Percutian Idaman Yang Menarik!! | Cabaran 7 Hari Entry: #DAY 2


hehe.. kembali lagi ke Cabaran 7 Hari Entry!

Semalam saya dh kongsikan mengenai 3 fakta menarik mengenai saya, dan tajuk untuk hari ke-2 adalah mengenai Percutian Idaman Saya yang sangat menarik. Bila sebut bab bercuti, saya memang suka sangat pegi bercuti, jalan-jalan sana sini. Cuma yang saya cukup tak suka adalah nak melipat kain baju yang dibasuh sebaik selesai bercuti. huaaaaa.... ye la, bila keluar bercuti atau outstation ke, kain baju yang nak dibasuh tu kemain banyak, sebab selalunya saya memang angkut semua anak-anak walaupun keluar untuk outstation. Jarang tinggal anak-anak, kecuali kalau pegi obersi. Tapi sekarang ni kita tak payah cerita bab kain baju, tp kita bercerita bab percutian idaman saya. 

Kalau nak perci bercuti, saya nak percutian tu yang menyeronokkan. Bukan sekadar gi jalan-jalan tengok tempat bersejarah, dengar taklimat oleh tour advisor dan hanya kata "oooooo......." pastu ambil gambar etc... senyap sunyi je masing-masing, menghayati katanya... saya tak berapa minat dengan percutian ala "lawatan sambil belajar".. hehe mungkin sebab saya kurang gemar bab sejarah dan tempat-tempat sebegitu agaknya. So lokasi-lokasi bersejarah di dunia ni, saya okey je kalau dapat pegi tengok tp bukan menjadi percutian idaman. 

Saya cukup suka kalau percutian tu kita boleh buat banyak aktiviti, contohnya berjalan-jalan dengan menaiki pengangkutan awam dekat sana ke... boleh pegi shopping... boleh pegi jalan-jalan dekat tasik  atau mana-mana sambil bagi itik burung makan ke... boleh berhenti cuba makanan dekat mana-mana sahaja warung ke atau tengok show / teater etc.. dan sebagainya...

Soooo... ke mana kita??? 

L.O.N.D.O.N!!!

London City

Rasanya buat masa ni, London je yang memenuhi kriteria di atas tu. Sebenarnya saya suka tengok movie-movie yang gunakan latar belakang di England dan bercakap slang UK. Saya cukup suka slang UK. kalau tengok movie yang guna slang UK, memang tak berkelip mata (ini tipu) sebab rasa mcm seronok je dengar. dan saya akhirnya berpeluang untuk jejakkan kaki ke London pada November 2012 dulu, cuma itupun sebab transit daripada Moscow nak balik ke KL. 2 malam je tido sana dan saya ke Moscow pun sebab urusan kerja. 

Sepanjang berada di sana tu, saya terbayangkan seronoknya kalau saya dapat datang dan bercuti di London lagi dengan suami dan anak-anak selama sebulan! ya, sebulan. Hahaha... sebab tempat dia menarik minat macam yang saya beritahu kat atas tadi tu, kita boleh jalan-jalan guna pengangkutan awam ke... atau jalan kaki ke... pastu singgah-singah makan dekat mana-mana dan yang penting boleh shopping barang murah. Haha.. UK ni walaupun duit dia mahal, tapi barangan dia murahhhhh.....

boleh travel by bus (Hop On Hop Off London Sightseeing)

Underground Tube 

Big Ben - clock tower

pergi time autumn nak habis masa nak masuk winter

London Eye....

Dekat London ada banyak tempat-tempat menarik untuk shopping dan tak sah kalau tak singgah Harrods. dan disebabkan saya memang suka sangat belikan dan pakaikan baju Mothercare kat anak-anak, saya cukup suka kalau dapat datang lagi ke London dan shopping puas-puas dengan anak-anak sekali!... entahlah, saya lebih suka org putih UK berbanding US, dan diorang lebih nampak polite maybe disebabkan slang percakapan mereka la agaknya. 

Harrods

Masa singgah London dua tahun lepas, saya tak sempat pun nak pergi ke Muzium Lilin Madame Tussauds. So memang kena pergi lagi sekali la nampak gayanyanya, bersama suami dan anak-anak sekali. Bestnyaaa.... 


Marilyn Monroe in wax :)

Saya juga suka design pinggan mangkuk dan peralatan rumah gaya English style.... dan selalu berangan kalau dapat bercuti ke London, saya boleh singgah mana-mana restaurant yang menghidangkan kopi dan dessert untuk minum petanggg sebegini...... bestnya!

seronok kalau dapat luangkan masa nikmati hidangan sebegini...

So, itulah dia serba sedikit mengenai Percutian Idaman saya. Saya dapat bayangkan saya, suami dan anak-anak berjaket winter sedang berjalan-jalan di Oxford Street, naik tube Underground dan naik Hop On Hop Off untuk city sightseeing.... lepas tu berhenti dekat London Brigde, Big Ben dan terus menuju ke Madame Tussauds.... mungkin ada yang tidak tahu, daripada London, kita boleh naik bullet train Eurostar terus ke Paris dan cuma mengambil masa 2 jam! So sepanjang sebulan kami berada di London nanti, sempat juga kalau pergi ke Paris dengan menaiki train dan melawat Paris selama seminggu ke..... kann?? :)

Eurostar bullet train from London to Paris

Saya, suami dan anak-anak PASTI akan bergambar di sini suatu hari nanti

Sekian sahaja untuk Cabaran Day 2 hari ni. Esok sambung lagi untuk Cabaran Day 3 pula ya, nantikannnn....


***************************************************
Eh, jangan lupa, kalau nak order Shaklee, boleh hubungi saya ya: 

Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-6267110 
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!

2 comments

ai pun nak g london gak..nk g europe la senang cerita

Reply

Gi Paris tangkap gambor mcm Che Ta dgn Zain (betul ke ejaan nama diorg ni) hahaha..

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!