Resipi Cempedak Goreng Rangup dan Mudah! | Cabaran 7 Hari Entry: #Day 5

10/13/2014


Hoyeah dah hari ke-5, dan hari ini topiknya adalah "Menu Masakan Homemade Saya" dan saya akan berkongsi resipi cempedak goreng yang rangup dan mudah. kira signature dish la kiranya ni, gitteeww... 

Kisahnya, saya ni jarang masak. Kalau saya masak pun biasanya menu yang simple-simple sahaja, sebab kadang bila balik kerja tu rasa sayang pula masa kalau dihabiskan di dapur.. saya keluar ofis pukul 7.30 pagi, anak-anak ke pre school dan ke rumah pengasuh, pukul 6.30 petang baru jumpa semula. Sayangnya kalau saya habiskan masa di dapur lama-lama, sebab pukul 10 macam tu budak-budak dah tido. Sebab tu, kalau saya masak, memang menunya simple, sup dan sayur je, dan saya pun bukanlah pandai memasak sangat. Hehehe... 

Untuk topik kali ini, saya akan berkongsi satu resipi yang cukup simple dan mudah untuk buat, iaitu satu menu minum petang yang bertajuk "Cempedak Goreng Homemade Mommie Safiyyah (tanpa biji) with Love".. Haaa... dengar tajuk pun terliur kan? kuikuikui... saya tahu ramai yang suka makan cempedak goreng, salah satu penyebabnya ialah bau cempedak bila digoreng sungguh menusuk kalbu dan sangat terliurrrrr.... 

Kalau beli dekat warung / pasar malam, harganya fuyyooohhh mahal yang amat. kadang-kadang, ianya dijual 3 biji dengan harga RM2! lepas tu, minyak tu siap boleh diperah lagi... sebab tu saya tidak suka sangat beli yang digoreng dekat warung. Kadang-kadang tu, minyak masak yang digunakan untuk menggoreng tu entah sudah digunakan berapa puluh kali entah.... sangat tak sihat... 

Sebab tu saya suka goreng sendiri, dengan menggunakan bancuhan tepung yang saya adun sendiri.  lebih jimat dan puas makan. Saya tak gemar tepung yang dah siap dijual dekat kedai tu, kurang ummmphhh... Sebelum ni saya goreng cempedak tanpa dibuang bijinya. Lepas tu saya cuba goreng cempedak yang telah dibuang siap-siap bijinya... wahhhh... rupanya sangat crunchy, dan tak payah susah-susah nak buah biji masa makan, ngappp saje sudah.. 


Resipi cempedak goreng homemade:

Bahan - bahan:

Buah cempedak yang telah dibuang biji
Tepung beras
Sebiji telur
Kapur makan / baking powder pun boleh
Pewarna kuning / serbuk kunyit
Garam sikit
Gula sikit nak bagi lemak-lemak
Air sejuk dalam peti (ini tips penting)
Beberapa ketul ais (ini juga tips penting)


Cara-caranya

Bancuh semua sekali dalam bekas / besen.
Masukkan cempedak, gaul rata.
Panaskan minyak.
Mulalah menggoreng.
Makannnnn..... :)


Kalau perasan, air yang saya gunakan adalah air sejuk dalam peti ais. dan saya juga masukkan beberapa ketul ais dalam bancuhan tu. Ini adalah salah satu tips supaya kerak cempedak goreng tu jadi crunchy dan tidak lembik. Bancuhan tu jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Kalau nak bagi banyak kerak, boleh letak kapur makan tu banyak sikit, dan minyak memang kena guna banyak. Tapi saya biasanya letakkan dalam setengah sudu teh sahaja kapur makan. Okey dah rasanya, takde la berhabuk sangat dan takde la kurang sangat kerak. Just nice...

Bancuhan ni macam pekat sikit.. tapi sangat crunchy, nyum nyum..

Hehehehe.... resipi bancuhan ini boleh juga digunakan untuk menggoreng pisang, ikan, ubi keledek dan sebagainya yang korang nak goreng. Ada orang letak juga sedikit tepung gandum, tapi saya tak letak.

Jom cuba! Simple je menu saya.. hehe..


Baca juga:

-->> Day 1: 3 Fakta menarik tentang saya
-->> Day 2: Percutian Idaman Saya
-->> Day 3: Apa ada dalam handbag saya??

-->> Day 4: Vitamin Shaklee pertama saya makan



*****************************************************************
Sekiranya anda berminat untuk cuba produk Shaklee, boleh hubungi saya ya: 
Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-6267110 
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!

You Might Also Like

5 comments

  1. good tips.. nak try lah nanti letak ais ;)

    ReplyDelete
  2. sy dah bagitau dilla dah dlm AFC ada ckp letak air sejuk nak bagi crispy...tak nak dengo...takpe, bio dia baca kat sini pulak...good info..

    ReplyDelete
  3. Ohhh..letak air sejuk, tak pernah guna air sejuk..selalu guna air paip je..hahaha

    ReplyDelete
  4. Haah, petua air sejuk tu memang berkesan

    ReplyDelete
  5. hi dila, thanks for the tips! will try it out. oh btw i wonder why u suddenly disappear from my facebook yeah? hehe.

    have a good day! xx

    nurul.

    ReplyDelete