3 Fakta Tentang Saya | Cabaran 7 Hari Entry: #Day 1

10/09/2014


hola... sebenarnya teringin nak join Cabaran 7 Hari Entry daripada upline Shaklee saya, mama Dilla Jalil. Walaupun macam agak terlewat je ni (sebab sebenarnya dah mula sejak last week cabaran ni), saya join juga lah. Macam seronok jer.. :)

Tajuk Day 1: 3 Fakta Menarik Tentang Saya

Ada ke fakta menarik tentang diri saya ni ye? haha... saya sebenarnya insan biasa sahaja, macam orang biasa sahaja, tapi mungkin ada beberapa perkara yang agak menarik yang nak saya kongsikan dengan semua. Haha.. 


Fakta Pertama

Saya ni seorang yang kurang sabar, cepat baran dan emo terlebih, disebabkan itu juga saya tak berminat dan tak sesuai untuk menjadi seorang GURU. tetapi, apa yang menariknya, walaupun saya tak berminat untuk menjadi guru, tetapi saya sebenarnya mempunyai pengalaman menjadi CIKGU di 5 buah sekolah! hahaha... baik di sekolah menengah mahupun rendah! adohai lawak... fakta yang paling best lagi, saya mula menimba pengalaman menjadi cikgu masa saya berumur 19 tahun!

Sebenarnya dulu-dulu, saya kerapkali menerima tawaran menjadi Guru Ganti. Tempoh mengajar di setiap sekolah tu dalam 2 bulan atau lebih untuk setiap sekolah. Asal Cuti Semester Universiti je saya mula la stress sebab kena bangun awal, kena mengajar budak-budak, tp dalam saya tak minat tu saya masih juga repeat buat benda yang sama, mengajar. Sebab Abah saya tak bagi saya buat keje part time lain selain daripada menjadi Guru Ganti. Haha.. Seronok sebab saya dapat menimba pengalaman dalam kelas dan pengalaman di bilik guru. Hahaha... time dapat cheque gaji lagi seronok! :)


Bermula cuti semester lepas tamat Matrikulasi, dan setiap kali cuti semester semasa dekat Universiti, saya memang tak pernah miss jadi guru ganti. Haha.. masih ku ingat, sekolah pertama saya mengajar adalah di sekolah saya sendiri, iaitu di Sekolah Kebangsaan Apal, Jerteh, Terengganu. Disebabkan saya memang berasal drp Besut, memang saya menjadi guru ganti pun dekat sana juga. Sekolah-sekolah tersebut ialah: 
  • Sekolah Kebangsaan Apal
  • Sekolah Menengah Seri Nering
  • Sekolah Kebangsaan Pusat, Jerteh
  • Sekolah Menengah Jabi
  • Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah
  • dan last sekali, masa nak tunggu dapat kerja tetap, sy sempat mengajar dekat Sekolah Keb. Apal semula
yang peliknya, walaupun berpengalaman sebanyak 6 kali mengajar (di 5 buah sekolah) pada setiap tahun, saya masih tidak berjaya untuk menimbulkan rasa minat untuk jadi cikgu. Memang stress tahap apa ntah setiap hari. Masa dekat Sekolah Menengah Jabi je saya suka sebab saya mengajar subjek kegemaran saya, iaitu Kimia Form 4 masa tu.. hihihi.....

Sekarang, profesion saya ternyata bukan seorang guru.. Masa saya nak baru je lapor diri jadi peeteedee ni, tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada MARA suruh gi interview jadi cikgu MRSM dan dapat juga surat panggilan temuduga KPLI. hahaha... nasib baik masa tu dah dapat keje, kalau tak, mungkin saya juga bergelar seorang guru, kesian budak-budak...  :)


Fakta ke-2

Saya seorang yang aktif menyanyi. Sejak daripada saya di sekolah rendah lagi saya dah suka sangat menyanyi depan orang. Hahaha... saya ingat lagi persembahan pertama saya masa saya Darjah 3, ada pertandingan nyanyian, saya siap nyanyi lagu Ziana Zain, yang saya ingat, lagu tu sebenarnya saya curi lagu kawan saya sebab dia tiba-tiba tak jadi nyanyi... amekauu key dia tinggi, mana nak sampai? hahaha...

