Punca, penyebab dan cara mengatasi angin 'MEROYAN' selepas bersalin

9/09/2014


Angin Meroyan? Selalu dengar orang-orang lama dan bidan kampung sebut mengenai istilah angin meroyan ini kan? Nama medikal untuk penyakit meroyan selepas bersalin ini adalah postpartum depression atau dikenali juga sebagai kemurungan selepas bersalin (postpartum). Dianggarkan kira-kira 80% ibu mengalami masalah kemurungan selepas melahirkan anak dan 10% daripadanya terjadi pada tahun-tahun pertama selepas ibu melahirkan bayi. Bezanya, kebanyakannya beransur pulih dan ada juga yang mengalaminya dengan berpanjangan. 

postpartum depression

Meroyan kadangkala disalah tanggap sebagai baby blues. Jika anda menghidapi baby blues, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan. Ini dijangka adalah disebabkan perubahan-perubahan hormon secara mendadak dalam badan anda. Namun begitu, perasaan ini akan beransur hilang dan anda akan berasa lebih sihat dalam beberapa hari.

Walau bagaimanapun, meroyan tidak sama seperti baby blues, kerana meroyan boleh menjadi satu penyakit dan mungkin sukar untuk sembuh tanpa rawatan.




Bagaimana nak tahu yang saya menghidapi meroyan atau kemurungan postpartum?

Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu. Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti insomnia, tidak boleh menumpukan mata, tidak berselera makan atau bimbang tanpa sebab, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin. Selain daripada itu, si ibu juga mungkin mengalami tanda-tanda seperti berikut:

  • perasaan putus asa;
  • bersalah;
  • amat letih;
  • muram;
  • sering menangis;
  • sunyi;
  • gelisah;
  • terperangkap.
Secara umumnya, semua ibu merasakan satu atau lebih dari perasaan ini pada masa-masa tertentu. Tapi, jika anda merasa tidak berdaya langsung dan perasaan ini tidak reda-reda walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan postpartum.

Biasanya, ia berlaku apabila umur bayi anda antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. 


Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan postpartum?

Ia mungkin disebabkan reaksi otak kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Ada kalanya, perkara-perkara harian yang biasa-biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti:

  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
  • Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
  • Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.
  • Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
  • Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
  • Mendapati sukar untuk menyusu badan.
  • Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.

Apakah kaedah tangani kemurungan postpartum?

Terdapat beberapa teknik yang boleh diprakttikkan untuk mengatasi masalah ini. Caranya mungkin mudah sahaja:


  • Sesuaikan diriMemikul tanggungjawab sebagai ibu adalah berat. Anda perlu peruntukkan masa 24 jam untuk melayan karenah bayi yang memerlukan perhatian sepenuhnya. Untuk itu, anda perlulah bersikap positif dan menyesuaikan diri dengan peranan baru. Lihatlah tanggungjawab itu sebagai satu lagi tugas baru yang menyeronokkan dalam kehidupan anda. Seronok ada baby bukan? :)



  • Rehatkan diri - Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit dengan berehat sebentar seperti melakukan meditasi ataupun mandi. Paling tidak pun, tarik nafas panjang untuk meleraikan keletihan. Jadi, anda dapat mengelakkan diri daripada bermurung. Hasilnya, anda akan lebih tenang dan dapat menjalinkan hubungan dengan bayi dengan lebih rapat. 
  • Tidur - Bayi biasanya mengambil masa yang panjang untuk tidur di siang hari. Jadi, curi masa untuk melelapkan mata sewaktu bayi tidur. Gunakan masa tersebut untuk menggantikan semula tidur anda yang sering terganggu di malam hari. Usahlah menyibukkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan pada lain masa. Yang penting, anda mendapatkan tidur yang cukup untuk kekal bertenaga sepanjang hari. 

  • Adakah pengambilan suplemen dapat membantu mengatasi dan mengelakkan terjadinya kemurungan postpartum ini? 

    Ya, sangat-sangat membantu

    Pengambilan Vitamin B Complex sebagai contohnya mampu menghasilkan hormon serotonin yang boleh membantu meringankan perasaan, mengurangkan stress, menyenangkan tidur dan mengurangkan rasa nak marah. Manfaat utama B-Complex adalah melawan tekanan, iaitu memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

    Manakala, pengambilan Gla Complex pula sangat-sangat membantu untuk memperbaiki dan memperbetulkan hormon wanita selepas bersalin supaya kembali menjadi normal. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita.


    Set Elak Meroyan: B-Complex & Gla Complex
    Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya:

    Puan Nurru Adila Ibrahim
    019-2177110 / 012-626 7110
    nurruadila@gmail.com
    COD di kawasan Kuala Lumpur
    Penghantaran by Pos Laju ke seluruh negara


    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

    You Might Also Like

    2 comments

    1. Bahaya meroyan ni. Sebaiknya kepada ibu-ibu yg mahu bersalin carilah jalan terbaik.
      Supplement dah depan mata apa nak tunggu lagi kan..

      ReplyDelete
    2. hihi.. betul kak zakie.. sbb meroyan ni boleh jadi penyakit, dan susah nak rawat kalau dah parah. boleh meyebabkan lama-lama jadi hilang akal atau sakit mental. :)

      ReplyDelete