Vitamin Shaklee Bantu Atasi Tekanan Darah Rendah | Punca & Tanda-tanda Low BP

9/12/2014


Gejala dan kesan untuk penyakit tekanan darah tinggi seringkali dibincangkan di mana-mana, namun tidak ramai yang tahu mengenai tekanan darah rendahMenurut Perunding Kardiologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr. Ismail Yaakob, penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika hendak dibandingkan dengan tekanan darah tinggi. 


Pesakit yang mengalami tekanan darah rendah ini apabila salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 mmhg dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut. Sedangkan tekanan darah normal pada orang dewasa adalah sekitar 120/80mmhg.

Carta bacaan bp dan kesannya
ini adalah bacaan bagi tekanan darah normal
Tekanan darah rendah terjadi apabila darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektifSebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang, pitam dan pengsan. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simptom yang tersebut diatas.

Antara penyebab tekanan darah rendah adalah berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal), dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit), dan masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah), kehamilan, dan sebagainya.

Tekanan darah rendah juga sering terjadi kepada wanita-wanita hamil kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah menurun dan tekanan darah biasanya kembali normal selepas bersalin.


Gejala atau tanda-tanda awal menghadapi tekanan darah rendah: 
  • cepat lelah dan letih
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk menumpukan perhatian
  • mata berkunang-kunang / penglihatan kabur
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • berpeluh sejuk, dan cepat haus
  • mengalami kemurungan / depresi 
  • menggigil dan rasa tidak selesa pada badan (lenguh-lenguh, perut sebu)
Punca terjadinya tekanan darah rendah:

Kehamilan
Sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa kehamilan menyebabkan tekanan darah cenderung untuk menurun. Ketika 24 minggu pertama kehamilan, tekanan sistolik biasanya akan turun 5 hingga 10mmhg dan tekanan diastolik turun 10 hingga 15 mmhg. Ini sebenarnya adalah normal dan tekanan darah akan kembali seperti sebelumnya setelah ibu melahirkan anak.

Penyakit jantung
Beberapa masalah dan penyakit yang dikaitkan dengan jantung akan menyebabkan tekanan darah rendah, contohnya masalah jantung berdegup lambat (bradycardia), masalah injap pada jantung, serangan jantung dan juga kegagalan jantung.

Masalah hormon
Hormon tiriod yang kurang aktif (hipotiriodisme) atau tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme) akan menyebabkan tekanan darah rendah. Selain daripada itu, penyakit lain seperti adrenal insufficiency (penyakit Addison), gula darah rendah (hypoglycemia) dan diabetes juga boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

Dehidrasi
Ketika kita mengalami dehidrasi, tubuh badan akan kehilangan lebih banyak cairan dan akan menyebabkan keletihan, pening kepala dan badan lemah. Ini menyebabkan volum darah (hipovolemik) menurun dan tekanan darah dan oksigen akan menurun dengan mendadak.

Pengambilan Ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh mendorong tekanan darah rendah.

Kurang nutrisi dalam diet harian
Kurang Vitamin B12, asid folik dan zat besi boleh menyebabkan berlakunya anemia, di mana tubuh badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi dan seterusnya menyebabkan berlakunya tekanan darah rendah.

Anemia berlaku akibat kekurangan iron / zat besi



Untuk makluman pembaca, saya juga mempunyai masalah tekanan darah rendah. Biasanya, bila saya buat check-up, tekanan darah saya sekitar 90/56mmhg sahaja, namun tekanan darah ini mungkin normal untuk saya kerana memang sejak dulu saya ada masalah ini. Cumanya, kadang-kadang saya akan mengalami keletihan, bernafas dengan laju/cepat, selalu rasa sebu dan lenguh-lenguh badan dan saya selalu menggigil. Alhamdulillah... sejak saya amalkan Vitalea Shaklee 2 biji dan sebiji B-Complex Shaklee setiap pagi, saya boleh bergerak cergas dan tidak mengalami masalah menggigil atau cepat penat. Kalau saya skip kedua-dua vitamin ini, memang terasa sangat perbezaannya. 

  • Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting.
  • Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B12 dan zat besi merangsang pembentukan sel-sel darah merah*
  • B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
  • Asid folik dan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
  • Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*
Ingin mendapatkan maklumat lanjut, hubungi saya:


Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-6267110 (sms/whatsapp sahaja)
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

You Might Also Like

0 comments