Tips Ibu Bapa: 4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w


Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.


Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air ke daun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya?

Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.


Jom saya kongsikan 4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, sebagai rujukan untuk saya sendiri dan juga para ibu bapa di luar sana.

1)    Umur anak-anak 0-6 tahun:

Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. 

Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang  terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka  tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)    Umur anak-anak 7-14 tahun:

Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)".

Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3)    Umur anak-anak 15- 21 tahun:

Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu.

Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4)    Umur anak 21 tahun dan ke atas:

Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. 

Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…” (al-Kahfi :46)
Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka . Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”(HR al-Bukhari)
Oleh itu, marilah kita sama-sama mendidik anak-anak kita mengikut sunnah Rasulullah saw. Semoga diberkati Allah swt dan dapat membantu kita mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Semoga Safiyyah menjadi puteri yang solehah... aminnn..

Berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk Shaklee? Boleh hubungi saya:

Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-626 7110
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran by Pos Laju ke seluruh negara


credit: excelqhalif

4 comments

moga saffiyah menjadi anak yang solehah...insyallah..amin

Reply

Tips yg begini walau sering diulang-ulang namun masih ada lagi masalah kekeluargaan yg kita sering boleh kita lihat dari paparan media.

Moga anak-anak kita mampu dididik dgn sebaiknya.

Reply

Insyaallah sis Rohaida.. aminn...

Reply

kak zakie, saya sangat yakin, masalah kekeluargaan yg dipaparkan di media PASTINYA tidak mendidik anak dengan mengikut fitrah dan sunnah Nabi Muhammad saw. ..

untuk tahap 21 tahun ke atas tu - cthnya anak-anak diberi kebebasan, tetapi kebebasannya tak mengikut ajaran dan suruhan Allah pula.

untuk anak-anak yg berumur 10 tahun kalau tidak solat, wajar dirotan, tetapi kalau ibu dan ayah pun culas solat, saya tak yakin mereka akan memaksa anak untuk solat. Solat tidak ditekankan, tetapi puasa dipaksa-paksa pula. terbalik sedangkan kewajipan untuk solat jatuh adalah yang paling tertinggi. peringatan untuk saya sebagai ibu juga ni.. semoga berjaya mendidik anak-anak mcm kak zakie.. anak-anak kecik2 selalu dh dipanggil mengaji dkt radio kan kak? kagum saya..

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!