Keluar Pagi, Balik Petang, Dapat Gaji Bayar Hutang | Tips Bebas Hutang

10/22/2014

Itulah situasi yang saya pernah dan masih lagi alami... keluar bekerja pagi-pagi, balik petang-petang, dapat gaji je bayar hutang. Belumpun habis bulan gaji (dapat gaji biasa 25hb) tu, duit gaji tinggal kurang daripada separuh, entah-entah hanya tinggal 1/4 sahaja untuk belanja pada bulan seterusnya tu. Sedih... 

Terlewat bayar hutang, para "ceti moden" iaitu bank akan call bertalu-talu. Selagi tak angkat selagi tu dia akan call. Kalau abaikan call mereka dan payment ada tunggakan sampai 3 bulan, nama akan dimasukkan dalam senarai blacklist CCRIS dan CTOS. dannnn... bila nama dah masuk ke situ, mimpi-mimpi ngeri akan mula menghantui hidup...



Benarlah menurut Rasulullah saw, hutang merupakan penyebab kesedihan di malam hari dan kehinaan di siang hari. Hutang juga dapat membahayakan akhlaq, sebagaimana sabda Rasulullah saw (ertinya): “Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri.” (HR. Bukhari).

Jelas bukan, bila hidup dihantui hutang piutang keliling pinggang, tidur malam kita juga tidak lena. Siang hari pula rasa terhina, terhina bila pihak bank call untuk kutip hutang sebab kita terlewat bayar disebabkan kita tak mampu membayarnya. Soalan yang kerapkali saya ajukan kepada diri sendiri ialah "Sampai Bila??"... 

Sampai bila saya akan bekerja keras keluar pagi balik petang hanya untuk membayar hutang?? Sampai bila saya akan terikat dengan riba dan interest yang sangat jelas tidak dibenarkan oleh Allah?? Sampai bila saya harus silent mode telefon dan tak pernah angkat panggilan telefon daripada mana-mana no. ofis hanya kerana takut! takut bank call! huhuhu... inilah persoalan yang kerapkali saya ajukan pada diri sendiri. 

Saya akui, ada hutang yang timbul dahulunya disebabkan nafsu sendiri yang tidak mampu mengawal perbelanjaan mengikut pendapatan. Berhutang dengan credit card untuk mendapatkan sesuatu yang disukai, yang sebenarnya bukanlah keperluan. Namun, ada juga hutang yang timbul disebabkan keperluan. 

Betapa saya ni sengkek, nak dapatkan keperluan pun kena berhutang. Nak belajar kena ambil hutang PTPTN, nak pegi keje kena naik kereta, pun kena beli kereta dengan berhutang, nak duduk rumah pun sama, kena berhutang. Sehinggakan ada di antara kita, nak kawen pun kena berhutang! Anak masuk sekolah Darjah Satu pun entah-entah hutang masih belum langsai dibayar......sedihhh.... sampai bila....

Baru-baru ini saya terbaca strategi-strategi untuk bebas daripada hutang hasil perkongsian saudara Mohd Zulkifli. Saya kongsikan di sini untuk rujukan dan panduan saya sendiri dan juga rakan-rakan pembaca. Jom kita tengok apa strategi yang dikongsikan oleh En. Zul kita ni....

8 Strategi Untuk Bebas Dari Hutang
  
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Strategi #8: Bina pendapatan kedua.

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Alhamdulillah... saya juga mula melibatkan diri dalam bisnes secara part time, dan saya akui memang pada awalnya hasil pendapatan yang saya perolehi daripada bisnes Shaklee saya ni saya berjaya juga langsaikan beberapa hutang yang ada. dan masih lagi.

Dengan bermatlamatkan untuk BEBAS HUTANG, saya gigih berusaha dan terus kental menjalankan bisnes Shaklee ni kerana saya percaya suatu hari nanti saya pasti akan bebas daripada segala hutang yang ada dan mampu membeli barangan keperluan secara cash..... 

You Might Also Like

0 comments