Cara Mengatasi Rambut Gugur Selepas Bersalin


"Kak, saya ada masalah rambut gugur yang banyak selepas bersalin, macam mana ya?" 

Saya kerap kali juga terima soalan ini, biasanya soalan ni muncul daripada rakan-rakan dan customer yang baru lepas bersalin, iaitu dalam tempoh 3 hingga 5 bulan selepas bersalin. Dalam entry saya kali ini, saya akan membincangkan mengenai cara-cara untuk mengatasi rambut gugur selepas bersalin. 

Pernah tak anda dengar org tua-tua kata, "kalau bayi mula menyembur air liur, habislah rambut emaknya akan mula gugur...". Biasanya bayi mula menyembur air liur ketika masuk umur 3 hingga 5 bulan kan? Apa yang saya nak tekankan kat sini, masalah rambut gugur selepas bersalin ni berlaku kepada hampir semua wanita selepas bersalin dan mesti ada sesuatu (perubahan hormon) yang berlaku ketika tempoh berkenaan. 



Kenapa berlakunya keguguran rambut ini ya? Jom tambah pengetahuan kita, kita semak antara punca  keguguran rambut selepas bersalin, antaranya:

1. Perubahan hormon

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi.  Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar. Sedikit sahaja rambut yang gugur untuk diganti dengan rambut baru.

Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi berusia tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan hormon estrogen akan kembali menurun dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut. 

Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak. Purata keguguran rambut bagi wanita bersalin adalah lebih kurang 100 helai sehariRambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang. Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.  Ini mengambil masa antara 6 hingga 12 bulan untuk kembali normal. 

2. Tekanan

Punca yang kedua ialah tekanan. Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir.  Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja.

Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (femalepattern baldness).  


Oleh itu, sekiranya kita mengalami masalah sebegini, apa yang perlu dilakukan? Adakah kita hanya membiarkannya sehingga rambut menjadi botak

Apa perlu diberi perhatian dan dilakukan?

  • Kita tidak boleh menghentikan pengambilan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal yang kita ambil ketika berpantang.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Hindarkan penggunaan wig  kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Nak tengok tak pengalaman seorang ibu yang pernah mengalami keguguran rambut selepas bersalin? Apa yang beliau buat?? Jom tengok video ni.. 


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.


Saya sendiri juga pernah menghadapi masalah keguguran rambut yang serius selepas bersalin. Berterabur di setiap ruang rumah. Ketika bersalinkan anak pertama, keguguran memang sangat teruk. Pada masa itu, saya masih belum mengamalkan pengambilan supplement dan vitamin Shaklee.



Namun, permasalahan itu selesai dengan pengambilan beberapa produk Shaklee secara konsisten. Saya sarankan puan-puan yang ada masalah ini supaya mengamalkan Vitalea untuk membekalkan zat besi, Bcomplex, Zinc Complex dan juga ESP untuk membekalkan protein kepada rambut. 



vitalea, bcomplex, zinc complex dan ESP

Sesiapa sahaja yang mengalami masalah keguguran rambut boleh amalkan produk ini tidak hanya tertumpu kepada wanita lepas bersalin sahaja. Malah, bagi golongan lelaki yang mengalami masalah ini dan ingin mendapatkan rawatan rambut botak juga boleh cuba amalkan. 


Dapatkan lebih penjimatan sekiranya anda mendaftar menjadi ahli Shaklee!


Hubungi saya sekiranya puan-puan ingin dapatkan produk ini ya, Insyaallah dijamin memang berkesan. 


Puan Nurru Adila Ibrahim
019-2177110 / 012-6267110 (sms/whatsapp sahaja)
nurruadila@gmail.com
COD di kawasan Kuala Lumpur
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!