Cara Mengatasi Masalah Keputihan Gaya Moden dan Tradisional


Masalah keputihan boleh dikira perkara common / biasa di kalangan wanita kan? Jika disebutkan mengenai keputihan, hampir semua wanita pernah mengalaminya, ianya adalah perkara biasa di mana terdapat cairan atau lendiran  (discaj) yang keluar terutamanya ketika tempoh subur. 

Namun demikian, apabila lendiran yang keluar adalah berlebihan, pekat warnanya, berbau dan menyebabkan kegatalan, ianya menyebabkan ketidakselesaan, rasa rendah diri sehingga boleh menggangu hubungan intim di antara suami isteri dan yang paling bahaya sekali ianya boleh membahayakan kesihatan kita juga. 

Jom kita tengok apa penyebab keputihan, boleh dibezakan melalui warnanya.
  • Jangkitan kuman atau parasit Trichomonas vaginalis, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal.
  • Jangkitan kulat akan mengeluarkan keputihan yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan dan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monilinia.
  • Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau.
  • Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy', berbau dan bercampur darah
  • Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk.

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang customer yang ingin mencuba produk Shaklee untuk merawat keputihan beliau. Saya cadangkan supaya beliau mengamalkan Alfalfa Complex dan Garlic Complex setiap hari, beserta air suam atau air masak yang secukupnya. Dengan izin Allah, masalah keputihan pasti akan beransur hilang. 



Alfalfa Complex mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi dan merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an

Manakala, Garlic Complex pula berperanan sebagai antibiotik semulajadi dan bertindak mencegah jangkitan kulat dan kuman. Kedua-duanya mampu memberikan kesan yang sangat baik  kepada kita dan mampu merawat masalah keputihan yang dialami. 

Masalah keputihan yang serius pastinya akan mengganggu perasaan kita sebagai wanita dan rasa rendah diri bila ingin 'bersama' dengan suami bukan? 

Rawatlah segera, sebelum terlambat. Kedua-dua produk Shaklee yang saya cadangkan tadi saya berani jamin ianya berkesan. sangat berkesan. Ini bukan overclaim, tetapi telah banyak testimoni yang diterima. Dekat bawah ni saya kongsikan testimoni alfalfa complex untuk keputihan:




Dalam pada nak merawat dengan suplemen ni, saya nak kongsikan juga petua tradisional untuk merawat keputihan. Antaranya adalah dengan amalkan minum rebusan daun pegaga dan juga kita boleh cuci alat sulit dengan menggunakan air daun sireh. Mari kita tengok bagaimana cara-caranya:

Rebusan Daun Pegaga

gambar ihsan google
  • Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
  • Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
  • Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.
  • Setelah mendidih, biarkan ia sehingga sejuk.
  • Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
  • Minum air tersebut 2 kali sehari.
  • Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
Cucian dengan Daun Sireh

gambar ihsan google
  • Ambil beberapa helai daun sireh dan bersihkanya.
  • Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
  • Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
  • Tapislah air tersbut.
  • Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
  • Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
  • Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.

Insyaallah, jika diamalkan petua tradisional dan pengambilan produk Shaklee seperti yang saya nyatakan di atas tadi, masalah keputihan dapat diatasi dan dirawat sepenuhnya. Jangan biarkan masalah keputihan terus menghantui diri.


*****************************************************************
Sekiranya anda berminat untuk cuba produk Shaklee, boleh hubungi saya: 

Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-6267110 
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 comments

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!