Review Restoran Picknik | Cabaran 7 Hari Entry: #Day 6


Bersempena Cabaran 7 Hari Entry: #Day 6 yang memberikan tajuk Restoran Kegemaran Saya, saya akan memberikan sedikit review mengenai salah satu restoran yang selalu saya pergi iaitu Restoran Picknik. :)

Bercakap mengenai restoran kegemaran, sebenarnya saya ada beberapa buah restoran dalam senarai. Saya dan suami memang suka ronda-ronda cuba makanan baru. Namun demikian, dalam senarai tersebut, ada 2 buah restoran yang amat saya suka iaitu, Restoran Spicy Crab dekat Kota Kemuning dan satu lagi restoran yang bakal saya berikan review sebentar lagi.. Dekat Restoran Spicy Crab tu, saya suka masakannya (portugese style), paling suka sekali Salted Egg Crab la ofcos, terbaekk ever!! tetapi lokasi restoran ni agak jauh di Kota Kemuning, dan kedainya dari segi keselesaan saya berikan taraf "biasa-biasa saje".. tapi kalau bab menu seafood dia memang awesome lah terutamanya ketam salted egg tu dan mussels. 

Tapi kali ni, bagi tidak mengecewakan peminat-peminat (chewaahh), yang nak tahu mengenai Restoran Kegemaran Saya dalam Cabaran 7 Hari Entry: # Day 6.... maka, saya berikan credit untuk Restoran ini.... iaitu.... 

PICKNIK

Kalau kawan-kawan nak tahu, restoran ini kepunyaan salah seorang peserta Masterchef Malaysia, iaitu Nik Michael, dan sekarang ni beliau dah bergelar Chef Selebriti dan kerapkali juga muncul di kaca tv. Segala menu yang ada di restoran ini diolah dan dicipta oleh beliau sendiri dan ayah dia (katanya sorang chef juga), dan untuk desserts pula, dicipta oleh peserta Masterchef juga iaitu Azlina. Kenal? 

Menariknya, kita boleh lihat diorang memasak sebab memang dapurnya dekat depan. :)

Restoran Picknik ni terletak di Publica, Solaris Dutamas. Konsep restorannya open kitchen, kita boleh nampak dapur dan nampak diorang tengah masak. So mereka sentiasa la kena jaga kebersihan dan cermat ketika memasak tu. Dari segi menu, saya suka sebab pilihan menunya banyak, buku menunya juga sangat menarik. Menunya juga menarik, banyak masakan western yang biasanya kita boleh jumpa hanya dekat kedai western mahal yang diragui kehalalannya. Selalu juga kami ke sini, dan selalunya menu yang dipesan adalah berlainan, sebab nak cuba semua. Haha.. :)



Weekend lepas (ahad malam), saya bersama suami dan adik-adik saya sempat singgah ke restoran ini untuk dinner. Saya suka restoran ni sebab suasana kedainya yang cozy, simple je penyusunan kedai, tapi sebab lokasi dia jauh sikit daripada kedai-kedai makan yang lain, menyebabkan suasana jadi tenang dan orang juga tak ramai mana. Selesa la nak makan dan cuba-cuba menu dia. Sesuai kalau bawa budak-budak juga, sebab tak kelam kabut sangat. Dari segi rasa, not bad. Sedap juga. Malah saya rasa lagi sedap kuttt daripada kedai-kedai western yang mahal-mahal macam TGI Fridays ke, Tony Romas ke... tekak melayu, tak boleh blah kalau makan western food yang hanya ada rasa salt & pepper. Hahaha.. Masakan Nik Michael ni ada la flavours sikit, sedap juga.. 

Cumanya... kalau ada satu komen tentang restoran ini ialah, portion makanannya yang sedikit, tak puas makan (adehh perut melayu yang selalu makan nasi)... harganya? boleh tahan juga mahal, kalau untuk 4-5 orang, bolehlah sediakan dalam RM300 lebih macam tu.. itu pun kalau sorang order satu, kalau sorang order 2-3 pinggan / menu, hehehe... agak-agak sendiri la kos berapa. Jom tengok apa yang kami makan weekend lepas. zasss...

Hubby memang suka makan Ceaser Salads. Pegi mana-mana pun mesti dia akan order menu ini. Cumanya dekat Picknik boleh pilih nak telur tu masak semua atau half boiled. Semalam hubby pilih half boiled poached egg.

