Kumpul Koleksi Fridge Magnet adalah HOBI Saya!


holala.. hari ni nak cerita topik santai-santai je sempena weekend ni.. Esok dah start keje semula, no monday blues okey? Saya nak cerita mengenai hobi. Hihi.. :)

Bila bercakap mengenai hobi ni, saya rasa semua orang ada hobi bukan? Kalaupun perkara tu tidak dibuat hari-hari, ianya tetap dipanggil hobi kalau kita suka buat. Hobi saya? Kumpul fridge magnet. Tak kisah lah daripada dalam negara ke luar negara ke, saya memang suka kumpul semua. Pergi ke Port Dickson pun saya akan cari fridge magnet, apatah lagi kalau pegi London kan? 


kena letak tinggi-tinggi sebab budak-budak suka mainnnn.... dah banyak yang pecah huhu

Saya suka kumpul fridge magnet ni sebab setiap satu design dia tu menceritakan tentang tempat tu. Biasanya diorang akan buatkan bentuk atau design mengenai perkara atau icon yang paling popular dan menjadi tarikan pelancong di tempat tu. 

Semua fridge magnet yang saya kumpul ni ada yang saya beli sendiri bila saya pegi sana atau ada juga hadiah dan pemberian daripada kawan-kawan. Saya biasanya akan ingat siapa yang hadiahkan apa-apa FM kat saya. Tak dapat souvenir lain pun tak mengapa, asalkan dapat satu FM pun saya dah cukup gembira sangat dah.

Kalau ada rakan-rakan blogger atau kawan-kawan yang membaca entry saya ni nak sedekahkan atau berikan saya fridge magnet untuk tambah koleksi saya, sangat-sangat dialu-alukan.. Saya pernah nampak juga yang jual FM, tapi taknak lah beli, rasa macam takde specialnya kalau beli yang dijual macam tu. Kena hadiah juga baru best, atau pegi sana beli sendiri. Kan? hehe... :)

Cita-cita saya (cheewahhh HOBI pun ada cita-cita), saya nak simpan FM semua negara, tapi kalau negara macam Pakistan, diorang tak buat FM, atau saya yang tak jumpa cari dekat Islamabad aritu.. huhu sedih betul..

Saya suka menatap pintu peti sejuk dekat rumah tu, tilik satu persatu, kadang-kadang saya rasa macam Vision Board pula pintu peti sejuk saya tu, setiap FM tu menjadi pull factor kepada saya untuk pergi sendiri ke tempat tu dan beli lagi 3-4 ketul FM design yang lain pulak untuk tambah koleksi dan dihadiahkan dekat kawan-kawan. Hehe.. 

Jom layan beberapa design FM yang saya ada. Takde lah banyak mana, tapi setiap satu design tu saya sangat suka! Kalau FM tu daripada tempat yang saya pernah pergi, lagggiiii la suka, sebab saya boleh mengimbas suasana dan tempat tu selalu.... 

Moscow, Russia

FM Golden Gate Bridge ni mak Shaklee saya yang bagi. Saya akan pegi juga sini nanti!

Sempat singgah rumah terbalik masa pegi Sabah bulan 2 aritu

Comel kan FM Singapore ni.. :)

Roma, Itali. Ini officer saya yang bagi masa dia gi Euro Trip last month.. 

Dua-dua ni ex bos saya yang bagi. TQ Boss!.. :)

Insyaallah ketiga-tiga tempat ni saya bakal jejaki! - Australia, Switzerland & Madrid!

Russia sangat unik negaranya.. tak boleh nampak matahari...

Duit lebih masa gi Moscow dulu pun letak dekat sini.. 10 Russian Ruble, dalam 80 sen duit RM je ni..

Macam syok je Krabi ni..

haaa tempat ni best, ada lembu ala-ala New Zealand.. :)

Selain daripada kumpul fridge magnet, saya juga sebenarnya suka kumpul shot glass Hard Rock Cafe, tapi belum banyak lagi dalam koleksi sebab baru lagi start hobi yang ini. Nanti kita tambah ya.. saje suka kumpul sebab saiznya yang kecil tu boleh dijadikan cenderahati... 


ini je yang ada dalam koleksi..

