Cara Menyimpan Susu Badan dengan Betul


Dalam entry kali ini saya akan berkongsi mengenai cara menyimpan susu badan yang baru diperah dengan cara yang betul dan mudah, untuk rujukan ibu-ibu yang baru menyusukan anak. Saya rasa sudah makin ramai ibu-ibu yang mula mendapat kesedaran untuk menyusukan anak dengan susu badan dan berbanyak-banyak TAHNIAHHHH saya ucapkan buat anda semua! :)

Untuk makluman semua, saya juga merupakan ibu yang menyusukan anak-anak dengan susu badan dan saya juga bekerja di pejabat. Masuk ofis pukul 8.30 pagi, pulang ke rumah jam 6.00 petang. Kebiasaannya, semasa di pejabat, saya akan pam susu lebih kurang 3 atau 2 kali. 
susu yang baru diperah
Untuk penyimpanan susu badan ni, kita memerlukan beberapa peralatan yang sangat penting seperti berikut: 
  • Cooler bag (paling mudah kalau yang bersaiz besar dan muat meletak corong pam)
  • Ice pack / Brite Ice (yang telah dibekukan /disejukkan)
  • Botol / plastik (milk storage) 
Susu yang telah diperah boleh disimpan terus dalam botol yang digunakan semasa sesi perahan atau boleh juga dipindahkan ke dalam beg plastik. Penggunaan beg plastik ini boleh menjimatkan ruang penyimpanan. 

Kemudian, masukkan botol ke dalam cooler bag yang telah berisi ice pack. Saya lebih suka menggunakan cooler bag yang bersaiz agak besar supaya dapat simpan pam sekali dalam tu. So untuk next session, saya tidak perlu membasuh corong pam tersebut, cukup hanya lap dengan wet tissue sahaja. 

susu yang disimpan dalam cooler bag
Sebaik sahaja sampai ke rumah,  pindahkan semua susu yang telah dibawa balik tadi ke ruangan chiller (belah bawah peti sejuk). Jangan terus diletakkan ke ruangan freezer untuk menjamin kualiti susu supaya tidak terlalu terkejut dengan perubahan suhu. 

Komposisi dan nutrisi susu tu mungkin berubah disebabkan perubahan suhu yang mendadak. Susu ini boleh diletakkan di ruangan chiller antara 1 jam hingga 3 hari sebelum dipindahkan ke ruangan beku. Adalah lebih baik untuk labelkan tarikh susu-susu ini supaya kita dapat tentukan tarikh expiry date. 

boleh transit dulu di sini sebelum dipindahkan ke freezer
Kemudian, boleh pindahkan susu perahan tadi ke ruangan beku atau freezer anda. Susu yang berada di ruangan beku dalam peti sejuk yang bersaiz dua pintu boleh tahan sehingga 3 bulan. Manakala, susu yang disimpan dalam freezer berasingan, boleh tahan sehingga 6 bulan.

stok susu perahan 
ini rupa bentuk freezer yang saya gunakan untuk menyimpan susu perahan

Saya suka amalkan prisip first in first out, susu yang masuk dulu, dia la yang keluar dulu. Kebiasaannya saya akan bekalkan anak dalam dia 10 oz EBM (yang telah dibekukan) dan 5 oz lagi yang fresh (yang hanya disimpan di ruangan chiller). 

Untuk cairkan susu yang telah dibekukan, caranya adalah dengan lalukan air biasa (tap water) kemudian, rendamkan susu dalam bekas yang telah berisi air. 

lalukan air biasa pada botol dan rendam dalam bekas yang berisi air
Kemudian, masukkan semula ke dalam peti sejuk dan diletakkan di ruangan chiller. Proses pencairan susu EBM yang beku perlu berlangsung dalam peti sejuk, bukannya di luar peti sejuk. 



Kemudian, panaskanlah seperti biasa dalam air suam sebelum diberikan kepada anak-anak. Tidak susah bukan? Demikianlah tadi cara menyimpan susu badan yang sepatutnya. Oh ya, puan puan mengalami masalah kekurangan susu badan? Rujuk SINI untuk melihat apa punca-punca susu badan kurang, dan puan-puan boleh atasinya dengan ikhtiar melalui pengambilan suplemen Shaklee untuk penyusuan. 

cadangan supplemen untuk penyusuan susu ibu
Jom saya nak kongsikan satu video mengenai pengalaman seorang ibu yang panik apabila susu badannya kurang. Apa yang beliau buat?? wajib tonton jika anda ibu yang menyusukan anak..

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Sekiranya puan puan berminat untuk mendapatkan produk Shaklee untuk tambah susu badan, boleh hubungi saya: 

DAPATKAN PRODUK SHAKLEE HARI INI! 


Anda mencari pengedar Shaklee di Kuala Lumpur? Hubungilah saya:

Puan Nurru Adila Ibrahim
019 - 217 7110 atau 012 - 626 7110
atau email kepada nurruadila@gmail.com
FREE DELIVERY untuk kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran Pos Laju ke seluruh negara!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!