Ceaser Salads with Salmon and poached egg..

Ini pula menu pilihan saya, lupe sudah apa namanya, panjang bebeno... yang saya tahu, ianya pasta Fettuccine, dalam creamy sauce (macam carbonara sikit), ada salmon (salmon ni macam dia jeruk dan salai sikit) dan ada pickles (biji zaitun jeruk kalau tak salah). Sedap juga, creamy pastu ada masin-masin dan masam sikit bila gigit pickles tu. 

Fettuccine Salmon 

Ini pula menu pilihan adik-adik saya. Punnnn sedap.... Ikan Salmon tu sangat besar tau, yang tu memang kenyang makan dan tak muak sebab ada lemon sauce. 

Salmon Grill 

Ini pun menu adik saya, Pesto Pasta nama dia. Ada shredded beef meat dekat atas pasta tu. Rasanya, saya tak sempat rasa, adik dh habiskan sebab dia kata sikit sangat. Haha.. 

Pesto Pasta nama dia

Inilah favourite saya! Sauteed Mushroomsss.... yummmsssss.... sangat lah sedap sampai boleh termimpi-mimpi ni... 

Sauteed Mushrooms

Untuk dessertnya, paling saya suka Creme Brulee dia. ohhhh awesomeeee!! gambar tak sempat nak snap sebab dh belasah dulu baru ingat nak snap. Gambar kat bawah ni saya jumpa dekat google. Cuma kalau ikutkan dekat Picknik dia letakkan beberapa biji fresh blueberry dekat belah atasnya. Yummssss....  Kalau tengok Masterchef, Azlina memang pakar masak desserts kan? So inilah salah satu signature menu beliau.. :)


Creme Brulee

Minuman, sama macam kedai lain je, cuma ada la yang berbeza sikit menu air, contohnya air yang diorder oleh hubby ini... namanya CBE. hehehe... Cuba teka apa itu CBE, nampak dia ada layer-layer tu kan, C = Chocolate. B = Butterscotch dan E = Espresso.. Nampak 3 ketul benda hitam kat atas air tu, itu sebenarnya adalah biji kopi yang tak diblend.. hehehe... 

Air CBE, bukan ABC.. :)

air saya Ice Cappuccino sahaja seperti biasa.... :)

So, apa lagi? Nak cuba? Jom ke sini:

Boleh nampak kedai ni dari tepi jalan besar dekat Publica tu..

Picknik 
Publika Mall, Solaris Dutamas
Block A4, level UG1 - 05

Opens: 11am - 11pm
Tel: 03-64116499


Baca juga:

-->> Day 1: 3 Fakta menarik tentang saya
-->> Day 2: Percutian Idaman Saya
-->> Day 3: Apa ada dalam handbag saya??

-->> Day 4: Vitamin Shaklee pertama saya makan

-->> Day 5: Menu masakan homemade saya yang paling mudah dan sedap!


DAPATKAN PRODUK SHAKLEE HARI INI! 


Anda mencari pengedar Shaklee di Kuala Lumpur? Hubungilah saya:

Puan Nurru Adila Ibrahim
019 - 217 7110 atau 012 - 626 7110
atau email kepada nurruadila@gmail.com
FREE DELIVERY untuk kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran Pos Laju ke seluruh negara!

3 comments

boleh cuba ni. Harga macamana? Ok ke

Reply

harga dia lebih kurang je dengan restoran western yang mahal-mahal tu, tapi untuk steak mcm tu la, kalau pasta ke desserts ke masih reasonable.. mcm creme brulee best tu baru RM7 lebih je.. cuma yang jadi rasa mcm mahal tu sebab portion dia sikit. so kita rasa tak puas makan, pastu rasa nak order makanan lain pulak sbb tak kenyang-kenyang (buruk melantak ni, haha).. :) tapi so far okey je, cuma tak pegi selalu, time rasa mcm nak makan gaya cozy sikit baru pegi.. :)

Reply

kak ida, kalau pegi, WAJIB CUBA sauteed mushrooms dengan creme brulee dia tu.. terbaekk betul.. teringat-ingat tau.. :) (tapi ini kena dengan selera saya la, dengan org lain mungkin tak kena ke.. haha)

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!