3 Cara Paling Berkesan Atasi Masalah Pedih Ulu Hati. Cara No.3 Paling Mudah!

11/11/2014


"urghhh... tak selesanya dada ni... rasa terbakar, perit betul.. ni ke pedih ulu hati yang orang selalu sebut-sebut tu? tak bestnya rasa dia.. macam mana nak atasi pedih ulu hati ni agaknya. tak selesa ni... ".

Tolong saya.


Kepada yang tidak pernah alami pedih ulu hati atau orang kampung saya panggil heartburn ni, masalah ini kita rasa seperti dada pedih, sakit dan saluran esofagus yang seolah-olah rasa 'terbakar', tidak selesa, menyebabkan kita sendawa gas dengan kerap dan seolah-olah ada gas yang agak panas keluar daripada mulut. 

Biasa terjadi selepas makan, terutamanya kalau makan pedas.

Kalau orang terdekat dengan kita selalu alami masalah ni, saya persilakan anda habiskan baca entry saya ni. Supaya kita boleh hulurkan empati, simpati dan yang penting solution, kepada suami ke isteri kita ke yang selalu kena masalah ni, sebabnya sakit pedih ulu hati ni tak best langsung tau. 

Perit, pedih, panas dada, rasa berangin dan last-last boleh menyebabkan terjadinya stress pula. Kadang-kadang tu, nak tidur pun tak selesa tau.

Yang pernah alami, betul apa saya cakap tu kan? Itulah exactly rasa dia.

Perasan tak iklan ni? Comel kan? 


Iklan di atas adalah petikan daripada iklan ENO, untuk masalah pedih ulu hati atau heartburn ni. 


Apa yang menyebabkan berlakunya keadaan ini? 

Ceritanya, gas yang sepatutnya digunakan untuk pencernaan makanan dekat perut telah tertolak naik ke atas melalui esofagus tu. Ketahanan kulit perut dengan kulit dekat saluran esofagus kita ni lain, so kulit perut yang tebal tu biasanya memang tahan dengan asid ini, tetapi tidak pada kulit dekat esofagus. Dia tak tahan asid tu. Sebab tu rasa terbakar, panas, perit dan sakit ooo... 

saya pernah kena ni....



Suami-suami, salah satu masalah yang dialami oleh isteri anda ketika mengandung inilah dia. Memang akan kerap sangat berlaku pedih ulu hati kepada wanita yang sedang mengandung, atau kepada mereka yang ada masalah perut yang agak buncit.

Jangan ambil mudah, tunjukkan rasa sayang pada isteri yang sedang mengandung bahawa anda (para suami) caring mengenai masalah beliau. Pedih ulu hati ni tak selesa, serius tak selesa. 

Ini yang berlaku kepada wanita mengandung. Saya ajak anda lihat gambar di bawah ni. 


Boleh faham dah rasanya kenapa terjadi masalah pedih ulu hati ni kan?

Okey, mari teruskan pembacaan kita lagi.

Bagaimana pula saya nak cegah heartburn ni ya?

Sebenarnya terdapat banyak cara yang anda boleh mengelakkan pedih ulu hati ni, antaranya:

  • Makan makanan yang dalam portion yang lebih kecil lebih kerap
  • Elakkan makanan pencetus pedih ulu hati (seperti makanan pedas) dan minuman (air kopi/teh)
  • Jangan makan dalam tempoh beberapa jam sebelum tidur
  • Kurangkan tekanan
  • Jika ada masalah berat badan, kena turunkan berat badan dulu

Ya, benar tu, kalau kita ada masalah berat badan dan perut buncit, masalah pedih ulu hati inilah yang akan kerap mengganggu anda. Tak selesa tu... perut buncit memang boleh menyebabkan asid reflux ni juga.

So kalau ada masalah perut buncit atau gemuk, kena turunkan berat badan. Boleh cuba Set Kurus Shaklee

Tapiii.. saya dah cuba kaedah di atas, tapi tak hilang-hilang pun. Macam mana tu? Terutamanya untuk wanita mengandung kan?  kadang-kadang tu kalau tak makan makanan pedas pun boleh terjadi juga pedih ulu hati ni. 

Jom saya kongsikan 2 cara mudah untuk atasi masalah pedih ulu hati ni, terutamanya ketika hamil iaitu dengan cara:

1) perbanyakkan makan halia; dan

2) amalkan minum cuka Epal (Apple Cider) setiap hari.

Kedua-dua cara ni memang berkesan.

Tapiii...

"Saya tak laratlah nak makan halia hari-hari. Saya tak boleh nak telanlah air halia. Cuka Epal tu rasa pelik, camana saya nak telan setiap hari?"

Cara Paling Mudah Lagi Ada??

Okey, saya ada cara yang paling paling mudah. Kalau kita tak mampu nak makan halia tu banyak-banyak setiap hari atau minum air halia atau cuka epal tu, saya cadangkan supaya anda gunakan cara yang ke-3 ni iaitu amalkan Peppermint Ginger Plus daripada Shaklee untuk bantu atasi masalah pedih ulu hati ni. 


Mari kita tengok apa dia Peppermint Ginger Plus ni. 

Formula Peppermint Ginger Plus Shaklee ni mengandungi 4 jenis herba semulajadi iaitu daun pudina, halia, jintan putih dan jintan manis yang sangat-sangat membantu untuk melancarkan sistem penghadaman. 

Kelebihan Pudina
  • membantu merawat masaalah cirit birit dengan baik. 
  • melegakan selsema dan menghilangkan rasa loya.
  • membantu sistem penghadaman
  • bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan 'flatulens'. 
  • Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dananti virus.
  • mengatasi masalah GASTRIK.
Kelebihan Halia 

  • Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
  • Melegakan ketidakselesaan perut / sakit perut
  • Membantu mengurangkan loya ibu hamil atau morning sickness
Kelebihan Jintan Putih 

  • Melegakan masalah gas dan seterusnya memperbaiki sistem penghadaman dan menggalakkan selera makan. 
  • Mengandungi “thymol”, kompaun yang merangsangkan pengeluaran asid perut dan membolehkan tubuh untuk mendapat khasiat maksimum daripada makanan. 
Kelebihan Jintan Manis

  • Bertindak sebagai anti gas dalam perut
  • paling berkesan untuk pencernaan, boleh membantu kejang perut dan melegakan sembelit.
  • menghalang pembentukan gas dalam saluran usus

Okey tak? Mudah kan? Cuma telan beberapa biji sehari (dosnya saya akan guide lepas dah beli ya), Insyaallah masalah pedih ulu hati anda akan dapat diatasi. dan... minumlah air masak yang banyak.

Jomlah beli hari ini, hanya RM45 untuk bantu anda hilangkan ketidakselesaan ituuu.... lagi lama tunggu, lagi tak selesa tau. Tahan ke tiap-tiap hari nak tanggung rasa tak selesa tu?

Nak makan masakan pedas pun kena tahan-tahan sebab takut jadi heartburn, padahal sangat suka makan pedas! 

Ruginya...



Istimewa buat yang berada di Kuala Lumpur, penghantaran secara COD, PERCUMA untuk anda! 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

You Might Also Like

0 comments