TIPS: Kekal sihat tanpa kos yang tinggi

9/16/2014


Mencegah adalah lebih baik daripada merawat kan? 

Pemakanan, cara hidup dan kebersihan mampu membantu kita untuk mendapat kehidupan yang sihat. Mari kita lihat apa tips yang perlu dilakukan bagi mengekalkan kesihatan tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi:

  • 1. Kurangkan stress: Kebanyakan masyarakat di Malaysia kini memperuntukkan lebih kurang 12 jam selama lima / enam hari dalam seminggu semata-mata untuk bekerja sahaja. Hal ini menyebabkan mereka sering berhadapan dengan tekanan yang berat di tempat kerja. Oleh itu, cuba cari sedikit masa untuk mengurangkan stress anda. Pergilah melancong, menonton tv, bersukan atau memasak. Buat apa yang anda suka. Aktiviti seperti ini boleh dilakukan bersama keluarga. Anda tentu akan lebih bersemangat untuk memulakan kerja pada keesokan harinya bahkan masa berkualiti anda dapat dikongsi bersama keluarga. Lakukan perkara menggembirakan, stress anda pasti akan hilang. 
  • 2. Jumpa doktor anda: Satu langkah pertama bagi mendapatkan kesihatan yang baik adalah dengan memberi kawalan yang baik kepada hidup anda. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara kerap bersama doktor anda. Ujian rutin boleh mengesan sesuatu masalah dengan lebih awal. Jangan biarkan ianya berkembang sehingga menjadi satu isu besar yang memerlukan kos yang tinggi untuk menanganinya. Ubah persepsi jumpa doktor hanya bila sudah sakit sahaja. 
  • 3. Kawal, kawal, kawal: Kebanyakan pakar kesihatan menyatakan bahawa persekitaran yang mengandungi toksin boleh menyerang sistem dalam badan kita. Namun begitu, perkara ini pastinya sukar dielakkan, tetapi masih boleh kita kawal; kawal pendedahan diri terhadap asap kenderaan, kawal penggunaan bahan kimia dan racun perosak, kawal pengambilan produk-produk kecantikan, contohnya semburan rambut dan kosmetik, jika bekerja di bangunan yang lama, cuba kawal menyedut terlalu banyak asap dan debu.
  • 4. Tidur lebih awal: Proses penyembuhan, membaiki serta mengawalselia badan dilakukan semasa kita tidur. Dengan memberikan perhatian pada waktu tidur sebenarnya dapat memberikan kita hari yang lebih baik pada keesokannya. Tabiat tidur yang tidak baik pastinya akan 'mencuri' sedikit wang anda. Tidak perlu kos lebih, hanya dapatkan tidur yang cukup sahaja bagi mengelakkan diri daripada jatuh sakit. 
  • 5. Jaga kebersihan: Cuci tangan dengan kerap: Elakkan jatuh sakit dengan membasuh tangan dengan kerap. Setiap hari, tangan kita memegang pelbagai benda yang tidak kita nampak sebarang virus atau bakteria padanya. Dengan membasuh tangan, kita dapat mengurangkan risiko pelbagai masalah kesihatan.
  • 6. Banyakkan aktiviti bersenam: Bila sibuk, senaman merupakan aktiviti yang paling malas dilakukan. Betul tak? Semua orang sedia maklum, bersenam boleh meningkatkan tenaga harian dan stamina badan. Cuma masa yang menjadi penghalang. Walau bagaimanapun, anda masih boleh lakukannya walaupun jadual sangat ketat.
  • 7. Kurangkan pengambilan nikotin dan kafein: Kurangkan merokok dan meminum kopi apabila anda stress. Ia akan memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang. Banyakkan minum air kosong akan membuatkan anda lebih segar dan bertenaga. 
  • Boleh semua? Amalkan tips-tips di atas, insyaallah hidup kita lebih sihat dan cergas! 

  • Namun demikian, sekiranya kita masih belum mampu untuk cuba buat apa yang disenaraikan di atas setiap masa, cubalah juga alternatif lain, iaitu dengan mengambil pemakanan tambahan seperti supplement dan vitamin supaya anda sentiasa sihat dan cergas! hehe.. :)

    Satu gelas bancuhan susu segar bersama dua sudu Meal Shakes Shaklee (multivitamin & serat) setiap pagi pastinya akan membekalkan tenaga dan nutrient yang anda perlukan, sebagai tambahan untuk menutup "lompong-lompong" dalam nutrisi harian. Special promo bulan ni tau! 


    Puan Nurru Adila Ibrahim
    019-2177110 / 012-6267110 (sms/whatsapp sahaja)
    nurruadila@gmail.com
    COD di kawasan Kuala Lumpur
    Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!



    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    You Might Also Like

    0 comments