Kundasang, Sabah... Saya Tak Sangka Tempat Ini Sangat Cantik!

10/24/2014


Betul. Saya tak sangka. Tak sangka sebenarnya dekat Malaysia ni ada banyak tempat-tempat yang cantik dan menarik untuk dilawati. Kali ni kami sekeluarga bersama rakan-rakan Shaklee buat trip jenjalan ke Kundasang, Sabah. Rasanya inilah pertama kali saya dapat sponsor suami dan anak-anak bercuti jauh sikit daripada Semenanjung Malaysia, semuanya hasil kerja keras dalam Shaklee. Tabungan yang saya simpan untuk membiayai kos penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, penginapan, makan minum dan sedikit cenderahati, semuanya saya gunakan hasil bisnes Shaklee. Alhamdullillah, diberikan peluang oleh Allah swt untuk menjejakkan kaki dan melawat Kundasang, Sabah. Percutian ni dah lama, bulan Februari lepas, baru berkesempatan share dekat sini. Hehe lambat sikit. 

Kami bertolak dari KL pada 14 Februari 2014, dalam pukul 10 pagi macam tu dan tiba di Airport KK dalam pukul 1 tengahari. Saya dan kawan-kawan memang menyewa van untuk pengangkutan kami dari KK ke Kundasang dan kembali semula ke KK, sehinggalah kami pulang semula ke KL. Inilah pertama kali saya ke Kundasang. Suami pernah pergi ke sana dan dia pernah daki Gunung Kinabalu masa zaman study dulu. Jalan nak ke Kundasang tu boleh tahan bengkang bengkoknya. Adohai... memang macam nak ke Cameron Highlands dan masa on the way nak naik ke sana tu, boleh nampak puncak Gunung Kinabalu masa dalam perjalanan. Lama juga perjalanan dari KK ke Kundasang, dekat 2 jam jugak rasanya. 

pemandangan yang sangat sangat cantik dari chalet kami..... 

Sepanjang kami dekat sana, hujan turun renyai-renyai.... sejuuuukkkk... Kundasang sangat sejukkk rupanya. Sejuk dia memang kalah la Cameron Highlands tu. Kami dan anak-anak cukup suka. Safiyyah siap cakap taknak balik, nak duduk rumah baru (sebab kat sana kami duduk chalet yang dah mcm rumah dah). Kami menginap satu malam dekat Kinabalu Pine Resort... wahhhh sangat cantik pemandangan dekat chalet tu. Dah gaya macam dekat oversea... Jom saya kongsikan beberapa gambar sepanjang kami berada di sana. Biarlah gambar berbicara. Saya rasa kalau anda semua tengok gambar pun rasa macam nak pegi sana, fefeeling dekat oversea gittewww... kan? Jommm saya share gambar kitorang aritu.... kena click picture ya kalau nak tengok lebih jelas. :)

Dekat bawah ni gambar-gambar sekitar chalet kami dekat Kinabalu Pine Resort. Cantiiikkk sangat dan sejukkkk...

ini dekat Kinabalu Pine Resort... wahhhh cantikkk sangat sangattt...

dari chalet kami.. 

bergambar kenangan dekat sini



Kami juga sempat singgah Kinabalu Park dan sempat la rendam kaki dalam kolam air panas Poring. Besttt juga... memang terasa lenguh-lenguh kaki lepas penat berjalan lega sekejap.. Asalnya nak singgah dekat tempat spa ikan tu tapi hari tu hujan, tempat tu tutup..


Kolam air panas Poring 

hubby tak lepaskan peluang rendam kaki.. hehe :)

Lepas tu kami gerak pula ke Dairy Farm dekat Mesilau. wahhhh... feeling oversea tau. Sejuk bangat. Dekat sini diorang ada bela lembu-lembu macam dekat New Zealand tu. dan dapat rasa susu fresh dari ladang dekat sini. Syok tengok lembu beratur untuk makan dan sambil tengah makan tu diorang pam susu. Kejap je dah penuh balang besar. :)


ini dekat Dairy Farm yang macam New Zealand tu. 

lembu tengah makan sambil susunya dipam. Nampak balang kaca tu?? sekejap je dah penuh. 

sepatutnya boleh nampak lembu tapi hari tu hujan... oversea sangat kan? :)

Sehari je kami dekat Kundasang tu, sempat la jalan-jalan lagi sambil melihat keindahan alam. Tenang betul dekat sana, dah la sejuk kan? Hala balik ke KK semula, sempat singgah dekat Rumah Terbalik. Fee nak masuk ke rumah terbalik ni agak mahal kalau nak dibandingkan dengan pameran dia. Tapi, bagi saya bayaran tu okey je sebab appreciate idea tuan tanah dan tuan rumah yang ada idea nak buat macam ni. Semua barangan rumah diterbalikkan. Kecil je rumahnya, masuk pintu depan dah nampak dah pintu belakang pun. Haha.. :) 

Rumah terbalik

Cuba cari Safiyyah hehe..

suka gambar ni.. haha :)

kami sekeluarga.. hehehe 

Lepas tu kami stay dekat KK 2 malam lagi. Kiranya percutian ni cuma 4 hari 3 malam je, tapi dah puas hati sangat dah. dekat KK macam biasalah, shopping ikan bilis, shopping mutiara, shopping segala yang boleh dishopping dan sangat heavennnn dapat makan fresh seafood. Hehe.. 

Soooo... kepada sesiapa yang nak berjalan-jalan ke Sabah, jomlah ke Kundasang. Terbaekkk sangat. Cantikk sangat.. Sejukk sangat... Itu je la kut nak share percutian kami kali ni. Nanti saya kongsikan lagi ya. 


Jom Baca ini Juga:

-->> Travelogue Penulis - Moscow, Russia


NAK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE?


Anda mencari pengedar Shaklee di Kuala Lumpur? Hubungilah saya:

Puan Nurru Adila Ibrahim
019 - 217 7110 atau 012 - 626 7110
atau email kepada nurruadila@gmail.com
FREE DELIVERY untuk kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran Pos Laju ke seluruh negara!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

You Might Also Like

0 comments