Apa yang perlu ada dalam handbag saya? | Cabaran 7 Hari Entry : #Day 3


Apa yang ada dalam handbag saya?

Amboiihhh... tajuk untuk Day 3 ni macam nak suruh orang dedahkan rahsia je ni.. hehehe... okeylah okeylah... bila nak cerita mengenai handbag, saya memang ada beberapa biji handbag, dan handbag saya biasanya belum sempat lusuh lagi saya dah jual semula as preloved items dan saya gunakan duit hasil jualan beg-beg itu untuk membeli beg yang baru pula.. haha... jangka hayat paling lama saya pakai sesebuah hangbag dan wallet adalah tidak lebih 2 tahun biasanya. itupun saya bergilir-gilir pakai dengan yang lain. Soooo... nak ceritanya, kalau kata saya ada buat jualan handbag saya di blog ini, usah risau usah takut, handbag saya memang seperti baru moseh moseh bak kata org kelantam.. tapi buat masa ni belum ada yang nak dijual lagi....

Berbalik kepada cerita apa yang perlu ada dalam handbag saya, simple je saya ni, saya biasanya suka pakai sling bag yang kecil je, muat-muat nak bawak barang-barang penting. Sebab apa suka pakai sling bag yang kecil daripada guna bag-bag lain yang gedabak?? sebabnya kalau saya guna bag besar, lagi banyak sampah saya sumbat dalam tu. Haha. 

Oleh itu, jalan yang paling selamat ialah guna beg kecil je. Tapi sebenarnya, sling bag ni saya guna untuk ke pejabat, sebab saya sebenarnya membonceng motor dengan husband bila pegi dan balik keje, untuk elak jalan jem. Hehehe... Dahlah saya ada lagi satu beg pam susu yang agak gedabak untuk dibawa, dan seharusnya handbag saya kenalah bersaiz cinonet, praktikal dan selamat untuk digalas semasa atas motor...

Inilah dia sling bag saya.. kecil je saiz dia ni, tetapi kecil-kecil cili padi, walaupun kecil, dia sangat praktikal, boleh letakkan segala apa yang patut dan tidak berat.. 

beg ke ofis

Jom, kata nak terjah isi dalam handbag ni kan? Joooommm... tengok apa ada dalam beg ini...

isi kandungan yang semuanya berguna untuk tuannya

Nampak? walaupun sling bag itu kecil, tapi boleh muatkan banyak isi. muekeke... Apa yang ada? Mari saya perincikan lagi okey...

Ada wristlet yang merangkap wallet juga sebab dalam tu ada compartment untuk letak segala jenis kad bank, kad kahwin, IC dan lesen memandu, IC anak-anak dan medical card saya dan anak-anak. Dalam wristlet tu juga ada duit (selalunya less than RM50, sebab saya lebih suka guna debit card bila berbelanja) dan ada handphone kesayangan saya yang masa ni saya tengah guna untuk snap pic ni. Hahaha... mmg semua ada dlm wristlet tu. 

Ada segala kunci, kunci ofis, kunci kabinet dan kunci kereta. 

Ada juga pengetip kuku, sebab saya ni selalu lupa nak ketip kuku sendiri dan anak-anak. So lebih mudah sekiranya pengetip kuku ni selalu ada dalam handbag. Pegi mana-mana kalau teringat, boleh ketip kuku, cuma pastikan jangan bersepah-sepah kuku tu sudahlahh... kan? 

Ada juga peralatan untuk menghias diri, ini je pun yang saya guna, bedak daripada Skin Food, best bedak ni, lite je, setakat saya sapu gitu-gitu je untuk kurangkan kulit berminyak atau lepas solat. Ada lipstik Body Shop, color dia lite pink ajewww... setakat nak elak bibir nampak pucat sangat dan ada perfume jenama Paris Hilton yg jenis roll-on, ini mak Shaklee saya yang bagi hadiah. Best juga bau dia, tak menyentap hidung sangat. :)

Ada juga beberapa ketul pendrive. Pendrive saya memang ada lebih daripada 4 ketul. Ini bukan sebab banyak sangat benda nak simpan, tapi sebab saya selalu lah lupe.. so senang saya standby 2 ketul dlm handbag dan beberapa ketul lagi di ofis... 

Ada juga sebatang pen. Adoi, memang tak suka kalau takde pen. susah kalau pegi pos office ke pegi mana-mana yang nak kena guna pen, nak isi form pos laju pun payah kalau nak kena tunggu giliran guna pen dkt pos office. 

Ada juga power bank. Ini pun penting. Power bank ini pun best sebab boleh charge banyak kali. cumanya maybe nanti nak cari lagi sebiji yang lagi kecil, tapi power lebih kurang atau lagi power. Hehehe...

Last but not least, korang perasan tak ada voucher AEON?? Hahaha.... sebenarnya voucher tu dh berkurun ada dalam handbag, dan saya memang selalu buh dalam handbag sebab kalau-kalau terrrrsinggah AEON, boleh la saya guna... Asalnya voucher tu ada banyak lagi, tapi dh guna dah, tinggal yang ini je lagi... Biasa guna pun buat beli baju budak-budak... 


Hihihihi.... itu je lah isi kandungan dalam handbag saya yang tak seberapa itteewww.... Kalau ada yang nak tanya, kata ada anak kecil, pampers budak-budak tak bubuh sekali dalam handbag ke?? Jawapan saya ialah, tidak... saya ada sediakan beg yang khusus untuk budak-budak berdua tu. Baju ke, bedak ke, pampers ke, telekung ke, semua saya sumbat dalam tu, dan biasanya beg tu memang tersedia ada dalam but kereta. Hehe.

Esok, nantikan pula Cabaran untuk #Day 4 pulak ya... 


Baca juga:

-->> Day 1: 3 Fakta menarik tentang saya
-->> Day 2: Percutian Idaman Saya
-->> Nak kurus dengan Shaklee?? Turun 7.5kg ooo dalam masa sebulan?? 




***************************************************
Eh, jangan lupa, kalau nak order Shaklee, boleh hubungi saya ya: 

Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-6267110 
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!