MIMALAND? korang pernah dengar tak?


Last weekend, saya dan suami balik kampung, untuk sama-sama menyambut Hari Raya AidilAdha dan sama-sama memeriahkan aktiviti korban. Hala balik ke kampung tu kami gerak daripada JB, sebab saya follow husband out station ke JB last week. Tahap jem adalah sederhana hari Jumaat tu. Namun dah dapat agak, jalan pasti akan jem teruk hala nak balik ke KL nanti. Seperti biasa, kalau dekat belah Pantai Timur ni, meriah Raya Korban. Seronok, berebut-rebut nak balik kg, apatah lagi, cuti berterusan sampai ke hari Isnin. Dapat balik, 2-3 malam pun dah cukup best dah. Ketepikan soal jalan jem! haha.. kan? 

Isnin pagi, bertolaklah saya pulang ke KL daripada Besut pada jam 11.00 pagi, seronok juga, travel ni, saja jalan-jalan lalu jalan pantai, boleh singgah beli Satar yang sedapppp dekat Kemaman. Jalan pada mulanya okay-okay sahaja, sehinggalahhhh..... start lepas Tol LPT nak masuk ke Karak, jalan dah mula jem. adohaiii.. masa tu dah pukul 6 lebih. Discuss dengan husband, rasa macam nak suruh dia lalu jalan lama Bentong - KL, tp fikir juga nanti dkt jalan tu akan masuk waktu maghrib dan saya pun ada baby (setahun lebih). tapi kami lalu juga jalan tu sebab tak tahan jalan dekat highway cuma kelajuan 6-10kmj sahaja... 

Perjalanan kami dekat laluan Bentong lama tu okey sahaja, cuma jalannya gelap dan takde lampu, tapi sebab ada banyak kereta lalu jalan tu, kira orait la.. at least, kalau ada apa-apa berlaku, ada kereta lain yang sama-sama lalu jalan tu. Sehinggalah sampai dekat Genting Sempah, suami kata dia nak cuba lalu jalan lama Genting Sempah - terus ke Gombak melalui Sungai Pusu. itupun sebab dekat waze melaporkan keadaan jem teruk dekat jalan menuju ke Tol Gombak. So, kami teruskan perjalanan. Kiranya tak turun ke highway Karak lansung dah. Masa ni, kereta dh tak banyak yang lalu jalan lama tu, banyak yang dah turun ke Highway Karak semula... 

Scarrryyyyy.....jalan lama Gombak tu sgt scary, lebih kecil daripada jalan lama Bentong, dengan bengkang bengkok yang lebih tajam, lalu betul-betul tepi bukit. Saya tiba-tiba cuak, haha. Tapi masih okey lagi sebab masa tu anak saya dh tidur dan ada banyak juga kereta yang berdekatan dengan kami. Untuk mengelakkan rasa cuak yang makin mendalam, kami berdua sembang-sembang la sepanjang perjalanan tu. Tiba-tiba suami saya beritahu, 

Suami: "Inilah jalan nak ke MIMALAND dulu..."
Saya: "MIMALAND? apa tu? tak pernah dengar pun!" 
(serius itulah pertama kali saya dengar nama ni)
Suami: "MIMALAND ni macam Sunway Lagoon tu lah, Theme Park pertama dekat Malaysia ni, zaman dulu-dulu dah ada.
Saya: "wahhh... ye ke?? tak pernah tahu pun? So apa dah jadi sekarang ni? Kenapa tutup? Apa dah jadi dengan mainan-mainan dia?" 
(bertubi-tubi tauu saya tanya sebab tiba-tiba curious)
Suami: "hah... sila google la kalau nak tahu cerita dia" 
(husband bg hint taknak cerita sendiri time tu)
Saya: "okey, lepas ni saya google. Nanti dah sampai KL" 
(saya sebenarnya dah cuak)

Kami meneruskan perjalanan dan jumpa la Muzium Orang Asli la, perkampungan Orang Asli yang dah maju, sehinggalah sampai ke Sungai Pusu dan kawasan Gombak dan UIA... 

Tapi, seriously, perasaan nak tahu saya mengenai MIMALAND ni sangat kuat. Masuk je highway Duke, saya terus google. Serius, sepanjang hayat saya hidup dekat Malaysia ni, dah 30 tahun, inilah pertama kali saya dengar mengenai Mimaland. Macam tak percaya pun ada, yang dahulunya ada theme park yang sangat popular dan cantik dekat jalan yang usang dan terbiar seperti gambar-gambar ini:

cantik kan?? 

dia ada chalet terapung dulu..




seronok mainan ni..

cantik sangat Mimaland ni...

Terbaek kan?? saya macam tak percaya, di kawasan bukit yang jalannya sangat tak terurus tu ada Theme Park sebegini. Mimaland ni wujud sebelum Genting Highlands dan Sunway Lagoon wujud pun lagi. Dahlah dekat je dengan KL, cuma dia dekat kawasan bukit, dekat Batu 11, Gombak. Sayangnya dah pun tutup..... 


Sedikit kisah penutupan Mimaland yang saya jumpa hasil google: 

Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak (Batu 11) tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

siap ada binaan model dinasour tau



Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.

siap ada kolam renang dan papan luncur air yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara pada masa tu

Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994


Sobs sobs.. sedih pulak rasanya walaupun tak pernah berpeluang pergi ke sana. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini. (Ada la beberapa cerita lagi yang saya dapat baca hasil saya google selama seharian semalam berkenaan Mimaland ni, terutamanya cerita daripada orang kampung)

Namun kini, Mimaland hanya tinggal sejarah dan dikatakan menjadi kawasan 'keras'. Nak masuk ke sana pun katanya ada pengawal yang menjaga siap dengan anjing-anjing sekali. Sekarang ni, tapak Mimaland ini dimiliki oleh Magnum Corporation. Hehe... dengar cerita bakal ada projek dekat tapak Mimaland ni, wallahuallam... Jom tengok kesan tinggalan Mimaland hari ini.....

pintu masuk dulu dan sekarang..... huhu
alat mainan ni apa nama dah? basikal air kan? hanya tinggal ini sahaja...

tempat menunggu bas ini dikatakan sentiasa penuh sesak dengan pengunjung 

van company: Mimaland Berhad

dh jadi macam ni dah...
tiket masuk RM2 utk dewasa dan RM1 utk kanak-kanak

meriah zaman ni..


kan seronok kalau Theme Park ni masih ada? kalau masih ada, agaknya jalan lama Gombak tu tak sunyi dan horror macam sekarang lagi.... 

Bila sampai ke rumah mak mentua di Ampang, terus mak mentua cerita dulu-dulu company dia selalu bawak pegi meeting dan family day dekat sana.... 

Mimaland.... in memories...

Pelik, kenapa kita tak tahu?? atau saya sorang je sebenarnya yang tak tahu? haha.. :)



***************************************************
Eh, jangan lupa, kalau nak order Shaklee, boleh hubungi saya ya: 

Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110
nurruadila@gmail.com



6 comments

saya pun tak pernah tau pasal ni.. 1st time dengar.. nampaknya bukan anda sorang yang tak tau.. heee

Reply

Sy pon bru tau walaupon sy duduk ampang..hihi

Reply

pernah jugak dengar cerita pasal mimland ni

Reply

saya pun termasuk dalam kategori org yang tak tahu psl mimaland nih

Reply

Xtau la psl ni. Takut plak tgk gmbr2 lamo tu.hshhaha

Reply

Xtau cite ni. Takut plak tgk gambar2 lama tu

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!