Saya ni bukan stock nyanyi dekat bilik air tau, memang tak suka nyanyi dalam bilik air sebab takut kuman masuk mulut dan sebab takut dapat laki tua! hahaha... so saya ni memang jenis konpiden tahap gaban, amek mic dan naik stage, NYANYI!!. sedap ke tak sedap ke, janji aku sendiri dengar sedap! hahaha...

macam ni lah agaknya, syok sendiri nyanyi... 

Lepas tu, saya asah lagi bakat, nyanyi masa Darjah 4  dekat sebuah pesta apa entah dekat KETARA, Besut. Masa tu, saya dengan beraninya telah offer diri untuk pergi perform, kena nyanyi dekat pulau dan kena naik bot nak ke pulau tu (dekat je jarak dia), dan suara saya kedengaran di satu pesta tu. Hahaha.. Masa ni dah mula sedar diri tak boleh nak bawa lagu tinggi, so lagu yang saya sampaikan masa tu ialah lagu favourite saya Teratai Layu di Tasik Madu, Fauziah Latiff. "walaupunnn tasiiikkk...kekeringannnn... tak mungkinnn teratai kan tumbuhhhh di darat.." chewahhh... Legend betul. Siap dapat "one more, one more" lagi tau. Sebab takde idea nak nyanyi lagu apa lagi, nyanyi la lagi sekali lagu Ziana Zain, tak ingat dah tajuk dia. Hasilnya, dapatlah saya bawak balik cenderahati berupa tuala mandi sebab suka hati offer untuk buat persembahan. kehkehkeh....

Sejak dah pandai bawak lagu Teratai Layu tu, asyik nyanyi lagu tu je bila perform. Darjah 5, ada nyanyi dekat perkhemahan sekolah pun nyanyi lagu yang sama. Pastu persembahan akhir tahun Darjah 6,saya jadi solo untuk boria.

Masuk sekolah menengah dekat MRSM pun sama masih menyanyi jugak, jadi solo nasyid, dan feveret mmg jadi solo boria la.. masa perkhemahan tahunan Pengakap & Pandu puteri MRSM Se-Malaysia tahun 1999 ke 2000 entah, pun saya masih juga buat persembahan. Jadi solo pasukan boria MRSM kami. muakakaka.... lawak.. lawak.. jadinya saya berpeluang la menyanyi sambil ada pergerakan tertentu (menari secara keras) sambil pegang sebatang kayu. Hahaha...

Perangai suka pegang microfon dan menyanyi saya ni membawak sampai ke Matrik. Dekat Universiti takde buat apa-apa persembahan. Pastu sambung lagi peel ni masa join kursus DPA, masa kursus anjuran ofis pun ada je saya nyanyi saja-saje untuk persembahan malam terakhir kursus... kahkahkah... sejak dah kawen dan ada anak ni, dah tak buat dah keje-keje sebegitu. heeeee.....

Sebab tu, sampai sekarang, saya suka layan show macam The Voice (Go Team Adam!!) ke, AF 2014 pun saya layan sebab saya boleh layan melodi dan note lagu.. Oh ya, dulu-dulu zaman dekat MRSM, saya juga pemain keyboard untuk pasukan muzik kami... ngeeee.... gambar?? tadak.. nnti la kalau-kalau terjumpa gambar dulu-dulu kalau masih ada lagi.


