Resipi Overnight Oats yang Sangat Sedap!

10/17/2014


Hari ini saya nak berkongsi Resipi Overnight Oats yang paling sedap dan mudah! Tiba-tiba je Overnight Oats menjadi sangat famous dan jadi 'now trending' gitteww... Saya yang tak suka makan oats ni pun tiba-tiba jadi excited juga nak cuba buat. Sebenarnya dari dulu saya teringin nak makan oats, sebab saya tahu ianya sangatlah bagus untuk kesihatan, terutamanya sangat membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah kita. Tapi itulah... rasanya yang semacam dan tawar 'hebe' tu sangat tak kena dengan selera....


Bila Overnight Oats jadi trending, saya pun apa lagiii... mesti nak cuba juga, untung-untung dapat satu resipi yang boleh buat saya suka makan oats. Kali ketiga saya buat, barulah jumpa resipi yang cukup memenuhi selera dan sedapppp... Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat resipi Overnight Oats yang sangat famous sekarang ni. Tapi resipi yang saya kongsikan ini adalah resipi gaya mengelat sikit.. muekaka.. 

Bahan-bahan:

  • Rolled Oats (masa buat yang latest baru guna rolled oats)
  • Fresh milk 
  • Greek Yogurt (saya guna natural yogurt)
  • Satu sudu besar Chia seeds (boleh beli dekat pasaraya dekat organic foods)
  • Kismis dan kekacang
  • Buah-buahan (saya lebih suka raspberry, blueberry atau dried fruits)
  • Sedikit Chocolate Syrup (boleh ditukar-tukar dengan madu)
  • Satu sudu kecil Nutella (letak peanut butter pun sedap)
  • Jar/botol kaca (tips: gunakan bekas kaca untuk kesan penyejukan yang optimum)

Kenapa saya kata resipi mengelat? Sebabnya... saya letak choc syrup dan nutella. Haha. Asalnya Oats ni kiranya menu breakfast yang sihat la konon-kononnya kan, tapi sebab tak berapa nak kena dengan selera (resipi orang lain), saya terpaksa la edit ikut suka hati.. kihkihkih...tapi sikit sangat je, sekadar untuk mempelbagaikan rasa.

Satu tips, untuk buat Overnight Oats ni, jangan letak buah-buahan yang masam dan berair, nanti tak sedap... contohnya seperti buah kiwi, atau strawberry atau anggur ke.. Buah-buahan yang dicadangkan adalah yang jenis kurang berair seperti raspberry, blueberry dan buah-buahan kering seperti kismis, peach kering, kurma dan sebagainya. kalau nak juga letak fresh fruits, buat potongan tu besar-besar dan letakkan masa nak makan, jangan bagi dia overnight bersama-sama oats tersebut. Saya masukkan raspberry dan blueberry bila dah ready untuk dimakan.

ready to eat!

Nak cuba? Jom kita tengok macam mana caranya ya..


1) Mula-mula masukkan oats dan chia seeds ke dalam jar, lebih kurang setengah daripada botol. Botol saya ni besar sikit, sebab tu nampak macam sikit je oats tu. 

2) Kemudian, masukkan fresh milk dalam satu cawan (bergantung kepada banyak mana oats tu). Jangan banyak sangat nanti jadi cair sangat, tak sedap.

3) Masukkan satu atau dua sudu besar yogurt.. kalau suka yogurt boleh letak 2 sudu, kalau tak berapa suka macam saya boleh lah letak satu sudu sahaja.

4) Masukkan kismis atau buah-buahan anda... ingat, jangan letak dulu kalau nak guna buah fresh yang jenis masam dan berair. Nanti tak sedap dan akan rosakkan rasa oats anda..



5) Masukkan pula penambah perisa iaitu chocolate syrup (sikit je) dan nutella (satu sudu kecil sahaja). hihihi... untuk yang ni, anda boleh gantikan dengan madu atau strawberry syrup pun orait juga. Nutella tu cuba ganti dengan peanut butter ke... sedapppp...

6) Last sekali, boleh masukkan kekacang... nak masukkan bila nak makan nanti pun okey, nak masuk terus pun okey je..

Tadaaaa.... inilah hasilnya, tutup rapat-rapat dan masukkan dalam peti sejuk semalaman. Sebab tu namanya Overnight Oats, hehe. Nanti oats ni akan kembang dengan jayanya. Pagi-pagi sebelum makan boleh masukkan fresh fruits dan sedia untuk dimakan sejuk-sejuk.. masa nak makan tu boleh masukkan lagi sikit fresh milk untuk rasa yang lebih nyamannn... nyummmss...


inilah bekal saya dan suami untuk breakfast di pejabat..

tambahkan buah-buahan bila nak makan

Jom cuba resipi overnight oats saya yang paling mudah dan paling sedap ni.. hehe.. 




Selain daripada mengamalkan makan oats untuk turunkan kolesterol, boleh juga amalkan set mengawal kolesterol daripada Shaklee juga. Insyaallah berkesan. 

Nak kuruskan badan? Kena tengok video pengalaman kawan saya ni. Hilang 20kg tuuuu...

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.



You Might Also Like

13 comments

  1. gmbr tu sunguh2 membuatkannya sedap

    ReplyDelete
  2. memang sedap nih... blueberries tu manis-manis, kena pulak dgn raspberries masam-masam, pastu ada pulak biji bunga matahari la badam la dalam tu... syok mengunyah.. mmg kena guna rolled oats baru rasa dia sedap dan tak muak sgt.. :)

    ReplyDelete
  3. chia seed tu macam biji selasih ke kak?

    http://www.wadahberbicara.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia hampir sama macam biji selasih tu.. tp dia bukan biji selasih :)

      Delete
  4. salam kenal...nk tnya...oats yg dh dlm botol tu perlu di kacau/goncang tak.. saya faidzah...ur silent reader..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai faidzah. salam kenal :)

      Oats tu boleh je nak goncang dulu atau biar macam tu je.

      Saya biar macam tu je, time nak makan baru saya akan kacau dia.

      :)

      Delete
  5. macam sedap ni, kalau guna instant oat boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je sakinah. tapi kalau guna instant oats dia cepat kembang, pastu dia jadi mcm lembik sgt. rolled oats okey, instant rolled oats pun okey dah.. :)

      Delete
  6. Salam kak..
    resipi ni mungkin bermanfaat untuk breastfeeding moms out there. so, nak tny.. saya guna rolled organic oat, which is kena rendam dulu kan seblm guna? atau boleh simpan semalaman mcm tu juga?

    ReplyDelete
  7. nak try laa nanti.. so sedap ni ;-)

    ReplyDelete
  8. salam sis,
    apa beza rolled oat dgn oat biasa ye?

    ReplyDelete
  9. salam sis..sedappppnyeeeee...nak try buat..

    ReplyDelete
  10. Waaa... memang sedap.. takde ke resepi oats segera yang xpayah overniaght...heeee.. Tq.. Boleh buat ni

    ReplyDelete