Cara Simpan Halia, Lengkuas dan Kunyit Hidup yang sangat praktikal!


Hari ini saya terpanggil (siapa yang panggil ni? hehe), untuk berkongsi mengenai cara menyimpan halia, lengkuas dan kunyit hidup. Saya sebenarnya peminat setia channel Food Network, dan tips menyimpan 3 sekawan (halia, lengkuas dan kunyit) yang saya rasa amat berguna ni saya perolehi daripada salah seorang chef dalam channel tu. Chef Giada rasanya yang selalu berkongsi tips menyimpan makanan ni. 

Mengenai halia, lengkuas dan kunyit ni, kita biasa beli seketul-seketul gabak-gabak saiznya kan? Harganya takde lah mahal mana, tapi disebabkan terpaksa membeli dengan saiz yang besar sebegitu, lama-lama jadi membazir bila diorang ni sempat memburuk atau berubah fizikalnya menjadi kecut sebelum sempat dihabiskan kesemuanya. Sayang betul. Terutamanya kalau kita ni bukan jenis memasak hari-hari. 

besar-besar biasanya saiz halia, lengkuas dan kunyit ni..

Macam saya, pergi ke pasar seminggu sekali dan biasanya kalau beli 3 sekawan ni, memang tak pernah habis dimasak, tapi sebenarnya habis dibuang. Ye lah, beli seminggu, dah mula kecut dan dah mula buruk. Bermacam cara saya cuba untuk simpan, letak dalam tupperware la, balut dalam surat khabar la, masuk dalam zipped lock plastic bag la.. macam-macam, tapi sebab saya sangat jarang memasak, halia lengkuas kunyit ini tetap juga dibuang di akhirnya...

Sooo.... kali ni saya cuba tiru tips daripada Food Network tersebut. Cara-caranya ialah: 

1) Kupas semua sekali kulit halia, lengkuas dan kunyit tadi. Nak potong kecil pun boleh, nak biar saiz besar pun boleh. Saya sendiri lebih suka potong untuk sekali masak.

2) Kemudian masukkan ke dalam plastik zipped lock dan masukkan dalam bekas tupperware ke tipuware ke. Asingkanlah halia, lengkuas dan kunyit tadi. 

3) Lastly, simpan dalam peti ais. Tetapi bukan dekat tempat sayur, tapi simpan dekat tempat beku. Ya, bekukan dia. 

Bila nak guna, ambil je. Kalau dibekukan, diorang ni tahan lama dan lebih senang nak potong ke tumbuk ke ape ke.. rasa dia tetap sama, langsung tidak berubah. Kebetulan dekat rumah saya aritu saya terjumpa bekas makanan yang ada 3 portion terus, so saya terus je letak halia, lengkuas dan kunyit tadi dalam setiap portion dan masukkan dalam freezer! 

ready to cook! hoyeahh... :)

Apabila berada dalam keadaan beku, halia, lengkuas dan kunyit ini tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan bakteria juga tidak membiak dengan cepat disebabkan suhu yang tidak sesuai (terlalu sejuk). Oleh itu mereka tidak rosak. Samalah macam kita makan ikan yang telah dibekukan, atau anak-anak minum susu EBM (susu ibu yang dibekukan), khasiat masih sama, cuma freshness je la kalau kurang pun. 

Memang terbukti lebih mudah, lebih jimat kerana tidak perlu membazir lagi... Jom cuba! 

Kini tiada lagi alasan untuk tidak memasak sendiri. Kannn?

DAPATKAN PRODUK SHAKLEE HARI INI! 


Anda mencari pengedar Shaklee di Kuala Lumpur? Hubungilah saya:


Puan Nurru Adila Ibrahim
019 - 217 7110 atau 012 - 626 7110
atau email kepada nurruadila@gmail.com
FREE DELIVERY untuk kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran Pos Laju ke seluruh negara!

8 comments

Sy habit buang 3 sekawan ni jgk..kalau tanam sendiri lagi la rasa semangat nak buang.Dgn alasan,xpe..kat luar umah banyak lagi..bila2 masa bleh amek.hahaha.teruk btul sy ni.

Reply

dilly rajin masok ko? kikiki..comel bekas tu..

halia rumah i xdan abis la sbb brehi wat sup..hihihihi

Reply

ye, ai pun simpan tempat beku..berbulan2 tahan..kalo tak mmg asyik buang je sbb buruk

Reply

oooo mcm gitu.. terima kasih sharing maklumat

Reply

hehe cik pua ila, walaupun tanam sendiri, lebih bagus kalau tak membazir, amek 2 inci daripada tanaman je sekali nak masak, hehehe... :)

Reply

jazsy, sebab tak rajin masak lah ai kena simpan 3 sekawan ni lagu ni.. hehe :)

Reply

betul-betul.. halia sentiasa fresh, color tak berubah pun :)

Reply

sama-sama. Boleh sama-sama buat ya. :)

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!