Fakta ke-3

Fakta yang ketiga ni mungkin agak menarik, iaitu, saya dan suami saya merupakan pasangan suami isteri yang hanya bercinta SELEPAS berkahwin.. hehehe.. kenal dah lama sebab kami satu Kementerian yang sama, tp setakat kenal gitu-gitu dan kami tak pernah berkawan pun sebab saya tak suka dia dulu sebab dia sangat poyo, haha.. dia suka sangat menyakat saya dulu walaupun saya selalu buat muka. Tapi takdir Allah yang menentukan, dengan orang yang saya tak suka tu lah rupanya jodoh saya. Mula berbalas sms 2 hari sebelum raya sampai ke seminggu lepas raya tahun 2009 (akhir bulan September rasanya), cuba untuk keluar sama selepas raya tu sekali lepas tu terus tiba-tiba macam sampai seru dan setuju untuk berkahwin tanpa bercinta pun.

Sebulan lepas tu, family husband saya datang merisik dan meminang, 31 Oktober 2009 dan terus decide tarikh perkahwinan pada hari Jumaat jam 11.00 pagi, hari Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1431H bersamaan 26 Februari 2010. 4 bulan je tempoh persiapan dan perkenalan tu berlangsung, tapi masih tidak bercinta pun. Takde sesi nak merajuk ke, tengok wayang sama-sama ke, atau jalan-jalan pegang tangan ke hape ke.. memang takde. gamble giler time tu. Haha... tapi sebenarnya, kami berdua menunaikan solat istikharah terlebih dahulu sebelum buat keputusan lepas cuba keluar bersama masa pertama kali tu. dan sememangnya suami saya jodoh terbaik buat saya, haha..

gambar wedding kami yang paling saya suka.. :)

Rupanya seronok bila bercinta lepas berkahwin ni, kalau kita merajuk memang takde sape pun nak pujuk, sebab apa dia nak heran kita nak merajuk, dah jadi milik dia kan? adoii lawak pun ada.. semoga cinta kami kekal hingga ke jannah, dan alhamdulillah dah dapat anak 2 dah pun.. kuikuikui...

Yang paling menarik tu, semua kawan-kawan terkejut beruk, ribut takde hujan takde, tiba-tiba kami hantar kad jemputan kawen. Hahaha... siap tanya soalan "bila korang couple???"... atau "eh, kenapa aku tak tahu korang couple??".... dan saya tiada jawapan itu kerana sememangnya kami tidak pernah couple pun.... ngeeee....dan husband bagitau ramai la kononnya awek-awek yang frust menonggeng bila tahu dia akan berkahwin ngan saya masa tu.. hahaha (kan dah cakap dia poyo, haha)


Haha... cukup itu sahaja 3 fakta menarik tentang diri saya yang tak berapa menarik mana pun sebenarnya. okey la kut untuk memenuhi cabaran 7 hari entry tu... hehehe...

Nantikan entry saya untuk Day 2: Percutian Idaman saya?

Nak tahu lebih lanjut mengenai Siapa Saya, tuan punya blog ni, merangkap tuan kedai MommieSafiyyah.Com bolehlah ke SINI.



***************************************************
Eh, jangan lupa, kalau nak order Shaklee, boleh hubungi saya ya: 

Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-6267110 
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!

You Might Also Like

5 comments

  1. ok, next perjumpaan group RTS, kak dila kene nyanyi..hehehhe

    ReplyDelete
  2. kehkehkeh lawak-lawak..walaupun ku pengajar skrg, tapi ai puns tress hari2 g keje masa jd cikgu gnati dlu..hari2 membilang bila nak habis.. xsesuai sek ren n sek men daku ni

    ReplyDelete
  3. Hahahha..fakta kedua yang saya xboleh nak blah baca..hahaha lagi..napa bila dok keluar ngan saya dulu, awak xpernah pun nyanyi??xaci btol..tapi yg sy tau awk plg suka CD lagu Mawi..asal masuk kete je, lagi si Mawi je..kiki

    ReplyDelete
  4. kahkahkah...
    tak tahan g karoke tue.. pewitttt..

    ReplyDelete
  5. Aduh lah pecah perut baca..klakar lh dik nurru ni

    ReplyDelete