Cara-cara Membuat Aiskrim Oreo Homemade dengan Perisa Coklat & Meal Shakes Shaklee


Anak-anak saya suka makan aiskrim. Setiap hari, bila balik sekolah (tadika), Safiyyah akan request belikan aiskrim. Tiap-tiap hari dia akan minta kalau tak dapat-dapat. Saya pula memang jarang belikan anak-anak aiskrim, sebabnya manissss sangat dan kalau makan mesti bersepah-sepah comot bagai. Kalau nak beli lepas tu balik makan dekat rumah, kang cairrr tak sedap. Sehinggalah akhirnya saya cuba buat sendiri aiskrim. Mula-mula saya cuba buat aiskrim sendiri ni, saya cuba ubahsuai resipi supaya menjadi lebih sihat. Jom saya kongsikan resipi dan cara-cara membuat Aiskrim Oreo (homemade) dengan perisa Coklat & Meal Shakes Shaklee.


Memandangkan bekalan dan stok Meal Shakes sentiasa ada dekat rumah, saya terfikir untuk masukkan sedikit Meal Shakes dalam adunan aiskrim yang saya buat sendiri tu. Meal Shakes ni sebenarnya multivitamin yang menyediakan hidangan lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral, zat perlu, asid amino dan serat. Sangatlah bagus untuk bekalan nutrisi anak-anak. Bagus juga untuk membantu memberikan selera makan kepada anak-anak yang susah nak makan. Kebaikan Meal Shakes boleh dilihat di SINI Nak tahu bagaimana cara-cara untuk membuat aiskrim homemade sendiri? Jommm kita tengok bahan-bahannya dulu ya:


Bahan - bahan: 

Satu tin susu cair 
Satu cawan fresh milk 
2 cawan / 8 oz whipping cream (dairy based)
2-3 sudu madu untuk pemanis 
1 sudu ovallete atau dikenali juga sebagai cake stabiliser atau Quick 75
1 atau 2 sudu besar Meal Shakes Shaklee
Biskut Oreo (Vanilla)
Chocolate Syrup untuk menambah perisa coklat


Bagaimana pula cara-caranya?

Sebenarnya simple je cara buat aiskrim ni, kita cuma perlu campur kesemuanya dan putarkan dalam mixer selama 15 hingga 20 minit. Kalau tengok resipi saya tu, saya gunakan madu sebagai pemanis, dan memang aiskrim yang saya buat ni takde lah manis mana. Sesuai untuk anak-anak. Tambahan lagi ada Meal Shakes sekali kannn... 

1) Mula-mula, hancurkan dulu biskut Oreo dengan menggunakan cara seperti di bawah ni.

Masukkan beberapa keping biskut oreo dalam plastik dan diketuk :)

Macam ni je dah okey, jangan hancur sangat supaya ada rasa biskut dalam aiskrim

2) Kemudian, campurkan je semua bahan (kecuali biskut oreo) ke dalam mixer dan putar selama 15 hingga 20 minit. Sampai dia kembang dan jadi hampir "bertanduk".. lepas tu masukkan biskut orea dan kacau perlahan dengan sudu, tak perlu guna mixer.. :)


sampai adunan jadi macam ni. Jangan bertanduk sangat, nanti dia jadi ringan sangat mudah hancur

3) Dalam masa yang sama, sediakan bekas yang sesuai. Saya cuma gunakan bekas tupperware biasa je. Lepas tu saya curahkan choc syrup dekat bawah bekas tupperware tu supaya aiskrim ni menarik dan sedap sikit (sebab rasa dia tak manis sangat pun ni). So bila kita tuang adunan aiskrim, akan ada lapisan coklat dekat bawahnya. Kalau nak lagi sedap, gunakan coklat masakan tu. Saya ni guna yang apa yang ada dekat rumah je. Haha.. 

daku curah je choc syrup dalam bekas ni.. hehe

4) Kemudian, bila adunan dah kembang elok (rupa macam aiskrim yang biasa kita beli bila dah cair), bolehlah dimasukkan ke dalam bekas ini...

Lepas tu tuang je adunan dalam bekas tu... 
boleh nampak ada lapisan coklat dekat bawah dia kan? hehe.. 

4) Last sekali, bekukan dalam freezer semalaman.... Esoknya, tadaaaa.... dah jadi aiskrim!! Anak-anak mesti suka punya..

dah siap aiskrim Oreo saya.. :)

dekat bawah ada choc syrup.. nyummsss...

So.. apa lagi? puan-puan bolehlah cuba buat ya. Seronok buat aiskrim sendiri ni, kita boleh kawal jumlah gula yang digunakan dan kalau macam resipi saya ni, memang tak manis mana. Memang rasa manis madu dengan coklat tu je sikit-sikit. daannn....adalah 10 x ganda lagi bagus kalau aiskrim yang puan-puan buat tu dimasukkan sekali Meal Shakes ke dalam bancuhannya. Insyaallah selain daripada menggembirakan anak-anak sebab dapat makan aiskrim, khasiatnya juga anak-anak dapat... (patutlah lepas makan aiskrim saya sejak sehari dua ni anak-anak tiba-tiba jadi kuat makan, hahaha)...

Psstt: petang tadi saya baru buat Aiskrim Vanilla with Butter Mixed Nuts, tak sabar nak tengok hasilnya. Nanti saya kongsikan ya...  Jangan lupa follow blog sy ni dan page saya juga tau untuk nantikan update seterusnya...



Baca Juga:

-->> Resipi Overnight Oats yang menyihatkan!
-->> Resipi Cempedak Goreng Rangup yang Sedap
-->> Promosi Meal Shakes Shaklee - beli sambil menderma


DAPATKAN PRODUK SHAKLEE HARI INI! 


Anda ingin dapatkan Meal Shakes Shaklee atau produk Shaklee yang lain? 
Hubungilah saya:

Puan Nurru Adila Ibrahim
019 - 217 7110 atau 012 - 626 7110
atau email kepada nurruadila@gmail.com
FREE DELIVERY untuk kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran Pos Laju ke seluruh negara!

3 comments

Sedapnya! Haritu pun buat ais krim oreo, tapi blend sekejap je so tak kembang cantik macam ni. Lepas ni kena blend 15 minit :)

Reply

kena letak whipping cream tu baru dia lemak2 macam aiskrim kat kedai sikit.. hehe.. :)

Reply

Wah sedap nya..nak cuba juga lah. thanks sharing:)

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!