi, badan penat, fikirkan isu itu ini. Bila tiba malam, inilah masanya untuk kita bebaskan sekejap fikiran daripada fikirkan perkara-perkara yang merumitkan, 

Baca sesuatu yang tenang, bermeditasi, mendengar muzik, atau mandi air panas

9) Amalkan Ostematrix dan Bcomplex setiap hari

Banyak kajian menunjukkan insomnia ni dikaitkan dengan kekurangan magnesium. Magnesium ni sebenarnya membantu otot dan saraf kita jadi lebih relaks yang turut membantu kita untuk tidur lena.

Kajian pada orang yang berumur, penambahan supplemen magnesium telah menunjukkan perubahan pada kualiti tidur dengan mengurangkan hormon kortisol yang mengganggu tidur malam dengan lena.

Otot dalam badan akan bergerak dan meregang untuk persediaan pada esok hari semasa kita tidur. Gabungan magnesium dan kalsium membantu otot kita mengecut dan berehat. Kalsium dalam badan membantu untuk otot mengecut dan magnesium pula membantu untuk otot relaks.

Ini maksudnya, otot tidak boleh berehat selepas mengecut tanpa magnesium yang mengakibatkan tidur yang tidak lena dan kekejangan otot juga boleh berlaku. Sebab itu, kejadian simpul biawak’ di kalangan ibu mengandung biasanya terjadi pada waktu malam ketika sedang tidur kerana tidak cukup calcium dan magnesium sebenarnya!


Dalam formulasi Ostematrix ada kedua-dua mineral ini iaitu kalsium dan magnesium. Memang sangat membantu untuk masalah insomnia ni. 

Manakala, B-Complex pula membantu menenangkan kita di waktu siang harinya, hari lebih fresh dan bertenaga, tiada stress dan lebih mudah untuk tidur di waktu malam nanti. 


Apa Tunggu Lagi Tu??

Cuba dulu hari ni. Selagi anda tak cuba sendiri, anda susah nak percaya cakap saya kan? So lebih baik anda cuba dan rasakan sendiri kesannya. Eh, eh jap.. anda tahu tak? 

Masalah insomnia atau kekurangan tidur ni boleh menyebabkan risiko mendapat penyakit diabetes dan berat badan berlebihan tau? 

Ha ha.. tak tahu.. baik cegah sebelum terlambat!



Istimewa buat yang berada di Kuala Lumpur, penghantaran secara COD, PERCUMA untuk anda! 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


1 comments:

Thanks for the info ! Sangat berguna..Tapi memang betul amalkan Ostematrix memang dapat tidur lena.Alhamdulillah dengan izin Dia ! ����

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!