Oh ya, untuk jadual makan Vitamin Shaklee juga saya ada sediakan fridge magnet untuk customer. Senang diorang nak refer kalau-kalau terlupa. Nak fridge magnet jadual makan vitamin Shaklee? Haaa..... kena lah jadi customer saya terlebih dahulu kan?... ni dia FM jadual makan vitamin Shaklee untuk rujukan pelanggan-pelanggan MommieSafiyyah.com

Nak FM ni?? Kena jadi pelanggan saya dulu.. :)

Pernah dengar dan baca mengenai 'hasil kajian University Princeton' mengenai fridge magnet yang boleh mendatangkan radiasi kepada makanan, yang menjadi sangat viral suatu ketika dulu? Jom baca di sini okey... Decorative Magnets on Refrigerators - Cancer Warning Hoax. Petikan daripada isi kandungan artikel tersebut adalah sebegini:
Someone had contacted Princeton University to enquiry about the supposed study and received the following reply from a university spokesperson: 
"To confirm, we are not aware of any such research affiliated with anyone at Princeton and unfortunately we do not know where or why this e-mail chain started.
We appreciate you informing your readers that this e-mail is a hoax."

So sebenarnya tiada pun kajian yang membuktikan bahawa fridge magnet boleh menyebabkan radiasi kepada makanan yang disimpan dalam peti sejuk. Lagi pula kesan elektromagnet pada fridge magnet yang sangat kecil saiznya tu memang tidak memberikan kesan pun kepada makanan tu, lagi pula peti sejuk dilapisi dengan pintu yang sangat tebal...


DAPATKAN PRODUK SHAKLEE HARI INI! 



Anda mencari pengedar Shaklee di Kuala Lumpur? Ingin dapatkan fridge magnet jadual makan vitamin Shaklee yang sangat eksklusif? Hubungilah saya:

Puan Nurru Adila Ibrahim
019 - 217 7110 atau 012 - 626 7110
atau email kepada nurruadila@gmail.com
FREE DELIVERY untuk kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran Pos Laju ke seluruh negara!

:)

8 comments

Sebelum ni sy suka kumpul fridge magnet..Tp sejak hari tu ada yang kata tak elok buh fridge magnet kat pintu peti ais,saya dah buang semua.huhuhu..sayang btul kt fridge magnet tu.

Reply

hi cik puan ila.. saya ada terbaca juga pasal perkara tu. surprisingly memang takde kajian pun mengenainya dan kalau ada pun tak ada apa-apa side effect pun sebenarnya.. :)

Reply

Tengok sini sis: http://www.hoax-slayer.com/refrigerator-door-magnet-warning.shtml

Jawapan daripada Universiti Princeton:

Someone had contacted Princeton University to enquiry about the supposed study and received the following reply from a university spokesperson:

To confirm, we are not aware of any such research affiliated with anyone at Princeton and unfortunately we do not know where or why this e-mail chain started.

We appreciate you informing your readers that this e-mail is a hoax."

Reply

Saya pun kumpul FM. Penuh 1 petiais. Penah usik suami ckp kna bli 1 lg petiais sbb dah xmuat. Hehe psl radiation tu penah gak dgr tp xpasti btol ke x.

Reply

Ai suke juga..tp xbnyk negara..maknanya kene g sdri..eh sbnrnya br tahu rumah terbalik tu adlh kt sabah..hihihi

Reply

Wau byk nye. Pernah ada hobi nak kumpul tp sampai skrang xterkumpul kumpul..hihihj

Reply

wow banyak FM die.. cantik2.. hehehe.. saya pun suke collect FM.. tp xramai kenalan or sedara yang selalu ke oversea..
cantik FM Shaklee tu.. beli kat ne ek? hehehe

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!